Boleh sahkan video seks gay juga? Ahli Parlimen tanya Azmin

Seorang Ahli Parlimen PKR menyelar bekas timbalan presiden parti itu, Mohamed Azmin Ali, selepas menteri kanan itu mendakwa rakaman audio kononnya melibatkan Ahmad Zahid Hamidi dan Anwar Ibrahim adalah tulen.

Semalam Azmin, yang juga ketua penerangan Perikatan Nasional (PN) berkata, beliau yakin suara dalam rakaman itu adalah suara Anwar.

“Saya rasa ini adalah pengkhianatan terbesar yang dilakukan Anwar, bukan hanya terhadap partinya tetapi juga terhadap Pakatan Harapan kerana PKR adalah parti komponen,” kata Azmin, yang juga mendesak pihak berkuasa menyiasat kesahihan rakaman itu.

Bercakap dengan FMT, Ahli Parlimen Kapar, Abdullah Sani Abdul Hamid berkata, walaupun jika rakaman yang menunjukkan Anwar dan Zahid itu bekerjasama adalah tulen, namun perkara tersebut tidak menjadi isu langsung.

“Anwar telah menafikan (rakaman itu) tetapi walaupun itu benar, apa masalahnya? Tidak ada pun yang dikatakan dalam perbualan itu jenayah,” katanya, sambil menambah bahawa jenayah sebenarnya adalah memfitnah orang lain.

Abdullah Sani mendesak Azmin untuk “memeriksa” video seks gay yang melibatkan beliau.

“Periksa video itu dan beritahu kami sama ada ia tulen atau tidak.”

Pada 2019, tidak lama selepas video dua lelaki terlibat dalam aktiviti homoseksual menjadi viral, bekas ketua Pemuda PKR Santubong, Haziq Aziz mendakwa beliau dan Azmin adalah lelaki dalam video tersebut.

Azmin menafikan dakwaan itu dan peguam negara ketika itu, Tommy Thomas kemudian memutuskan untuk tidak mendakwa individu berkaitan dengan video itu kerana identiti mereka tidak dapat ditentukan.

Sementara itu, Charles Santiago dari DAP, mempersoalkan mengapa Azmin begitu bersungguh-sungguh meminta polis untuk menyiasat percakapan apabila tidak ada undang-undang yang dilanggar.

Ahli Parlimen Klang itu berkata, isu yang lebih besar adalah sama ada telefon Anwar atau Zahid dirakam.

“Sekiranya itu benar, saya tidak fikir baik Anwar atau Zahid terlibat kerana kedua-dua mereka tidak melibatkan diri.

“Persoalannya adalah siapa yang memiliki kemampuan untuk mempunyai jenis kemahiran ini?

“Siapakah yang paling banyak mendapat keuntungan daripada pembocorkan perbualan ini dan memecah-belahkan lagi Umno,”?

Santiago juga berkata, Azmin sepatutnya menjadi orang terakhir yang bercakap soal pengkhianatan kerana beliau adalah salah seorang penggerak utama Langkah Sheraton yang mengakibatkan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan.

#Tag

Berkaitan

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

Popular

NAJIB RAZAK

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

EKONOMI
6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

AM

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

Terkini

PELANCONGAN/KULINARI

[TONTON] Tom Yum Kung terima pengiktirafan antarabangsa UNESCO

NAHAS & BENCANA

Dua penuntut universiti maut kereta terbabas rempuh penghadang jalan

EKONOMI

Jumlah dagangan ternakan di Malaysia meningkat RM254.7 juta kepada RM1.4 bilion pada 2023

JENAYAH / MAHKAMAH

Penghantar barang, juruanalisis didakwa jadi ‘keldai Akaun’ dengan serah kad ATM