MENU

MENU

PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

MAQIS rampas 30kg daging babi dari China

SEPANG — Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) merampas 30 kilogram daging babi dari China di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, Selasa lepas kerana gagal mengemukakan permit import dan sijil kesihatan.

MAQIS Selangor dalam satu kenyataan hari ini berkata rampasan itu adalah hasil pemeriksaan terhadap dua warga  China, berusia 30 dan 36 tahun di Balai Ketibaan Antarabangsa KLIA pada kira-kira 5 petang yang menemukan 80 pek produk daging babi bernilai RM600 diletakkan di dalam dua kotak gabus.

Kedua-dua lelaki itu datang ke negara ini untuk bekerja dan daging babi itu dipercayai dibawa masuk untuk kegunaan sendiri.

“Daging babi itu telah dirampas kerana gagal mengemukakan permit import yang dikeluarkan oleh Jabatan MAQIS dan Sijil Kesihatan daripada negara asal,” katanya.

Daging babi tersebut akan dihantar ke Makmal Kesihatan Veterinar bagi tujuan persampelan untuk mengenal pasti penyakit African Swine Fever (ASF), katanya.

— LAGI

MAQIS-DAGING 2 (AKHIR) SEPANG

Jabatan itu berkata tindakan melarang kemasukan daging berkenaan di laluan udara adalah bagi menghalang risiko penularan penyakit ASF yang boleh merosakkan industri ruminan negara.

Perbuatan mengimport apa-apa jenis tumbuhan, binatang, karkas, ikan, keluaran pertanian, tanah atau mikroorganisma tanpa permit import yang sah dari MAQIS adalah kesalahan di bawah Seksyen 11(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728] yang boleh dihukum di bawah Seksyen 11(3) akta yang sama.

Jika sabit kesalahan, boleh didenda maksimum RM100,000 atau dipenjara maksimum enam tahun atau kedua-duanya.

“Pihak MAQIS akan sentiasa tegas dan teliti dalam menjalankan aktiviti penguatkuasaan di semua pintu masuk seluruh Malaysia. Langkah ini bagi menjamin keselamatan pertanian dan makanan negara serta memastikan makanan yang masuk ke Malaysia mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan,” katanya.

Berkaitan

Ejen hartanah ditemui maut, beritahu ibu gagal bayar hutang RM500,000

Remaja perempun dijel sebulan sembunyi bayi 3.6kg dalam tandas

雪加埔小飞机坠落原因出炉 复合材料结构空中解体

90% kes rogol di Kelantan libat remaja bawah umur, atas dasar rela

Terkini

64 remaja lelaki dan perempuan berpesta dadah di sebuah resort

Anggota pasukan Sukarelawan Pertahanan mati ditembak di Bannang Sata, Yala

Google Gemini tawarkan promosi istimewa: Percubaan percuma untuk Gemini 2.5 Pro

Popular

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

两次性侵未成年少女 男子坐牢10年鞭2下

‘Realiti jijik sumbang mahram, masih nak simpan bawah karpet’

Leftenan Polis ditembak, kereta dibakar di ladang getah, Daerah Su-ngai Padi, Narathiwat

EPL: Mohamed Salah dan Virgil van Dijk perbaharui kontrak bersama Liverpool