MENU

MENU

PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

Malaysia kekal komited pertahan ekonomi terbuka, imbangi dasar baharu AS

"Sebagai sebuah negara yang ekonominya banyak bergantung kepada perdagangan, kita pasti akan merasai kesannya secara langsung atau tidak langsung. Namun, kita sedang meneliti keadaan ini.

Kerajaan menegaskan komitmennya untuk mengekalkan Malaysia sebagai negara ekonomi terbuka dengan mengambil langkah strategik bagi mengimbangi kepentingan negara dalam menghadapi perubahan dasar pentadbiran baharu Amerika Syarikat (AS).

Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan (gambar) berkata Malaysia yang bergantung kepada perdagangan antarabangsa akan memanfaatkan peluang untuk terus memperkukuh hubungan dua hala serta kerjasama sedia ada dengan AS.

Pentadbiran baharu AS kini yang mengamalkan dasar America First, berpotensi mengubah pendekatan negara itu dalam hubungan luar dan secara tidak langsung memberi kesan kepada Malaysia, katanya.

“Sebagai sebuah negara yang ekonominya banyak bergantung kepada perdagangan, kita pasti akan merasai kesannya secara langsung atau tidak langsung. Namun, kita sedang meneliti keadaan ini, dan laporan-laporan akan dibentangkan kepada Kabinet dari semasa ke semasa,” katanya semasa sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Seri Hamzah Zainudin (PN-Larut) yang ingin tahu bagaimana Malaysia, selaku Pengerusi ASEAN, akan mengimbangi hubungan ASEAN bersama BRICS dengan mengambil kira ancaman ekonomi oleh AS di bawah kepimpinan Presiden Donald Trump.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata dasar luar Malaysia juga mendokong kepentingan pelbagai hala (multilateralism) bagi membolehkan negara ini dan masyarakat antarabangsa menangani cabaran global yang semakin mendesak.

Malaysia kekal komited untuk menjalin hubungan kerjasama dengan negara lain, yang membolehkan negara ini diterima sebagai anggota baharu dengan status ‘country partner’ dalam BRICS, katanya.

Negara anggota sedia ada juga akan menilai sejauh mana komitmen Malaysia sebelum menerima sepenuhnya keanggotaan dalam blok tersebut.

Setakat ini, Mohamad berkata perdagangan intra-ASEAN hanya di bawah 25 peratus, sedangkan rantau ini mempunyai populasi lebih 600 juta, hampir mencecah 700 juta penduduk.

“Ini merupakan satu kekuatan kepada ASEAN, dan sebab itu kita telah melihat pelbagai inisiatif, termasuk bagaimana kita boleh membangunkan kawasan pembangunan bersama (joint development area).

“Sebagai contoh, Malaysia dan Thailand sudah mempunyai joint development area. Begitu juga dengan Singapura, apabila kita menyetujui penubuhan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JSSEZ), yang bakal melonjakkan lagi ekonomi kedua-dua negara.

“Pelbagai inisiatif lain turut diperkenalkan, dan kita mahu memastikan perdagangan intra-ASEAN dapat mencapai lebih RM3 trilion menjelang tahun 2030,” katanya.

Berkaitan

[VIDEO] Bangunan di Bangkok runtuh akibat gempa bumi 7.7 Magnitud melanda Myanmar

NEXG ambil alih 7.58 peratus kepentingan ekuiti dalam MMAG

Wanita dibunuh, mayat disorok di hotel mewah

PM Thailand, Paetongtarn melepasi undi tidak percaya: 319–162

Terkini

Ahli perniagaan pukul pengawal peribadi kerana berpuasa dipenjara

Bangunan di Bangkok runtuh akibat gempa bumi 7.7 Magnitud melanda Myanmar

Ramai balik kampung malam ini

Pengkid didakwa ‘lakukan amang seksual fizikal’ terhadap kekasih 14 tahun

Popular

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Bom Kereta Meletup di Daerah Mai Kaen, Pattani