[VIDEO] Helikopter terbakar di Bentong, jurutera warga Indonesia maut

Tindakan berani seorang pengawal keselamatan warga tempatan berusia 38 tahun, yang menarik juruterbang helikopter itu keluar dari dalam pesawat ringan tersebut ketika ia sedang terbakar telah menyelamatkan nyawa warga Indonesia berkenaan.

BENTONG – Seorang jurutera yang juga warga Indonesia maut selepas sebuah helikopter jenis Bell 206 L4 terbakar ketika mendarat untuk mengisi minyak di Bentong, Pahang, pagi ini 6 Februari 2025.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Zulfadli Zakaria yang mengesahkan perkara itu berkata juruterbang helikopter berkenaan terselamat dan tidak mengalami kecederaan.

Beliau berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Bentong untuk tindakan lanjut manakala helikopter itu terbakar serta musnah 100 peratus.

Kejadian berlaku berhampiran kolam air panas, Jalan Lama Kuala Lumpur-Bentong.

Sementara itu, Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Pahang memaklumkan sejurus menerima panggilan kecemasan, lima anggota dan seorang pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Bentong bergegas ke lokasi kejadian bersama satu unit Fire Rescue Tander (FRT) dan tiba di lokasi pada 10.52 pagi.

“Berdasarkan laporan saksi di tempat kejadian, helikopter itu telah melakukan pendaratan di lokasi untuk tujuan pengisian bahan bakar. Bagaimanapun ketika hendak melakukan pendaratan, helikopter telah hilang kawalan dan terbalik.

“Akibat kejadian itu, seorang lelaki warga Indonesia iaitu yang merupakan jurutera telah meninggal dunia ketika berada di kawasan pendaratan disyaki akibat terkena bilah kipas helikopter,” menurut kenyataan itu.

Bagaimanapun, juruterbang helikopter yang juga warga Indonesia terselamat dan tidak mengalami kecederaan manakala helikopter berkenaan terbakar serta musnah 100 peratus.

Kenyataan itu memaklumkan pasukan penyelamat menggunakan dua aliran hos salur bantu mula air tangki pam jentera bomba untuk memadam kebakaran.

Sementara itu Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan helikopter malang yang disewa dan dikendalikan oleh MHS Aviation Berhad sedang menjalankan penerbangan kerja keudaraan.

“Informasi terakhir yang diterima daripada pihak operator pada 10.18 pagi kepada Perkhidmatan Maklumat Penerbangan (FIS) di Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC) melaporkan bahawa helikopter akan mendarat di tapak pendaratan.

“Siasatan lanjut akan dijalankan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia mengikut Bahagian XXVI Peraturan Penerbangan Awam 2016,” menurut kenyataan itu.

Polis telah mengenal pasti identiti mangsa yang maut dalam kejadian sebuah helikopter jenis Bell 206L4 terbakar ketika mengisi minyak di sini pagi ini.

Ketua Polis Daerah Bentong Supt Zaiham Mohd Kahar berkata mangsa merupakan seorang jurutera warga Indonesia (petugas di lapangan) dikenali sebagai Finsen Resky Sembiring, 27.

“Mangsa yang berada di tapak pendaratan helikopter semasa kejadian dipercayai maut akibat libasan bilah kipas helikopter selepas ia gagal dikawal ketika membuat hovering setinggi kira-kira tiga kaki semasa ingin mengisi minyak.

“Hal itu menyebabkan skid (kaki) pesawat itu bergesel dengan tempat pendaratan, lalu terbalik dan berlaku kebakaran. Bagaimanapun seorang lagi mangsa iaitu juruterbang warga Indonesia dikenali sebagai Kustiyadi, 44, hanya mengalami cedera ringan,” katanya kepada media di lokasi kejadian di sini hari ini.

Zaiham berkata helikopter itu datang dari sebuah lokasi tapak projek kira-kira 16 kilometer dari kawasan kejadian

Beliau berkata syarikat berkenaan sedang melakukan kerja-kerja bagi Tenaga Nasional Berhad (TNB) sejak enam hari lepas dan mempunyai kebenaran untuk menggunakan kawasan di tapak perkhemahan di lokasi kejadian sebagai tempat mengisi minyak.

