Friday, December 20, 2024

Jangan Sebar Berita Palsu Pembubaran Parlimen, Tindakan Undang-Undang Boleh Diambil – SKMM

parlimen-malaysiaSuruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang menyiasat laporan mendakwa terdapat berita palsu berkaitan pembubaran Parlimen yang disiar beberapa laman sosial pada Rabu.

Pengerusi SKMM Datuk Mohamed Sharil Tarmizi berkata suruhanjaya itu dengan kerjasama polis sedang menyiasat laporan itu.

“Jika didapati (terdapat pihak) melanggar undang-undang, mereka yang terlibat akan dikenakan tindakan mengikut undang-undang yang sedia ada,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Mereka yang didapati bersalah mengikut Seksyen 233(1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan berdepan hukuman denda RM50,000 atau penjara tidak melebihi setahun atau kedua-duanya, katanya.

“Orang ramai diperingat supaya tidak menyebar maklumat atau berita palsu melalui SMS atau media sosial kerana maklumat sedemikian, jika diangkat di dalam blog contohnya, boleh mengganggu-gugat keselamatan negara, kesejahteraan masyarakat dan merupakan pengaruh buruk terhadap kedudukan ekonomi masa kini,” katanya.

Berkaitan

DUNIA

[VIDEO] Jumlah kematian akibat perang Israel ke atas Gaza melebihi 45,000

DUNIA

Ribuan penduduk kepulauan Lautan Hindi maut; Taufan Chido paling dahsyat dalam...

DUNIA

Mayat lelaki Thailand yang melompat ke dalam Sungai Golok untuk melarikan...

Popular

NAJIB RAZAK

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

EKONOMI
6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

AM

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

NASIONAL

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar...

EDITORIAL

Jangan Sampai Skandal Abdullah Ang Berulang…