MENU

MENU

PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

Ribuan kematian jika Israel ceroboh Gaza guna jalan darat

Jumlah kematian penduduk Gaza dijangka mencecah ribuan setiap hari sekiranya Israel menggunakan kekuatan tentera darat mereka untuk menceroboh Gaza.

Satu-satunya rakyat Malaysia di Gaza, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamarulzaman, berkata kemusnahan dan kehilangan nyawa di Gaza selepas empat hari konflik Israel-Palestin ‘masih kecil’ jika dibandingkan dengan skala kemusnahan serangan darat.

“Kalau setakat ini (jumlah kematian) meningkat berpuluh-puluh setiap hari, maka kalau masuk guna jalan darat kita akan melihat ratusan malah ribuan kematian pada setiap hari.

“Kalau serangan udara macam mana sekalipun, ia tidak akan bagi kesan sebagaimana serangan darat,” katanya dalam sidang akhbar maya pelancaran MyAqsaDefenders hari ini.

Rejim Zionis Israel hari ini dilaporkan menceroboh Semenanjung Gaza sebagai sebahagian daripada operasi ketenteraan bagi menentang kumpulan Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas).

Jurucakap tentera, Jonathan Conricus yang mengesahkan perkara itu bagaimanapun tidak menyatakan skala operasi ketenteraan berkenaan.

Muhammad Nadir Al-Nuri yang juga pengasas Persatuan Cinta Gaza Malaysia (PCGM), berkata dalam konflik kali ini tentera Israel menggunakan strategi berbeza iaitu melancarkan serangan udara dan darat secara serentak.

Katanya, apa yang sedang berlaku adalah sama dengan konflik pada 2014 apabila Israel cuba ceroboh menggunakan tentera darat.

Katanya, setakat ini mereka menyerang kawasan sempadan sehingga memaksa penduduk keluar seolah-olah kawasan itu dikosongkan sebagai persediaan untuk tentera darat masuk.

Mengulas lanjut Muhammad Nadir Al-Nuri berkata, Gaza setakat ini tidak berdepan dengan masalah bekalan makanan kerana pintu sempadan Rafah masih dibuka namun risikonya sangat tinggi jika konflik berlarutan.

Katanya, dalam keadaan biasa rejim Zionis tidak menghalang makanan dan pakaian dibawa masuk sebagai antara strategi mengelakkan krisis kemanusiaan seperti kebuluran yang akan mencalarkan reputasi mereka di mata dunia.

“Tetapi yang dihalang ialah kebangkitan atau pemerkasaan ekonomi yang menyebabkan penduduk tiada kuasa beli.

“Sebab itu kita tekankan bantuan untuk Gaza perlu secara kewangan. Kita ambil duit dan beli barangan bantuan di dalam Gaza untuk bangunkan ekonomi penduduk,” katanya.

Mengenai elektrik, beliau berkata bekalannya dijangka terganggu sekiranya krisis berterusan kerana bahan bakar dilarang masuk.

“Sekarang di Gaza bekalan elektrik cuma lapan jam sehari, kalau krisis ini berterusan mungkin hanya dua ke tiga jam sehari bergantung kepada bekalan bahan bakar,” katanya.

Berkaitan

Gaji guru agama sekolah Islam di selatan Thailand naik tahun depan

Gas pipeline fire: Ahmad Zahid expresses appreciation to security teams

SARA dikreditkan hari ini, penerima sifatkan rezeki Syawal

丹斯里陈建顺因“个人原因” 辞任T7全球执行副主席

Terkini

JKR Hulu Selangor kesan 3 lokasi tanah runtuh

Kebakaran saluran gas: 25 terima rawatan awal setakat 10.35 pagi

Popular

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Tan Kean Soon meletak jawatan daripada T7 Global

[VIDEO] Saluran utama paip gas Petronas terbakar di Puchong – Bomba

布特拉高原煤气管爆炸 火舌窜百公尺高