Menceritakan lanjut kejadian itu, Zaiham berkata tindakan berani seorang pengawal keselamatan warga tempatan berusia 38 tahun, yang menarik juruterbang helikopter itu keluar dari dalam pesawat ringan tersebut ketika ia sedang terbakar telah menyelamatkan nyawa warga Indonesia berkenaan.

Difahamkan pengawal keselamatan itu berlari ke lokasi nahas helikopter kira-kira 100 meter dari balai pengawal di tapak perkhemahan terbabit sebaik menyedari kejadian tersebut.

“Setakat ini ada dua saksi yang melihat kejadian ini termasuk pengawal keselamatan yang menyelamatkan juruterbang sebagai saksi utama,” katanya.

Zaiham berkata pihaknya masih menunggu keputusan daripada pihak forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan.

Sementara itu, Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata siasatan awal mendapati helikopter milik Zaveryna Utama dari Indonesia dan telah didaftarkan di Malaysia itu, dipercayai digunakan untuk mengangkut bahan binaan tiang elektrik TNB.

“Kita percaya (helikopter itu digunakan) untuk mengangkut barang binaan dari satu point ke satu point dan lebih kurang enam trip penerbangan telah dilakukan helikopter tersebut sejak 21 Jan lepas.

“Bagaimanapun, semasa kejadian tadi tidak ada barang pembinaan dibawa kerana helikopter tersebut baharu hendak mula operasi,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perasmian Kilang Peluru Ketech Asia Sdn Bhd, di Lipis hari ini.

Sementara itu, tinjauan di lokasi kejadian mendapati polis mengawal rapi kawasan berkenaan untuk mengelak ia menjadi tumpuan orang awam terutama dari kawasan perkhemahan berhampiran.

Pengamal media yang membuat liputan juga hanya dibenarkan berada pada jarak 100 meter dari bangkai pesawat ringan tersebut yang dilingkungi dengan pita kuning oleh pihak berkuasa.

Mayat jurutera berkenaan kemudian dibawa ke Hospital Bentong sebaik Unit Forensik PDRM selesai melakukan siasatan di lokasi kejadian.

Dalam pada itu, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa nahas helikopter yang terbakar di Batu 8, Jalan Lama Kuala Lumpur-Bentong pagi tadi.

“Terima kasih kepada pasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Polis Diraja Malaysia, petugas Jabatan Kesihatan serta semua pihak yang terlibat dalam operasi menyelamat ini,” katanya dalam satu hantaran yang dimuat naik di Facebooknya.

Terkini

Pemilihan CEC DAP berlangsung babitkan 70 calon

Masyarakat pelbagai kaum raikan iftar bersama di ‘Juh Berambeh Sungkei’

Perkhidmatan ETS dari stesen Segamat bermula – Jadual perjalanan

Letupan bom gerila pemisah mengakibatkan 8 Renjer dan seorang awam cedera di Pattani

