Saturday, December 21, 2024

Sabah terima kumpulan pertama vaksin jenis CanSino sebanyak 53,000 dos

Sabah hari ini menerima kumpulan pertama vaksin COVID-19 jenis CanSino sebanyak 53,000 dos manakala kumpulan seterusnya vaksin dos tunggal itu dijangka turut diterima pada bulan ini, kata Pengarah Kesihatan Negeri Dr Rose Nani Mudin.

Beliau berkata vaksin itu dapat membantu melancarkan program vaksinasi di Sabah dan sehingga semalam, lebih 1.46 juta penduduk di negeri tersebut menerima dos pertama vaksin COVID-19 manakala 866,228 orang lagi telah melengkapkan dua dos suntikan.

“Kadar vaksinasi orang dewasa iaitu 18 tahun dan lebih di Sabah telah mencapai 53.3 peratus (dos pertama) dan 31.4 peratus daripada mereka telah menerima dua dos lengkap,” menurutnya dalam kenyataan malam ini.

Sebelum ini, Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor dilaporkan berkata kerajaan negeri mengemukakan permohonan agar Sabah diberi keutamaan untuk menerima CanSino dan telah memohon 1.8 juta dos vaksin jenis itu kepada Kerajaan Persekutuan.

Dr Rose Nani berkata Jabatan Kesihatan Negeri Sabah dan Kerajaan Negeri Sabah terus mempergiat vaksinasi di kawasan pedalaman dan sukar dicapai selain terus membuka pusat pemberian vaksin secara jumpa terus.

Beliau berkata berdasarkan data jabatan itu, sebanyak 80 hingga 90 peratus pesakit COVID-19 yang dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) merupakan individu yang tidak divaksin, oleh itu, beliau menyeru agar semua penduduk mendapatkan vaksinasi.

“Pada masa ini, jangkitan COVID-19 telah pun berleluasa dalam komuniti, semua orang berisiko untuk menjangkiti dan dijangkiti. Pada masa ini juga, tindakan pencegahan di peringkat individu adalah kunci utama menghalang penyebaran virus ini.

“Pematuhan SOP iaitu sentiasa memakai pelitup muka di tempat awam dan terbuka, mengamalkan penjarakan fizikal satu meter, tidak bersentuhan dan kerap mencuci tangan mesti dilakukan di mana pun mereka berada,” katanya.

Mengulas kes lambat daftar, Dr Rose Nani berkata ia terjadi apabila kes yang dikesan meningkat mengakibatkan beban ujian makmal dan kerja petugas turut meningkat.

Katanya sehubungan itu, beberapa langkah penambahbaikan sedang dilakukan termasuk penyumberluaran, meningkatkan jumlah anggota yang menjalankan ujian, memanjangkan waktu bertugas di makmal sehingga 12 tengah malam dan meningkatkan keupayaan ujian secara teknikal.

Berkaitan

SUKAN

Piala ASEAN: Malaysia tersingkir selepas seri tanpa jaringan dengan Singapura

KEHIDUPAN

Tumbler: Trend, gaya hidup, kesihatan dan mesra alam

DUNIA

[VIDEO] Jumlah kematian akibat perang Israel ke atas Gaza melebihi 45,000

Popular

NAJIB RAZAK

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

EKONOMI
6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

AM

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

NASIONAL

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar...

EDITORIAL

Jangan Sampai Skandal Abdullah Ang Berulang…