MENU

MENU

PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

Sindiket tipu beli pakej telefon bimbit libatkan kerugian lebih RM8 juta tumpas

JOHOR BAHRU – Polis berjaya menumpaskan sindiket penipuan pembelian pakej telefon bimbit membabitkan kerugian kira-kira RM8.6 juta menerusi beberapa siri tangkapan ke atas pemilik akaun keldai dan ahli sindiket itu di sekitar Iskandar Puteri di sini pada Rabu lepas.

Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata dalam serbuan bermula pada 12.30 tengah hari hingga 11.30 malam itu, seramai 14 ahli sindiket terdiri daripada 10 lelaki dan empat wanita tempatan berumur lingkungan 19 hingga 38 tahun ditahan.

Beliau berkata pihaknya turut merampas 24 unit telefon bimbit pelbagai jenama, 24 keping kad ATM pelbagai bank, sebuah komputer riba dan sebuah tablet dipercayai digunakan ahli sindiket dalam kegiatan itu.

Ayob berkata siasatan mendapati sindiket itu, yang bergiat aktif sejak awal tahun lepas, membeli akaun keldai bagi tujuan membuat pendaftaran pembelian pakej talian berserta telefon bimbit.

“Selain itu, mereka menggunakan dokumen palsu seperti penyata gaji dan surat majikan yang dikeluarkan oleh sindiket sama bagi mengaburi pihak telco.

“Setelah pendaftaran dan identiti pemilik akaun keldai disahkan pihak telco, sindiket itu akan membuat pembayaran menggunakan kad kredit milik individu lain seterusnya telefon dan pakej yang didaftarkan diserahkan kepada ahli sindiket,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata bagi setiap transaksi yang berjaya dilakukan, pemilik akaun keldai akan menerima komisen sebanyak RM350 manakala ejen yang mendapatkan khidmat pemilik akaun itu menerima RM150.

Ayob Khan berkata pihak syarikat telekomunikasi mula menyedari menjadi mangsa penipuan setelah usaha pembayaran melalui kad kredit yang didaftarkan sewaktu pembelian pakej ditolak pihak bank.

Katanya semakan dengan syarikat telekomunikasi terbabit mengesahkan mereka telah mengalami kerugian lebih RM8.6 juta.

Beliau berkata kejayaan menumpaskan sindiket itu merupakan yang pertama oleh polis Johor membabitkan penipuan pembelian pakej telefon bimbit.

Ayob berkata kesemua yang ditahan direman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 10 tahun serta boleh dikenakan sebatan dan denda jika sabit kesalahan.

Katanya sehubungan itu, polis kini mengesan dan memburu ketua sindiket dikenali sebagai Tan Boon Han, 38, dengan alamat terakhir di Kampar, Perak serta Wong King An, 27, dan The Chin How, 38, yang bertindak sebagai orang kanan.

Beliau turut menggesa orang ramai yang mempunyai maklumat agar menghubungi Pegawai Risikan/Operasi Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ibu Pejabat Kontinjen Johor ASP Timmy Anak Aheng di talian 019-877 3728 atau menerusi hotline JSJK di talian 013-2111 1222. – Bernama

Berkaitan

Ejen hartanah ditemui maut, beritahu ibu gagal bayar hutang RM500,000

Remaja perempun dijel sebulan sembunyi bayi 3.6kg dalam tandas

雪加埔小飞机坠落原因出炉 复合材料结构空中解体

90% kes rogol di Kelantan libat remaja bawah umur, atas dasar rela

Terkini

BAC 2025: Aaron-Wooi Yik wakil tunggal negara di separuh akhir

亚亦君令补选 | 尤斯里亮相冷水河受瞩目 妻子亲生华裔家人出席支持

64 remaja lelaki dan perempuan berpesta dadah di sebuah resort

Anggota pasukan Sukarelawan Pertahanan mati ditembak di Bannang Sata, Yala

Google Gemini tawarkan promosi istimewa: Percubaan percuma untuk Gemini 2.5 Pro

Popular

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

两次性侵未成年少女 男子坐牢10年鞭2下

‘Realiti jijik sumbang mahram, masih nak simpan bawah karpet’