MENU

MENU

PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

Kertas Siasatan Derma RM2.6 Bilion Dikaji Dengan Teliti – Peguam Negara

mohd-apandi ali peguam negara

Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali hari ini sekali lagi menegaskan, tiada sebarang campur tangan dalam siasatan 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) seperti yang didakwa sesetengah pihak sebelum ini.

Enggan menjelaskan lebih lanjut mengenai dakwaan tersebut, Mo­ha­­med Apandi berkata, apa yang diuar-uarkan itu hanya berdasarkan fakta-fakta yang tidak betul kerana sememangnya tidak wujud campur ta­ngan.
“Pegawai-pegawai Suruhanja­ya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) disoal siasat ekoran laporan yang diterima tentang dakwaan kebocoran maklumat dan tujuan tahanan bukannya untuk menghalang proses siasatan SPRM.
“Apabila ada laporan maka polis menjalankan siasatan tetapi masyarakat menganggap ia sebagai suatu gangguan dan campur tangan jadi panjanglah pula ceritanya,” kata Mohamed Apandi yang menyatakan beliau berada dalam kedudukan yang tidak boleh mengulas lanjut tentang isu 1MDB.
Berhubung tiga kertas siasatan yang diserahkan oleh SPRM ke pejabat Peguam Negara pada 31 Di­sember tahun lalu, Mohamed Apandi berkata, tiada sebarang tempoh masa yang ditetapkan untuk beliau membuat keputusan.
“Saya akan mengkajinya. Namun perlu ingat, bukti yang dikumpul daripada l00 orang saksi dan bukan ada satu fail. Failnya setinggi saya. Jadi saya perlu meneliti bukti-bukti tersebut secara mendalam,” ujar Mohamed Apandi ketika mengulas kebimbangan Presiden Majlis Peguam, Steven Thiru tentang kebebasan siasatan syarikat pelaburan negara ekoran kononnya wujud dak­waan campur tangan ke atas ba­dan penyiasat.
Terdahulunya ketika berucap julung kalinya dalam Majlis Pembukaan Tahun Perundangan 2016 selepas dilantik menjawat jawatan Peguam Negara, Mohamed Apandi berkata, Jabatan Peguam Negara perlu meletakkan pembahagian antara perkara-perkara melibatkan kerahsiaan kerajaan di samping faktor ketelusan.
Katanya, jabatan yang diterajui oleh beliau adalah sebahagian daripada perkhidmatan awam Malaysia yang tidak terlibat dalam politik dan terikat dengan kekangan undang-undang Akta Rahsia Rasmi 1972, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, arahan dalaman serta kerahsiaan dan kerahsiaan peruntukan tertentu se­perti yang terkandung dalam undang-undang yang digubal oleh Parlimen.
Katanya pihaknya terpaksa menangani beberapa kes kepentingan awam berprofil tinggi dan Jabatan Peguam Negara telah membuat kenya­taan media bagi menjelaskan sesuatu keputusan dan melalui forum-forum lain sebagai contoh dalam kes-kes sensitif dan agak kompleks.
Di samping itu, menurut beliau, pihak Jabatan telah menganjurkan sesi penglibatan awam bagi menjelaskan mengenai undang-undang dan kedudukan Jabatan Peguam Negara yang agak kompleks seperti semasa perbahasan awam melibatkan Seksyen 114A Akta Ketera­ngan 1950 dan dalam pemansuhan kawasan tadahan air berkenaan undang-undang kecemasan dan dalam pengenalan undang-undang berkaitan ke­selamatan baharu.
Katanya, Jabatan Peguam Negara mendapati mungkin campur tangan awam adalah perlu untuk menangkis maklumat yang salah atau membe­tulkan salah tafsiran undang-undang.
“Walau bagaimanapun perlu ada keseimbangan antara keinginan bagi ketanggungjawaban dan ketelusan terhadap keperluan untuk mengekalkan kerahsiaan maklumat rasmi yang sensitif daripada mata awam untuk mengelakkan disalah guna, terutama­nya dalam kes rumit dan isu berprofil tinggi, pertahanan, keselamatan negara, hal ehwal luar negeri, dan penguatkuasaan undang-undang,” katanya.

Berkaitan

Kronolodi isu Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman

Jawatankuasa Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman setuju pindah

Maut terkena renjatan elektrik dipercayai ketika cuba curi kabel

Pelajar asrama putus jari main mercun buatan sendiri

Terkini

‘Belum muktamad dengan imej ini, tapi segan bila tak bertudung’

Tayang paha gebu, Ameera Khan dikecam tak hormat bulan Ramadan

Popular

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Komander PPM Wilayah Satu, Asisten Komisioner Rusley Chi Ari berkata, bot yang dinaiki suspek turut tenggelam akibat perlanggaran dengan batu.

Buang dadah ke laut sebelum ditahan PPM

Popular

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

Terkini

Kronolodi isu Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman

Jawatankuasa Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman setuju pindah

‘Belum muktamad dengan imej ini, tapi segan bila tak bertudung’

Maut terkena renjatan elektrik dipercayai ketika cuba curi kabel

Tayang paha gebu, Ameera Khan dikecam tak hormat bulan Ramadan

Harga saham Dayang Enterprise meningkat selepas peroleh kontrak Petronas Carigali

TikTok Shop Creator Idol 2025 ketengah bintang baharu Malaysia

EPL: Liverpool perlu siapkan pengganti

Tiga agensi perketat kawalan di bandar Yala, cegah keganasan 10 hari terakhir Ramadan
01:00