MENU

MENU

PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

Enam Sekeluarga Terbunuh Kereta Berlanggar Lori

kemalangan maut gua musang

GUA MUSANG — Enam sekeluarga terbunuh manakala seorang lagi cedera parah dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan lori di Kilometer 25 Jalan Gua Musang-Kuala Krai, dekat Kampung Rantau Manis di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Saiful Bahri Abdullah berkata, mangsa ialah pemandu kereta Nur Amira Azudin, 23, ibunya Mardiah Drani (48), kakak iparnya Noor Azila Yasin, 27 tahun.

Kataya, tiga lagi mangsa ialah anak Noor Azila, pasangan kembar Siti Badrishah Ab Rahman dan Siti Noraudah yang berusia empat tahun dan adik mereka Muhammad Hadif Haykal Muhd Hafiz, 18 bulan.

Mangsa yang cedera ialah abang Nur Amira, Muhd Hafiz, 30. Beliau yang cedera parah di kepala dan badan, kini dirawat di Hospital Gua Musang, katanya.

“Bagaimanapun pemandu dua lori yang turut terbabit dalam kemalangan itu, Ahmad Ismail, 37, dan Ahmad Zaki Pahmi, 30, tidak cedera,” katanya ketika ditemui pemberita.

Mangsa dalam perjalanan dari rumah mereka di Kampung Panggong Lalat menuju ke Felda Chiku 2 untuk melawat anak saudara lelaki Noor Azila berumur empat bulan yang sakit.

Saiful Bahri berkata semasa tiba di Kilometer 25 Jalan Gua Musang-Kuala Krai, Nur Amira dipercayai cuba memotong sebuah lori dihadapan sebelum berlanggar.

“Siasatan awal mendapati Nur Amira yang dipercayai cuba memotong sebuah lori tetapi tidak sempat masuk ke laluan menyembabkan ia dirempuh sebuah lori lain yang datang dari arah bertentangan,” katanya.

Sementara itu, ayah Nur Amira, Azudin Sulaiman, 59, ketika ditemui di Hospital Gua Musang berkata keluarganya bertolak pada 8.45 pagi tadi untuk ke rumah besannya di Felda Chiku 2.

“Saya tak dapat nak ikut mereka ziarah kerana ada kerja lain. Saya hanya sempat hantar mereka sebelum mereka bertolak pagi tadi.

“Bagaimanapun saya terkejut apabila terima panggilan mengatakan mereka terlibat dalam kemalangan. Saya tidak tahu hendak cakap apa. Saya kena terima dengan hati terbuka kerana ia ketentuan Ilahi,” katanya.

Sementara itu, Asiah Che Ibrahim, 30, sepupu Nur Amira, berkata Allahyarham yang sedang menuntut di Universiti Utara Malaysia (UUM), Kedah mengunjunginya petang semalam.

“Allahyarham Nur Amira tanya kenapa tak datang ke rumah dan saya beritahu nak ke rumah mereka hari ini, tapi tak sangka mereka terlibat kemalangan hari ini.

“Rasa terkejut juga dengan kejadian kemalangan ngeri itu hingga saya sendiri tidak tahan sedih menatap wajah semua jenazah,” katanya.

Berkaitan

Ahmad Zahid rakam penghargaan kepada anggota SMART di Myanmar

Makin ramai kena ‘scam’ catat RM655 juta kerugian

Khemah jual mercun terbakar, 1 parah, 3 cedera

JKR Hulu Selangor kesan 3 lokasi tanah runtuh

Terkini

Myanmar junta declares temporary ceasefire following earthquake

日本宫崎县外海规模6.0地震 幸未发生海啸

Aidilfitri dicemari mikroplastik

Popular

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Kebakaran saluran gas: 25 terima rawatan awal setakat 10.35 pagi

Popular

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

Terkini

Myanmar junta declares temporary ceasefire following earthquake

日本宫崎县外海规模6.0地震 幸未发生海啸

Ahmad Zahid rakam penghargaan kepada anggota SMART di Myanmar

Aidilfitri dicemari mikroplastik

Makin ramai kena ‘scam’ catat RM655 juta kerugian

Khemah jual mercun terbakar, 1 parah, 3 cedera

Gaji guru agama sekolah Islam di selatan Thailand naik tahun depan

Gas pipeline fire: Ahmad Zahid expresses appreciation to security teams