MENU

MENU

PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

Parlimen ‘panas’ dijadikan tempat skandal seks

Pentadbiran Perdana Menteri Australia, Scott Morrison berdepan satu skandal seks selepas beberapa video tersebar memaparkan kakitangan kerajaan konservatif itu melakukan seks di Parlimen.

Morrison yang sebelum ini berdepan tekanan susulan tindak balas terhadap dakwaan seorang penasihat wanita kerajaan dirogol oleh rakan sekerjanya, menyifatkan perbuatan dalam video itu mengaibkan dan amat memalukan.

Video dan gambar yang didakwa dikongsi dalam kumpulan kakitangan kerajaan gabungan sebelum disebarkan seorang pemberi maklumat, didedahkan pertama kali oleh akhbar The Australian dan Channel 10, semalam.

Paparan itu mencetus kemarahan baharu penggubal undang-undang wanita dan rakyat Australia, selepas protes besar-besaran di seluruh negara itu susulan dakwaan insiden rogol berkenaan.

Pemberi maklumat itu yang dikenali sebagai Tom, memberitahu akhbar terbabit bahawa kakitangan kerajaan dan Ahli Parlimen kerap mengadakan hubungan seks dalam bilik ibadat di Parlimen.

Beliau turut mendakwa pekerja seks turut dibawa ke Parlimen untuk memuaskan nafsu Ahli Parlimen kerajaan gabungan, selain sekumpulan kakitangan kerap bertukar gambar tidak senonoh mereka.

Katanya, wujud ‘budaya lelaki beranggapan mereka boleh melakukan apa saja’ dan walaupun kakitangan itu mungkin tidak melanggar undang-undang, mereka jelas tidak bermoral.

Susulan pendedahan itu, seorang pembantu dipecat serta-merta, dan kerajaan Australia berjanji akan melaksanakan tindakan lanjut.

Menteri Wanita Australia, Marise Payne dilaporkan berkata, pendedahan terbaru itu amat mengecewakan, dan menunjukkan perlunya siasatan kerajaan terhadap budaya tempat kerja di Parlimen.

Parlimen Australia sudah beberapa kali dikritik kerana memiliki budaya tempat kerja yang ‘toksik’ yang mencetus amalan buli, gangguan dan serangan seksual terhadap wanita, khususnya dalam kalangan kerajaan gabungan.

Bulan lalu, bekas kakitangan kerajaan, Brittany Higgins, tampil secara terbuka dan mendakwa dirogol rakan sekerja di pejabat menteri Parlimen pada 2019.

Awal bulan ini, Peguam Negara Australia Christian Porter menafikan dakwaan beliau merogol seorang remaja wanita berusia 16 tahun pada 1988 ketika kedua-duanya masih pelajar.

Berkaitan

[VIDEO] Bangunan di Bangkok runtuh akibat gempa bumi 7.7 Magnitud melanda Myanmar

NEXG ambil alih 7.58 peratus kepentingan ekuiti dalam MMAG

Wanita dibunuh, mayat disorok di hotel mewah

PM Thailand, Paetongtarn melepasi undi tidak percaya: 319–162

Terkini

Ahli perniagaan pukul pengawal peribadi kerana berpuasa dipenjara

Bangunan di Bangkok runtuh akibat gempa bumi 7.7 Magnitud melanda Myanmar

Ramai balik kampung malam ini

Pengkid didakwa ‘lakukan amang seksual fizikal’ terhadap kekasih 14 tahun

Popular

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Bom Kereta Meletup di Daerah Mai Kaen, Pattani