MENU

MENU

PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

Dunia : Empat lagi mayat ditemui di bawah runtuhan kondo di Florida, korban meningkat kepada 28

FLORIDA (Amerika Syarikat) — Angka kematian akibat runtuhan bangunan kondominium berhampiran Miami bulan lalu meningkat kepada 28 orang dengan penemuan empat lagi mayat pada Isnin, lapor United Press International (UPI) memetik pegawai tempatan.

Anggota bomba menjumpai tiga lagi mayat selepas sebahagian lagi struktur bangunan Champlain Towers South di Surfside, Florida dirobohkan pada Ahad, kata Datuk Bandar Miami-Dade County Daniella Levine Cava.

Sebahagian bangunan kediaman itu terpaksa dirobohkan bagi memudahkan lagi operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Pada petang Isnin, mayat keempat ditemui oleh anggota SAR.

“Dengan penemuan terbaharu itu, seramai 117 penghuni masih belum dapat dikesan,” katanya kepada wartawan.

Sebahagian bangunan kondominium itu diletupkan kira-kira 10.30 malam Ahad sejurus sebelum Ribut Tropika Elsa melanda, yang dijangka akan menjejaskan SAR.

Struktur bangunan 13 tingkat itu runtuh dalam masa lima saat.

Setakat ini, 28 mayat termasuk tiga kanak-kanak telah ditemui di bawah runtuhan. Sebahagian bangunan 13 tingkat yang mempunyai 130 unit kediaman itu runtuh 24 Jun lalu.

— BERNAMA

Berkaitan

Saham AS terus merudum, AS$6 trilion hilang dalam 2 Hari

Kejatuhan pasaran saham AS disebabkan DeepSeek, bukan tarif Trump

Penyertaan Bowling Jelajah PWBA | Nur Hazirah tunggu keputusan penaja

Akibat tarif baharu Trump, harga iPhone bakal cecah RM10,000?

Terkini

Tengku Maimun bersara Jun ini, Abang Iskandar dijangka jadi Ketua Hakim Negara baharu

1 Daripada 6 kanak-kanak alami masalah kesihatan mental: Media sosial jadi faktor utama

Popular

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Nasi campur dengan dua sayur dan satu lauk RM18? Alasan pemilik gerai mengejutkan!

Abang belon ada 13 rekod lampau