Ahli politik maut dibaham harimau

Sesi rakam keterangan Ismail Sabri dijangka sambung Isnin

Video thumbnail
Pertunjukan cahaya Masjid Sultan Singapura kembali dan lebih hebat
01:00
Video thumbnail
Lapan rumah di Sekinchan musnah dipukul ribut
01:00
Video thumbnail
Suspek kes bunuh wanita di Tanjung Lumpur dikenal pasti Polis
01:00
Video thumbnail
Helikopter terbakar di Bentong, jurutera warga Indonesia maut
01:00
Video thumbnail
Kebakaran hutan Los Angeles
01:00
Video thumbnail
126 maut, 188 cedera dalam gempa bumi M6 8 di Xizang (Tibet)
01:00
Video thumbnail
Hujan lebat dan banjir kilat melanda Makkah, Madinah and Jeddah
01:00
Video thumbnail
Datuk Seri Najib Razak tiba di Mahkamah Rayuan Putrajaya bagi proses rayuan penolakan Titah Adendum
01:00
Video thumbnail
Wabak HMPV di China: Gejala, penularan dan apa yang perlu anda tahu
01:00
Video thumbnail
Percikan bunga api menakjubkan di bangunan Taipei 101 semasa sambutan Tahun Baru
01:00
Video thumbnail
Pertandingan Marhabban anjuran Penyelaras DUN Hulu Bernam, Datuk Mohd Isa Abu Kasim.
00:47
Video thumbnail
Sungai Golok 'Mengepung', penduduk berlumba dengan masa selamatkan harta
01:00
Video thumbnail
Kolam takungan pecah, Taman Seri Alam bagai dilanda tsunami
01:00
Video thumbnail
Taliban isytiharkan perang ke atas Pakistan
01:00
Video thumbnail
Sekurang kurangnya 28 maut, pesawat penumpang Boeing 737 800, Jeju Air 7C2216 melanggar tembok dan t
01:00
Video thumbnail
Tengah berzikir atau ritual memuja di tanah perkuburan
01:00
Video thumbnail
Tom Yum Kung terima pengiktirafan antarabangsa UNESCO
01:48
Video thumbnail
Puluhan maut, pesawat penumpang Embraer 190 Azerbaijan Airlines terhempas di Kazakhstan
01:00
Video thumbnail
Taufan Chido melanda Mayotte, paling dahsyat dalam 100 tahun
01:00
Video thumbnail
Banjir kilat di Presint 11, kenderaan ditenggelami air
01:00
Video thumbnail
Kapten Penerbangan MAS tunjuk ‘skill’ mendarat secara teknik 'crabbing' dapat perhatian dunia
01:00
Video thumbnail
Banjir: 14 wilayah selatan Di Thailand dalam keadaan berjaga jaga
01:00
Video thumbnail
Tiga wilayah selatan Thailand dilanda banjir, hujan lebat berterusan lima hari #Pattani #Yala
01:00
Video thumbnail
Soalan Mengenai Tindakan AGC dalam Kes Najib dan Irwan Yang Diberi DNAA
01:54
Video thumbnail
Najib, Irwan dilepas tanpa bebas tuduhan IPIC
01:00
Video thumbnail
SRT menangguhkan perkhidmatan di Wilayah Selatan apabila landasan kereta api ditenggelami air
01:00
Video thumbnail
16 maut dan 6 hilang akibat tanah runtuh dan banjir di Sumatera Indonesia
01:00
Video thumbnail
Jenazah mangsa kemalangan di Putrajaya telah dituntut keluarga
01:00
Video thumbnail
PGA Pasang Papan Tanda Amaran Tidak Guna Laluan Pangkalan Haram Untuk Ke Golok
01:00
Video thumbnail
CADANGAN MANSUHKAN SUBSIDI MINYAK MASAK PAKET DIBINCANGKAN
01:01
Video thumbnail
Tragedi kepala air: 'Kak Chik sempat hantar swafoto latar sungai'
01:00
Video thumbnail
Dakwaan iktiraf Israel: Fitnah untuk kepentingan politik sempit, jangan perbodoh rakyat – Anwar
05:14
Video thumbnail
Apa masalah Takiyuddin nak faham ni erk?
01:00
Video thumbnail
Kelebihan solat berjemaah di saf yang pertama
00:31
Video thumbnail
Serangan bom berani mati di stesen kereta api di Pakistan membunuh sekurang-kurangnya 26 orang
01:00
Video thumbnail
Nur Nilam sari
00:34
Video thumbnail
Gunung Lewotobi Laki Laki memuntahkan abu beberapa hari selepas letusan maut
01:00
Video thumbnail
Penganut Hindu India mandi di sungai suci yang dicemari oleh sisa kumbahan dan industri
01:00
Video thumbnail
Gurun Arab Saudi bertukar hamparan putih seakan salji
01:00
Video thumbnail
Mari belajar tatanegara..
00:37
Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

