MENU

MENU

PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

PMYT : Siasatan menjurus kepada akidah, ajaran Islam – Bukit Aman

Siasatan polis berhubung kes ajaran sesat ‘Perjalanan Mimpi Yang Terakhir’ (PYMT) menjurus kepada penularan beberapa rakaman video Masitah Ab Jalar atau dikenali sebagai Sittah Annur di media sosial yang mengandungi kenyataan menyentuh akidah dan ajaran Islam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata siasatan itu dibuat menerusi akaun Youtube ‘Cahaya Islam dan S’ttah An Nur Perjalanan Mimpi Yang Terakhir (PMYT)’ serta pelbagai platform media sosial sejak beberapa hari lepas.

“Antara kandungan rakaman video yang tular adalah pengakuan wanita itu mendakwa dirinya boleh berhubung terus dengan Allah, malaikat dan Nabi Muhammad.

“Suspek turut mendakwa PMYT diturunkan kepada dirinya sebagai panduan untuk umat yang lain dan sesiapa yang menyakiti atau menghalang dirinya daripada menyampaikan ajaran boleh dicabut nyawa oleh Allah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Abd Jalil berkata pihaknya dalam usaha mengesan serta mengenal pasti individu-individu lain yang terbabit dalam kes itu bagi melengkapkan siasatan.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan (kesalahan yang menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan, benci-membenci atau niat jahat atau memudaratkan pemuliharaan keadaan harmoni atau perpaduan, atas alasan agama) dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (penyalahgunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian, dan lain-lain).

“Polis menasihatkan orang ramai agar cakna dan prihatin terhadap isu-isu yang menyentuh sensitiviti agama dan kaum serta menggesa orang ramai agar menjadi pengguna media sosial yang bijak.

“Tindakan tegas tanpa kompromi bakal diambil terhadap mana-mana individu yang sengaja menggugat ketenteraman serta keselamatan awam,” katanya.

Hari ini Bernama melaporkan polis selesai mengambil keterangan wanita itu, suami dan pengikut-pengikut rapatnya bagi membantu siasatan berhubung kes itu.

Sebelum ini, tular dalam media sosial seorang wanita dengan gelaran Sittah Annur dikaitkan dengan ajaran sesat PMYT mendakwa kononnya akan berlaku Perang Dunia Ketiga bermula di Sabah dan memimpin pasukannya bagi mencari imam Mahdi untuk melawan musuh.

Wanita terbabit juga mendakwa dirinya mempunyai keistimewaan dan berupaya membuat ramalan berkaitan apa yang akan berlaku pada masa depan.

Berkaitan

Ejen hartanah ditemui maut, beritahu ibu gagal bayar hutang RM500,000

Remaja perempun dijel sebulan sembunyi bayi 3.6kg dalam tandas

雪加埔小飞机坠落原因出炉 复合材料结构空中解体

90% kes rogol di Kelantan libat remaja bawah umur, atas dasar rela

Terkini

BAC 2025: Aaron-Wooi Yik wakil tunggal negara di separuh akhir

亚亦君令补选 | 尤斯里亮相冷水河受瞩目 妻子亲生华裔家人出席支持

64 remaja lelaki dan perempuan berpesta dadah di sebuah resort

Anggota pasukan Sukarelawan Pertahanan mati ditembak di Bannang Sata, Yala

Google Gemini tawarkan promosi istimewa: Percubaan percuma untuk Gemini 2.5 Pro

Popular

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

两次性侵未成年少女 男子坐牢10年鞭2下

‘Realiti jijik sumbang mahram, masih nak simpan bawah karpet’