MENU

MENU

PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN
More

Bicara Zayn Rayyan: Saya sangka mungkin dia disorok hantu – Saksi

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak lebih 20 tahun atau kedua-duanya.

Saksi pendakwaan ketujuh memberitahu Mahkamah Sesyen di sini hari ini dia beranggapan terdapat unsur mistik dalam kes kehilangan kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan Abdul Matin.

Ahmad Nur Syaharuddin Mad Zawawi, 36, berkata, dia percaya jasad Zayn Rayyan mungkin “disorokkan”.

Pendakwaan: Terangkan kenapa berjalan ke belakang Blok R, (Apartment Idaman). Siapa maklumkan?

Saksi: Tiada yang maklumkan apa-apa, kami terasa…sebab fikir kadang-kadang ada perkara mistik.

Pendakwaan: Setelah jalan ke belakang Blok R, apa yang berlaku?

Saksi: Kami mula pencarian di khemah, kemudian ke hilir anak sungai sehingga penemuan (lokasi) jasad.

Saksi itu berkata demikian ketika pemeriksaan utama Timbalan Pendakwa Raya, Aqharie Durranie Aziz.

Sementara itu, ketika pemeriksaan balas oleh peguam Haresh Mahadevan yang bertanya mistik yang dimaksudkan, saksi itu memaklumkan ia mungkin disorokkan hantu.

Peguam: Jadi kamu percaya ada unsur mistik dalam penemuan jasad Zayn Rayyan?

Saksi: Bukan pada penemuan jasad, masa awal kehilangan saya sangka dia mungkin disorok hantu.

Perbicaraan di hadapan Hakim Dr. Syahliza Warnoh bersambung lagi esok.

Mengikut pertuduhan, Zaim Ikhwan Zahari dan Ismanira Abdul Manaf berusia 30 tahun sebagai orang yang mempunyai pemeliharaan terhadap anak mereka berusia enam tahun ketika kejadian didakwa bersama-sama mengabaikannya dengan cara yang mungkin menyebabkan kecederaan fizikal.

Kesalahan dilakukan di sekitar jalan PJU 10/1 Damansara Damai di sini, antara pukul 12 tengah hari, 5 Disember dan 9.55 malam, 6 Disember 2023.

Berkaitan

Pelajar tingkatan 3 diserang sawan selepas hisap vape

Dua beradik perempuan didakwa bergaduh di wad hospital sebelum kematian bapa

Sin Chew Daily mohon maaf

封面国旗设计失误 星洲日报致歉

Terkini

Kumpulan Pemisah serang kereta polis di Songkhla, seorang maut

Lelaki dari Narathiwat ditembak mati di Yala

Analisis PRK DUN Ayer Kuning: Pengundi lebih cenderung memilih calon yang menjuarai isu tempatan

Kerajaan Uttarakhand, India tutup Lebih 50 Madrasah ‘haram’ dalam dua minggu

Popular

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

3 pegawai imigresen direman, disyaki terima habuan RM10 juta

10 jenis pisang terbaik di dunia: “Pisang Mas” Malaysia menjadi juara!

Kenyataan JAKIM berhubung keutamaan kemenangan politik berbanding ibadah umrah dan haji

PRK Ayer Kuning: Manifesto calon BN kemuka tujuh tawaran