Popular

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

AM

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

Jangan Sampai Skandal Abdullah Ang Berulang…

Tag

Berkaitan

Perkhidmatan ETS dari stesen Segamat bermula – Jadual perjalanan

Sesi rakam keterangan Ismail Sabri dijangka sambung Isnin

Kes Ismail Sabri: 36 selesai beri keterangan, 23 lagi akan dipanggil SPRM

Lelaki sebabkan kematian Syed Muhammad Danial kekal dipenjara 16 tahun

[VIDEO] Helikopter terbakar di Bentong, jurutera warga Indonesia maut

Tindakan berani seorang pengawal keselamatan warga tempatan berusia 38 tahun, yang menarik juruterbang helikopter itu keluar dari dalam pesawat ringan tersebut ketika ia sedang terbakar telah menyelamatkan nyawa warga Indonesia berkenaan.

BENTONG – Seorang jurutera yang juga warga Indonesia maut selepas sebuah helikopter jenis Bell 206 L4 terbakar ketika mendarat untuk mengisi minyak di Bentong, Pahang, pagi ini 6 Februari 2025.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Zulfadli Zakaria yang mengesahkan perkara itu berkata juruterbang helikopter berkenaan terselamat dan tidak mengalami kecederaan.

Beliau berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Bentong untuk tindakan lanjut manakala helikopter itu terbakar serta musnah 100 peratus.

Kejadian berlaku berhampiran kolam air panas, Jalan Lama Kuala Lumpur-Bentong.

Sementara itu, Pusat Gerakan Operasi (PGO) JBPM Pahang memaklumkan sejurus menerima panggilan kecemasan, lima anggota dan seorang pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Bentong bergegas ke lokasi kejadian bersama satu unit Fire Rescue Tander (FRT) dan tiba di lokasi pada 10.52 pagi.

“Berdasarkan laporan saksi di tempat kejadian, helikopter itu telah melakukan pendaratan di lokasi untuk tujuan pengisian bahan bakar. Bagaimanapun ketika hendak melakukan pendaratan, helikopter telah hilang kawalan dan terbalik.

“Akibat kejadian itu, seorang lelaki warga Indonesia iaitu yang merupakan jurutera telah meninggal dunia ketika berada di kawasan pendaratan disyaki akibat terkena bilah kipas helikopter,” menurut kenyataan itu.

Bagaimanapun, juruterbang helikopter yang juga warga Indonesia terselamat dan tidak mengalami kecederaan manakala helikopter berkenaan terbakar serta musnah 100 peratus.

Kenyataan itu memaklumkan pasukan penyelamat menggunakan dua aliran hos salur bantu mula air tangki pam jentera bomba untuk memadam kebakaran.

Sementara itu Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dalam kenyataan hari ini memaklumkan helikopter malang yang disewa dan dikendalikan oleh MHS Aviation Berhad sedang menjalankan penerbangan kerja keudaraan.

“Informasi terakhir yang diterima daripada pihak operator pada 10.18 pagi kepada Perkhidmatan Maklumat Penerbangan (FIS) di Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC) melaporkan bahawa helikopter akan mendarat di tapak pendaratan.

“Siasatan lanjut akan dijalankan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia mengikut Bahagian XXVI Peraturan Penerbangan Awam 2016,” menurut kenyataan itu.

Polis telah mengenal pasti identiti mangsa yang maut dalam kejadian sebuah helikopter jenis Bell 206L4 terbakar ketika mengisi minyak di sini pagi ini.

Ketua Polis Daerah Bentong Supt Zaiham Mohd Kahar berkata mangsa merupakan seorang jurutera warga Indonesia (petugas di lapangan) dikenali sebagai Finsen Resky Sembiring, 27.

“Mangsa yang berada di tapak pendaratan helikopter semasa kejadian dipercayai maut akibat libasan bilah kipas helikopter selepas ia gagal dikawal ketika membuat hovering setinggi kira-kira tiga kaki semasa ingin mengisi minyak.

“Hal itu menyebabkan skid (kaki) pesawat itu bergesel dengan tempat pendaratan, lalu terbalik dan berlaku kebakaran. Bagaimanapun seorang lagi mangsa iaitu juruterbang warga Indonesia dikenali sebagai Kustiyadi, 44, hanya mengalami cedera ringan,” katanya kepada media di lokasi kejadian di sini hari ini.

