MENU

MENU

PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

Wujudkan kerangka pengurusan Industri Emas Negara – Mohd Shahar

“Mineral bernilai tertumpu di empat jalur emas utama, Jalur Tengah (Pahang dan Terengganu), Jalur Timur (Kelantan), Jalur Borneo (Sabah dan Sarawak) dan Jalur Bentong-Raub.”

Malaysia perlu memperkasa dan memanfaatkan pengurusan sumber emas negara dengan mewujudkan Kerangka Pengurusan Industri Emas Negara yang holistik dan komprehensif.

Ahli Parlimen Paya Besar Datuk Mohd Shahar Abdullah berkata berdasarkan World Bureau of Metal Statistics – London Stock Exchange Group, Malaysia kini menyumbang 0.06 peratus dari 3,000 tan pengeluaran emas dunia dengan mengeluarkan sekitar 1.8 hingga 4.6 tan metrik setahun.

Bagaimanapun, beliau berkata pengurusan sumber itu masih di bawah bidang kuasa kerajaan negeri melalui Enakmen Mineral Negeri masing-masing.

“Apakah mekanisme penyelarasan antara kerajaan Persekutuan, negeri dan syarikat konsesi untuk memastikan royalti (biasanya lima hingga 10 peratus) serta hasil cukai mencerminkan nilai sebenar emas yang dieksport?

“Laporan Ketua Audit Negara 2019 mendedahkan ketidakseragaman kadar royalti antara negeri menyebabkan potensi kebocoran hasil. Adakah kerajaan mempunyai perancangan untuk menyelaraskan standard kontrak perlombongan secara nasional,” katanya ketika membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau yang juga Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan berkata berdasarkan kajian Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) 2021, mineral logam di negara ini dianggarkan bernilai RM1.03 trilion dengan salah satu daripadanya ialah emas.

“Mineral bernilai tertumpu di empat jalur emas utama, Jalur Tengah (Pahang dan Terengganu), Jalur Timur (Kelantan), Jalur Borneo (Sabah dan Sarawak) dan Jalur Bentong-Raub,” katanya.

Beliau berkata dengan menggunakan teknologi perlombongan moden seperti pelarutan bio dan peninjauan satelit, potensi pengeluaran boleh ditingkatkan.

“Saya berpandangan pengupayaan Program Kerjasama Pensijilan Emas Antarabangsa perlu diteroka. Jika dilihat pada 2020, Argentina melancarkan program Sijil Eksport Emas dengan kerjasama London Bullion Market Association (LBMA) meningkatkan nilai eksport emas mereka sebanyak 40 peratus dalam masa dua tahun (Laporan Bank Pusat Argentina, 2022),” katanya.

Berkaitan

[VIDEO] Bangunan di Bangkok runtuh akibat gempa bumi 7.7 Magnitud melanda Myanmar

NEXG ambil alih 7.58 peratus kepentingan ekuiti dalam MMAG

Wanita dibunuh, mayat disorok di hotel mewah

PM Thailand, Paetongtarn melepasi undi tidak percaya: 319–162

Terkini

Ahli perniagaan pukul pengawal peribadi kerana berpuasa dipenjara

Bangunan di Bangkok runtuh akibat gempa bumi 7.7 Magnitud melanda Myanmar

Ramai balik kampung malam ini

Pengkid didakwa ‘lakukan amang seksual fizikal’ terhadap kekasih 14 tahun

Popular

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Bom Kereta Meletup di Daerah Mai Kaen, Pattani