MENU

MENU

PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

‘Saya hanya membantu siasatan, bukan suspek’ – Ziana Zain

Setakat ini, 27 individu ditahan termasuk 18 pegawai bank, lapan petugas syarikat perunding kewangan terbabit serta satu orang awam.

Hadir ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) minggu lalu, penyanyi Ziana Zain memaklumkan dia hanya membantu siasatan bagi kes rasuah membabitkan sebuah syarikat perunding kewangan.

Ziana atau nama lengkapnya Siti Roziana Zain, 57, lega apabila dia dan dua duta lagi iaitu pelakon, Datuk Jalaluddin Hassan dan angkasawan negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor sudah selesai memberi keterangan kepada pihak SPRM.

“Kami hanya membantu siasatan bukannya suspek. Mereka tanya berapa lama kenal dan lakukan tugas apa sepanjang jadi duta. Selebihnya semasa siasatan selama dua hingga tiga jam saya berbual.

“Jadi, saya tidak risau pun. Biasalah, orang luar suka sangat buat spekulasi. Tidak baik.

“Bahagian saya dan dua duta lain sudah selesai. Siasatan selanjutnya tidak tahu kerana itu kerja pihak SPRM,” katanya semasa sidang akhbar Calpis Soda One In A Million (CSOIAM), semalam.

Ditanya mengenai penerimaan bayaran sehingga RM400,000 daripada syarikat perunding kewangan terbabit, Ziana menafikan dakwaan tersebut.

“Duta ramai, sudah semestinya belanja pun banyak.

“Kadang-kadang bila nilai dikeluarkan bukan kami dapat semua pun jumlah tersebut,” jelasnya.

Pada masa sama, pelantun lagu Madah Berhelah itu lega apabila karier seninya tidak terkesan walaupun namanya terpalit dalam kes rasuah.

“Bagi saya, perkara ini tidak menganggu karier seni sebab saya tak buat apa-apa salah.

“Saya hanya jadi duta dan jalankan tugas untuk menyanyi selain memuat naik hantaran. Itu sahaja,” ujarnya lagi.

Sebelum ini, siasatan mendapati selebriti dan artis terbabit menerima wang bayaran hingga RM400,000 untuk tempoh satu hingga dua tahun sebagai duta syarikat bagi tujuan promosi.

SPRM menumpaskan kegiatan rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan syarikat perunding kewangan serta pegawai bank di beberapa institusi kewangan menerusi Ops Sky.

Seramai 12 individu ditahan dalam serbuan oleh Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram SPRM dengan kerjasama Bank Negara Malaysia (BNM) di 24 lokasi, termasuk kediaman dan pejabat di sekitar Lembah Klang.

Berkaitan

Putus tunang ujian sangat berat – Elfira

Aidilfitri: Islam tidak melarang wanita untuk kelihatan cantik tetapi ada batasnya

Umat Islam Malaysia sambut Aidilfitri Isnin

‘Belum muktamad dengan imej ini, tapi segan bila tak bertudung’

Terkini

Makin ramai kena ‘scam’ catat RM655 juta kerugian

Khemah jual mercun terbakar, 1 parah, 3 cedera

Gaji guru agama sekolah Islam di selatan Thailand naik tahun depan

Gas pipeline fire: Ahmad Zahid expresses appreciation to security teams

SARA dikreditkan hari ini, penerima sifatkan rezeki Syawal

Popular

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Tayang paha gebu, Ameera Khan dikecam tak hormat bulan Ramadan

JKR Hulu Selangor kesan 3 lokasi tanah runtuh

Kebakaran saluran gas: 25 terima rawatan awal setakat 10.35 pagi

[VIDEO] Saluran utama paip gas Petronas terbakar di Puchong – Bomba