Zaiham berkata helikopter itu datang dari sebuah lokasi tapak projek kira-kira 16 kilometer dari kawasan kejadian

Beliau berkata syarikat berkenaan sedang melakukan kerja-kerja bagi Tenaga Nasional Berhad (TNB) sejak enam hari lepas dan mempunyai kebenaran untuk menggunakan kawasan di tapak perkhemahan di lokasi kejadian sebagai tempat mengisi minyak.

Menceritakan lanjut kejadian itu, Zaiham berkata tindakan berani seorang pengawal keselamatan warga tempatan berusia 38 tahun, yang menarik juruterbang helikopter itu keluar dari dalam pesawat ringan tersebut ketika ia sedang terbakar telah menyelamatkan nyawa warga Indonesia berkenaan.

Difahamkan pengawal keselamatan itu berlari ke lokasi nahas helikopter kira-kira 100 meter dari balai pengawal di tapak perkhemahan terbabit sebaik menyedari kejadian tersebut.

“Setakat ini ada dua saksi yang melihat kejadian ini termasuk pengawal keselamatan yang menyelamatkan juruterbang sebagai saksi utama,” katanya.

Zaiham berkata pihaknya masih menunggu keputusan daripada pihak forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan.

Sementara itu, Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata siasatan awal mendapati helikopter milik Zaveryna Utama dari Indonesia dan telah didaftarkan di Malaysia itu, dipercayai digunakan untuk mengangkut bahan binaan tiang elektrik TNB.

“Kita percaya (helikopter itu digunakan) untuk mengangkut barang binaan dari satu point ke satu point dan lebih kurang enam trip penerbangan telah dilakukan helikopter tersebut sejak 21 Jan lepas.

“Bagaimanapun, semasa kejadian tadi tidak ada barang pembinaan dibawa kerana helikopter tersebut baharu hendak mula operasi,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perasmian Kilang Peluru Ketech Asia Sdn Bhd, di Lipis hari ini.

Sementara itu, tinjauan di lokasi kejadian mendapati polis mengawal rapi kawasan berkenaan untuk mengelak ia menjadi tumpuan orang awam terutama dari kawasan perkhemahan berhampiran.

Pengamal media yang membuat liputan juga hanya dibenarkan berada pada jarak 100 meter dari bangkai pesawat ringan tersebut yang dilingkungi dengan pita kuning oleh pihak berkuasa.

Mayat jurutera berkenaan kemudian dibawa ke Hospital Bentong sebaik Unit Forensik PDRM selesai melakukan siasatan di lokasi kejadian.

Dalam pada itu, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa nahas helikopter yang terbakar di Batu 8, Jalan Lama Kuala Lumpur-Bentong pagi tadi.

“Terima kasih kepada pasukan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Polis Diraja Malaysia, petugas Jabatan Kesihatan serta semua pihak yang terlibat dalam operasi menyelamat ini,” katanya dalam satu hantaran yang dimuat naik di Facebooknya.

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

Berkaitan

Perkhidmatan ETS dari stesen Segamat bermula – Jadual perjalanan

Sesi rakam keterangan Ismail Sabri dijangka sambung Isnin

Kes Ismail Sabri: 36 selesai beri keterangan, 23 lagi akan dipanggil SPRM

Lelaki sebabkan kematian Syed Muhammad Danial kekal dipenjara 16 tahun

Pemilihan CEC DAP berlangsung babitkan 70 calon

Masyarakat pelbagai kaum raikan iftar bersama di ‘Juh Berambeh Sungkei’

Perkhidmatan ETS dari stesen Segamat bermula – Jadual perjalanan

Letupan bom gerila pemisah mengakibatkan 8 Renjer dan seorang awam cedera di Pattani

Ahli politik maut dibaham harimau

Sesi rakam keterangan Ismail Sabri dijangka sambung Isnin

Pengunjung Bazar Ramadan Kampong Gelam Singapura teruja dengan pelbagai pilihan makanan