MENU

MENU

PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

Hujan lebat berterusan akibatkan banjir di Kota Kinabalu, Penampang dan Tuaran

Hujan lebat berterusan bermula awal pagi tadi sehingga kini telah mengakibatkan banjir kilat di beberapa kawasan di daerah Kota Kinabalu, Penampang dan Tuaran pagi ini.

Jurucakap Sekretariat Pengurusan Bencana Negeri Sabah berkata semua agensi terlibat kini sedang melakukan pemantauan di kawasan hotspot banjir dan persediaan telah dilakukan awal bagi menghadapi bencana banjir di negeri ini.

“Sungai Moyog didapati pada paras bahaya dan Jalan Datuk Panglima Banting terjejas kedua-duanya di Penampang, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berhati-hati dalam menghadapi situasi ini. Tiada mangsa banjir dipindahkan dan tiada pusat pemindahan dibuka setakat ini,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sementara itu tinjauan Bernama mendapati beberapa kawasan dilanda banjir di Kota Kinabalu antaranya Likas, Kolombong dan Manggatal, selain di Penampang antaranya Kolopis dan Donggongon, serta di Tuaran antaranya di Salut, Telipok dan Rugading.

Beberapa jalan menuju ke Kota Kinabalu dari Tuaran turut terjejas antaranya Jalan Salut dan Jalan Sulaman, manakala tinjauan mendapati jalan itu tidak dapat dilalui kenderaan mengakibatkan kesesakan lalu lintas kira-kira 3 kilometer.

Dalam pada itu, Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran cuaca buruk untuk kawasan pantai barat Sabah pada 8.35 pagi tadi.

Menurut kenyataan hujan lebat dijangka berterusan di kawasan Kota Kinabalu, Penampang, Tuaran, Papar dan Kota Belud.

Hujan lebat dijangka berlaku di kawasan pedalaman Sabah antaranya Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan, serta beberapa kawasan lain iaitu Ranau dan Kudat.

Berkaitan

Khemah jual mercun terbakar, 1 parah, 3 cedera

JKR Hulu Selangor kesan 3 lokasi tanah runtuh

Kebakaran saluran gas: 25 terima rawatan awal setakat 10.35 pagi

[VIDEO] Saluran utama paip gas Petronas terbakar di Puchong – Bomba

Terkini

Gaji guru agama sekolah Islam di selatan Thailand naik tahun depan

Gas pipeline fire: Ahmad Zahid expresses appreciation to security teams

SARA dikreditkan hari ini, penerima sifatkan rezeki Syawal

Popular

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

布特拉高原煤气管爆炸 火舌窜百公尺高