MENU

MENU

PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

JKKK diminta guna dana SejaTi MADANI untuk majukan komuniti: Fadillah

“Tahun depan saya harap lebih ramai lagilah (pemohon) yang sedar tentang program ini untuk mula merancang projek mereka.

LUBOK ANTU: Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) yang memohon projek-projek di bawah Program Sejahtera Komuniti MADANI (SejaTi MADANI) perlu fokus kepada usaha meningkatkan taraf sosial dan ekonomi komuniti setempat.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata JKKK dalam satu daerah yang sama juga tidak harus memohon projek yang serupa untuk mengelakkan pertindihan dan persaingan yang tidak produktif.

“Saya mengharapkan janganlah semua memohon satu jenis projek yang sama … biarlah pelbagai dalam satu-satu daerah itu supaya ia boleh memberi manfaat yang lebih menyeluruh,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Bantuan SejaTi MADANI Daerah Lubok Antu di sini hari ini.

Beliau berkata semua permohonan projek akan melalui beberapa peringkat penilaian dengan pihak JKKK dapat berbincang dengan pihak pejabat daerah yang dapat menasihatkan mereka berkenaan projek-projek yang sesuai.

“Ada jawatankuasa yang akan menilai, kemudian akan dibawa ke pejabat SDO (Pejabat Pembangunan Negeri) melalui ICU (Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri) dan di situlah yang akan meluluskan projek,” katanya.

Fadillah berkata setakat ini, sebanyak 1,124 JKKK telah memperoleh manfaat program SejaTi MADANI ini di Sarawak dengan mencatatkan nilai keseluruhan projek kira-kira RM100 juta melibatkan sektor pertanian dan makanan; jahitan dan kraf tangan; herba dan kesihatan; pelancongan dan hospitaliti; dan aktiviti hijau dan kitar semula.

“Tahun depan saya harap lebih ramai lagilah (pemohon) yang sedar tentang program ini untuk mula merancang projek mereka. Yang penting adalah yang boleh memberi manfaat kepada masyarakat setempat, boleh mendatangkan pendapatan,” tambahnya.

Dalam majlis itu, beliau menyampaikan dana SejaTi MADANI berjumlah lebih RM720,000 kepada lapan JKKK di daerah Lubok Antu bagi pelaksanaan projek pertanian pintar sayur dan jagung, penternakan ikan dan ayam serta program pelancongan dan hospitaliti.

Majlis itu turut dihadiri Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Pelaburan Sarawak Datuk Dr Malcolm Mussen Lamoh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Ai.

Berkaitan

Makin ramai kena ‘scam’ catat RM655 juta kerugian

Khemah jual mercun terbakar, 1 parah, 3 cedera

JKR Hulu Selangor kesan 3 lokasi tanah runtuh

Kebakaran saluran gas: 25 terima rawatan awal setakat 10.35 pagi

Terkini

Gaji guru agama sekolah Islam di selatan Thailand naik tahun depan

Gas pipeline fire: Ahmad Zahid expresses appreciation to security teams

SARA dikreditkan hari ini, penerima sifatkan rezeki Syawal

Popular

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

[VIDEO] Saluran utama paip gas Petronas terbakar di Puchong – Bomba