MENU

MENU

PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

Digital Nasional, Ericsson bekerjasama pacu pelaksanaan rangkaian 5G

KUALA LUMPUR — Digital Nasional Bhd (DNB) menjalin kerjasama dengan Ericsson (Malaysia) Sdn Bhd dalam usaha mempercepat pelaksanaan rangkaian dan ekosistem teknologi generasi kelima (5G). 

Ini sekali gus memuktamadkan langkah tender ketat yang bermula pada Mac 2021, demikian menurut DNB dalam satu kenyataan hari ini.

DNB yang juga syarikat tujuan khas (SPV), dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan bagi membangunkan, memiliki serta menjalankan operasi prasarana 5G Malaysia.

“Reka bentuk dan pembangunan rangkaian 5G negara itu akan dilaksanakan oleh Ericsson dengan kos bernilai RM11 bilion, termasuk sewaan menara serta pajakan gentian.

“Lebih 60 peratus daripada jumlah itu dijangka dapat dimanfaatkan oleh kontraktor Bumiputera serta warga Malaysia lain bagi tempoh 10 tahun akan datang,” katanya.

Selain itu, DNB akan turut menumpukan pensekuritian aliran tunai masa depan daripada perniagaan borongnya menerusi program sukuk untuk membiayai semua perbelanjaan pengoperasian rangkaian lain serta membayar balik semua pengaturan pembiayaan vendor.

“Ericsson akan melakukan aspek reka bentuk serta pembangunan rangkaian menyeluruh 5G yang meliputi teras, rangkaian akses radio (RAN), operasi dan sistem bantuan perniagaan (OSS/BSS) dan perkhidmatan pengurusan.

“Penyedia perkhidmatan telekomunikasi itu akan turut melaksanakan program-program pembangunan kapasiti dan inovasi bagi menyokong pembangunan serta penyertaan vendor tempatan selain memacu penerimagunaan 5G dalam kalangan orang ramai,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi DNB Datuk Asri Hamidon berkata syarikat itu kekal berada pada kedudukan tepat dalam usaha mengetengahkan teknologi dan penyelesaian pada harga kompetitif bagi memacu penerimagunaan 5G di seluruh negara.

“Model kerjasama ini akan turut mempercepat pelaksanaannya ke Sabah dan Sarawak, sekali gus memacu pergerakan Malaysia ke arah menyediakan perkhidmatan dan kesalinghubungan 5G secara inklusif dan dipertingkat di bawah Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia,” katanya.

Asri menjelaskan matlamat terbabit adalah untuk membawa kesejahteraan inklusif untuk rakyat menerusi kesalinghubungan 5G menerusi dua matlamat.

“Pertamanya adalah menerusi impak segera terhadap ekosistem vendor tempatan.

“Ini diperkukuh menerusi komitmen Ericcson menerusi aktiviti penciptaan nilai dalam ekonomi pengetahuan Malaysia melalui pelbagai inisiatif seperti pembangunan pengetahuan dan pemindahan teknologi berkaitan 5G yang dianggarkan bernilai RM4 bilion bagi tempoh sepanjang kontrak itu,” katanya.

Matlamat kedua adalah untuk mencapai liputan secara meluas dan signifikan dengan menyediakan perkhidmatan 5G di kawasan sasaran — Kuala Lumpur, Putrajaya dan Cyberjaya menjelang akhir 2021, kata beliau.

“Ini membolehkan matlamat liputan penduduk sebanyak 80 peratus dapat dicapai menjelang 2024,” katanya.

DNB menyasarkan untuk melaksanakan rangkaian 5G ke lima bandar dan daerah utama di Selangor, Pulau Pinang, Johor, Sabah dan Sarawak pada 2022.

Ini disusuli dengan sasaran sebanyak 17 bandar serta kawasan pedalaman pada 2023 dan tempoh seterusnya.

Berkaitan

BAC 2025: Aaron-Wooi Yik wakil tunggal negara di separuh akhir

亚亦君令补选 | 尤斯里亮相冷水河受瞩目 妻子亲生华裔家人出席支持

64 remaja lelaki dan perempuan berpesta dadah di sebuah resort

Anggota pasukan Sukarelawan Pertahanan mati ditembak di Bannang Sata, Yala

Terkini

Adakah terdapat kaedah untuk menyembuhkan gejala refluks asid gastrik (GERD) secara kekal?

Popular

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Google Gemini tawarkan promosi istimewa: Percubaan percuma untuk Gemini 2.5 Pro

Ejen hartanah ditemui maut, beritahu ibu gagal bayar hutang RM500,000

Remaja perempun dijel sebulan sembunyi bayi 3.6kg dalam tandas