MENU

MENU

PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

Singapura tidak setuju permintaan Malaysia mahu tender secara terus punca HSR batal, dedah Najib

Permintaan Malaysia yang tidak mahu tender kontraktor serta pemilihan teknologi tren Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura dibuat secara terbuka dan dipantau bersama Singapura menyebabkan projek mega itu tidak dapat diteruskan, dedah Najib Razak.

“Dulu bila saya usahakan projek ini, saya dengan sengaja mahu kedua-dua negara bertanggungjawab atas kejayaan projek tersebut supaya penyelewengan dapat dikurangkan atau dielakkan.

“Tapi pendekatan kerajaan Perikatan Nasional (PN) agak berbeza. Mereka mahu pilih kontraktor dan vendor projek secara terus tanpa campur tangan Singapura dan negara itu juga tidak bersetuju dengan permintaan kerajaan PN untuk tren HSR berakhir di KLIA,” katanya dalam catatan di Facebook.

Bekas perdana menteri berkata, mengikut pelan laluan kerajaan PN, selepas laluan berakhir di KLIA, penumpang HSR KL-Singapura akan erbtukar ke tren ERL milik syarikat YTL untuk menyambung perjalanan ke ibu negara.

“Saya rasa keputusan ini sangat pelik sebab pengunjung dari Singapura mahu perjalanan terus ke bandar Kuala Lumpur dalam masa tersingkat – bukan mahu berkunjung ke KLIA lalu tukar ke tren yang lebih perlahan.

“Buat apa mereka nak naik tren HSR untuk ke KLIA? Oleh sebab kerajaan Singapura tak setuju dengan dua permintaan utama kerajaan PN, Malaysia pun batalkan perjanjian tersebut dengan membayar ganti rugi sekurang-kurangnya RM320 juta hingga RM1 bilion,” katanya.

Beliau juga mendakwa projek berkenaan bukan dibatalkan ekoran pandemic COVID-19 seperti diumumkan kerajaan.

“Lalu kerajaan PN buat keputusan untuk lanjutkan tren ERL ke Johor Bahru sebagai projek HSR KL-Johor Bahru medium laju dengan kos hampir sama projek HSR KL-Singapura yang dibatalkan mereka.

“Oleh sebab syarikat operasi akan rugi memanjang akibat jumlah pendapatan dan penumpang yang akan jauh menurun jika tidak sampai ke Singapura, kerajaan PN juga bersetuju membayar pampasan setiap tahun kepada syarikat ERL,” katanya.

Pada 1 Jan lalu, Malaysia dan Singapura mengumumkan penamatan projek berkenaan memandangkan kedua-dua negara gagal mencapai persetujuan berhubung perubahan yang dicadangkan oleh Malaysia susulan perjanjian projek itu berakhir pada 31 Dis 2020.

Kenyataan media bersama oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan rakan sejawatnya dari Singapura, Lee Hsien Loong berkata, kerajaan Malaysia mencadangkan beberapa perubahan kepada projek HSR kerana kesan pandemik Covid-19 terhadap ekonomi Malaysia.

Pada 31 Mei tahun lalu, kedua-dua kerajaan bersetuju menangguhkan pembangunan projek dua hala bernilai RM110 bilion sehingga 31 Dis 2020.

Ini kali kedua projek HSR sepanjang 350 kilometer itu ditangguhkan selepas penangguhan kali pertama pada September 2018.

Pada 13 Dis 2016, Malaysia dan Singapura memeterai perjanjian dua hala penting untuk membuka jalan bagi pelaksanaan projek HSR yang dijadualkan siap pada 2026 dan dijangka memendekkan masa perjalanan antara kedua-dua bandar kepada 90 minit.

Rujukan:
S’pura sudah belanja lebih S$270 juta bagi HSR, usaha hapus syarikat aset sebab utama projek batal: Ong Ye Kung
https://berita.mediacorp.sg/mobilem/singapura/s-pura-sudah-belanja-lebih-s-270-juta-bagi-hsr-usaha-hapus/4556406.html

Facebook Najib Razak

Berkaitan

郭清江.伊党按步迈向布城之路

Arsenal ketinggalan 11 mata di belakang Liverpool selepas seri menentang Everton

Saham AS terus merudum, AS$6 trilion hilang dalam 2 Hari

Kejatuhan pasaran saham AS disebabkan DeepSeek, bukan tarif Trump

Terkini

Lagu kebangsaan dalam bahasa Cina: Ketua Polis Perak siasat Ratu Naga dari sudut 3R

Tengku Maimun bersara Jun ini, Abang Iskandar dijangka jadi Ketua Hakim Negara baharu

Popular

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Penyertaan Bowling Jelajah PWBA | Nur Hazirah tunggu keputusan penaja

1 Daripada 6 kanak-kanak alami masalah kesihatan mental: Media sosial jadi faktor utama