MENU

MENU

PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

[VIDEO] Sindiket pelacuran warga asing tumpas, 75 individu ditahan di lapan lokasi

Jabatan akan meneruskan tindakan tegas ke atas mana-mana pihak yang didapati melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966, Peraturan-peraturan Imigresen 1963 dan Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007 (ATIPSOM).

Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) telah berjaya menumpaskan satu sindiket pelacuran warga asing dalam satu Operasi Khas pada 4 Julai 2024 di lapan lokasi berasingan iaitu dua lokasi di Jalan Tun Razak dan enam lokasi lain iaitu Jalan Pudu di Kuala Lumpur, Kg. Baru Subang di Shah Alam, Pusat Bandar Puchong di Puchong, Taman Andalas Jaya, Taman Bayu dan Klang Central di Klang. Operasi bermula pada jam 1.45 petang melibatkan sepasukan pegawai dan anggota pelbagai pangkat dari Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya.

Berdasarkan maklumat awam dan risikan selama dua minggu, pasukan operasi telah diatur gerak ke lokasi dan berjaya menahan 32 perempuan warganegara Indonesia, 11 perempuan warganegara Bangladesh, 8 perempuan warganegara Vietnam, 6 perempuan warganegara India, 7 lelaki warganegara Bangladesh, 2 lelaki warganegara Myanmar dan seorang lelaki warganegara Indonesia yang kesemuanya berusia dalam lingkungan 17 hingga 46 tahun. Turut ditahan, 7 lelaki warganegara Malaysia dan seorang perempuan warganegara Malaysia berusia dalam lingkungan 23 tahun hingga 65 tahun. Jumlah yang ditahan adalah seramai 75 orang.

Hasil semakan awal mendapati, 13 perempuan warganegara Indonesia dan 4 perempuan warganegara Vietnam yang ditahan memiliki Pas yang masih sah laku sementara 2 perempuan warganegara Indonesia dan seorang perempuan warganegara Vietnam telah tinggal lebih masa. Manakala warganegara asing lain yang ditahan tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan atau Pas yang sah untuk berada di negara ini.

Pasukan operasi telah merampas satu telefon bimbit, 15 naskhah pasport Indonesia, 5 naskhah pasport Vietnam, wang tunai sebanyak RM1,750.00, satu set komputer, dan 10 buah buku kerja daftar pelanggan.
Modus operandi sindiket adalah menawarkan perkhidmatan urutan badan dan pelacuran. Pelanggan akan hadir sendiri ke premis dan memilih wanita warganegara asing berdasarkan katalog yang diberikan. Selain itu, pelanggan juga boleh memilih wanita warganegara asing dengan menggunakan foto-foto mereka melalui aplikasi Telegram dan WhatsApp. Bayaran secara tunai akan diberikan kepada penjaga premis semasa pelanggan mula untuk memasuki bilik. Kadar bayaran yang dikenakan adalah RM100.00 hingga RM400.00 bagi satu jam.

Kesemua warganegara asing ditahan kerana disyaki telah melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-peraturan Imigresen 1963 dan ditahan di Depot Imigresen Semenyih untuk siasatan lanjut. Manakala 7 lelaki warganegara Malaysia dan seorang perempuan warganegara Malaysia dipercayai bekerja sebagai penjaga premis ditahan di bawah Sek.56(1)(d) dan Sek.55E Akta Imigresen 1959/63. Selain daripada itu, seramai tiga lelaki warganegara Nepal, seorang lelaki warganegara Bangladesh, 14 lelaki warganegara Malaysia dan seorang perempuan warganegara Malaysia diberikan Notis untuk hadir ke pejabat bagi membantu siasatan.

BACA juga:

Berkaitan

Ejen hartanah ditemui maut, beritahu ibu gagal bayar hutang RM500,000

Remaja perempun dijel sebulan sembunyi bayi 3.6kg dalam tandas

雪加埔小飞机坠落原因出炉 复合材料结构空中解体

90% kes rogol di Kelantan libat remaja bawah umur, atas dasar rela

Terkini

BAC 2025: Aaron-Wooi Yik wakil tunggal negara di separuh akhir

亚亦君令补选 | 尤斯里亮相冷水河受瞩目 妻子亲生华裔家人出席支持

64 remaja lelaki dan perempuan berpesta dadah di sebuah resort

Anggota pasukan Sukarelawan Pertahanan mati ditembak di Bannang Sata, Yala

Google Gemini tawarkan promosi istimewa: Percubaan percuma untuk Gemini 2.5 Pro

Popular

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

两次性侵未成年少女 男子坐牢10年鞭2下

‘Realiti jijik sumbang mahram, masih nak simpan bawah karpet’