MENU

MENU

PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

Kerajaan Persekutuan peruntuk lebih RM18.24 juta untuk Pengurusan Bencana Sabah – PM

KOTA KINABALU — Kerajaan Persekutuan melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) menyalurkan peruntukan lebih RM18.24 juta kepada Sabah bagi melancarkan proses menguruskan tindak balas bencana agar kebajikan rakyat yang terjejas di negeri ini sentiasa dipelihara.

Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata peruntukan berkenaan adalah bagi perolehan 2,000 unit Kit Makanan (RM160,000), pembelian 2,500 unit C-Tent (RM961,250), operasi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (RM20,000), operasi 22 daerah Jawatankuasa Pengurusan Bencana (RM1,100,000) dan pengurusan operasi COVID-19 di Sabah iaitu sebanyak RM16 juta.

“Saya berharap sebahagian daripada peruntukan ini dapat digunakan untuk pengurusan bencana dan meringankan beban mangsa-mangsa kejadian tanah runtuh di Penampang, Sabah semalam. Saya turut bersimpati kepada keluarga mangsa yang terkorban,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan selepas menyampaikan cek contoh peruntukan berkenaan kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor di Menara Kinabalu di sini hari ini.

Terdahulu, Ismail Sabri mendengar taklimat mengenai  pembangunan Sabah yang turut dihadiri Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili; Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee dan menteri-menteri Kabinet negeri.

Berkaitan

Abang belon ada 13 rekod lampau

Pak guard bangunan kedai saksi utama tragedi letupan gas – Polis

Jengkaut terbenam dalam kawah paip gas

[VIDEO] Harimau kumbang serang pemandu lori di Bukit Tangga

Terkini

1 Daripada 6 kanak-kanak alami masalah kesihatan mental: Media sosial jadi faktor utama

Akibat tarif baharu Trump, harga iPhone bakal cecah RM10,000?

Nasi campur dengan dua sayur dan satu lauk RM18? Alasan pemilik gerai mengejutkan!

Popular

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Pengarah Eksekutif MAYU Global, Tan Kim Hee Ditahan Polis

Sukan Terjun Piala Dunia di Mexico | Pandelela Tersingkir

Gimnasium sediakan “bilik rahsia” untuk pelacuran – Netizen: tak hairan bersenam boleh jadi ketagihan