MENU

MENU

PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

Ramli gembira jadi ‘pengantara’ sampai maklumat vaksin dalam dialek Jahai

Tiada yang lebih menggembirakan seorang lelaki Orang Asli, Ramli Lanas, 52, apabila berpeluang menjadi ‘pengantara’ untuk memujuk suku kaum Jahai mengambil suntikan vaksin COVID-19.

Ramli diberikan tanggungjawab oleh Jabatan Penerangan (Japen) Negeri Kelantan untuk membantu menyampaikan maklumat serta pesanan berhubung kepentingan vaksinasi dalam bahasa etnik Jahai kepada penduduk di sekitar kampungnya iaitu Kampung Sungai Rual, di sini semalam.

Keterlibatannya melalui kempen Info On Wheels itu amat berharga buat dirinya kerana menjadi sebahagian petugas yang membantu pihak berkuasa untuk membentuk imuniti kelompok sekali gus membendung penularan COVID-19 terutama dalam kalangan Orang Asli.

“Cara ini sangat bagus kerana ia mampu meningkatkan kesedaran Orang Asli mengenai kepentingan suntikan vaksin, malah mungkin dapat meyakinkan mereka untuk divaksinasi. Tambahan pula, ada sesetengah penduduk kampung terpengaruh dengan hasutan orang luar yang mendakwa vaksin ini beri kesan bahaya sehingga boleh mati.

“Secara tidak langsung juga, saya dapat menasihati dan mengingatkan mereka tentang pematuhan terhadap prosedur operasi standard (SOP) dalam membendung jangkitan COVID-19,” katanya ketika ditemui pemberita pada Program Outreach Vaksinasi di Dewan Serbaguna Kampung Sungai Rual di sini.

Ramli antara 230 Orang Asli kampung itu yang  telah menerima suntikan vaksin dos kedua pada program outreach dan dia merakamkan penghargaan kepada kerajaan negeri, Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan serta Pusat Khidmat Parlimen Jeli kerana melaksanakan program yang memudahkan kira-kira 400 penduduk di kampung itu.

Turut hadir membuat tinjauan pada program outreach berkenaan adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) yang juga Ahli Parlimen Jeli Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Pengarah Japen Negeri Kelantan Azahar Ismail.

“Apabila lebih ramai antara kami telah divaksinasi, jadi saya lebih yakin sebab rasa ‘dilindungi’ daripada dijangkiti wabak COVID-19,” kata Ramli sambil berkongsi pengalamannya bahawa dia tidak mengalami sebarang kesan serius selepas menerima suntikan vaksin.

Dalam pada itu, Azahar berkata selain mempergiatkan penyampaian maklumat berkenaan kepentingan vaksinasi, pihaknya turut memperbanyakkan kempen Info On Wheels di seluruh negeri itu terutama di kawasan pedalaman termasuk penempatan Orang Asli.

“Contoh, apabila kita berada di kawasan masyarakat Orang Asli, kita menggunakan khidmat dalam kalangan mereka yang kita pilih mampu untuk menyampaikan mesej (dalam bahasa Orang Asli).

“Kita menyediakan talking point bagi menyedarkan masyarakat untuk mendaftar dan menerima vaksin dan mereka (Orang Asli) turut sama membuat hebahan menggunakan unit kenderaan jabatan,” katanya sambil memaklumkan Info On Wheels sedemikian juga telah dilaksanakan di beberapa perkampungan Orang Asli seperti di Pos Hau, Gua Musang, sebelum ini.

Dalam perkembangan lain, Mustapa memohon kepada pihak berkuasa terlibat untuk meningkatkan bekalan vaksin serta turut meminta agar program outreach vaksinasi ditambah di Parlimen Jeli bagi mempercepat proses pemvaksinan kepada 33,200 penduduk di kawasan tersebut.

“Setakat ini, yang terima suntikan vaksin dos pertama 9,354 individu maknanya kira-kira 24,000 lagi belum terima, manakala dos kedua 6,020 individu.

“Jadi harapan saya selaku Ahli Parlimen supaya ditingkatkan bekalan vaksin yang merupakan permohonan popular daripada rata-rata Ahli Parlimen lain seperti saya juga selaku Ahli Parlimen pedalaman agar diberi perhatian lebih kepada kawasan ini,” katanya.

— BERNAMA

Berkaitan

Tengku Maimun bersara Jun ini, Abang Iskandar dijangka jadi Ketua Hakim Negara baharu

Abang belon ada 13 rekod lampau

Pak guard bangunan kedai saksi utama tragedi letupan gas – Polis

Jengkaut terbenam dalam kawah paip gas

Terkini

Saham AS terus merudum, AS$6 trilion hilang dalam 2 Hari

Kejatuhan pasaran saham AS disebabkan DeepSeek, bukan tarif Trump

Penyertaan Bowling Jelajah PWBA | Nur Hazirah tunggu keputusan penaja

1 Daripada 6 kanak-kanak alami masalah kesihatan mental: Media sosial jadi faktor utama

Popular

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

[VIDEO] Harimau kumbang serang pemandu lori di Bukit Tangga

Akibat tarif baharu Trump, harga iPhone bakal cecah RM10,000?

Nasi campur dengan dua sayur dan satu lauk RM18? Alasan pemilik gerai mengejutkan!