MENU

MENU

PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

Persidangan pendigitalan PKS Tiktok Shop sasar bina ekosistem kukuh pertumbuhan PKS

Program itu turut menandakan pelancaran aplikasi PayMate Business Payments, yang dihasilkan untuk mengoptimumkan modal kerja bagi PKS dengan menawarkan sehingga 55 hari kredit tanpa faedah bagi pembayaran perniagaan kepada perniagaan.

Persidangan Pendigitalan PKS TikTok Shop, usaha kerjasama antara Konvensyen Bandar Pintar dan Ekonomi Digital (SDEC) Selangor 2024 dan TikTok Shop menyasarkan untuk mewujudkan ekosistem kukuh bagi menyokong pertumbuhan perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Persidangan anjuran bersama Perbadanan Teknologi Maklumat Ekonomi Digital Selangor (Sidec) dan TikTok Shop yang dirasmikan oleh Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari, mengukuhkan lagi komitmen Selangor untuk memajukan ekonomi digitalnya melalui inisiatif strategik dan perkongsian.

Hadir sama ialah Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor Mohd Najwan Halimi, Pengarah Kanan Strategi Perdagangan Global TikTok Shop Steven Li dan Pengurus Besar PayMate Asia Pasifik Amirreza Sawal.

“Persidangan ini menonjolkan kisah kejayaan PKS terkemuka yang telah memanfaatkan TikTok Shop untuk memesatkan pertumbuhan perniagaan mereka.

“Antara penceramah yang ditampilkan adalah pempengaruh tempatan seperti Neelofa, Caryn Law dan Gary Ng, yang telah berjaya menggunakan TikTok Shop untuk mengembangkan perniagaan mereka.

“Menerusi perbincangan panel, pelancaran produk dan sesi interaktif, peserta diberikan pandangan yang jelas mengenai strategi pemasaran digital yang berkesan, pembinaan jenama dan sesi libat urus bersama-sama pengguna dalam pasaran yang berkembang pesat,” menurut Sidec dalam kenyataan.

Pengarah Perkongsian Strategik TikTok Shop Malaysia Nur Azre Abdul Aziz berkata kerjasama itu menekankan dedikasi kedua-dua pihak untuk memperkasa perniagaan kecil dengan meningkatkan kemahiran mereka menerusi strategi pertumbuhan inovatif bagi memanfaatkan lonjakan perniagaan pembeli-belah hibur dan perdagangan berasaskan kandungan di TikTok Shop.

“Kami berterima kasih dengan peluang ini dan berharap dapat meneruskan usaha kami dengan SIDEC untuk mengupayakan perniagaan tempatan secara digital, selepas melatih lebih 1,300 penjual di Selangor pada separuh pertama tahun ini,” katanya.

Inisiatif strategik seperti Selangor 1000 Digital dan Program Pemecut Selangor (SAP) terus memacu inovasi dan menggalakkan keusahawanan di rantau ini.

Semasa program itu, Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) mengumumkan kerjasama dengan syarikat teknologi yang beribu pejabat di Selangor, BizApp yang mengkhusus dalam Sistem Pengurusan Pesanan, untuk melibatkan sebanyak 50,000 perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) menjelang 2025 menerusi inisiatif Platform Selangor (PLATS).

Bagi maklumat lanjut mengenai SDEC 2024 dan program pada masa akan datang, layari laman web SIDEC di https://www.sidec.com.my/

Berkaitan

郭清江.伊党按步迈向布城之路

Arsenal ketinggalan 11 mata di belakang Liverpool selepas seri menentang Everton

Saham AS terus merudum, AS$6 trilion hilang dalam 2 Hari

Kejatuhan pasaran saham AS disebabkan DeepSeek, bukan tarif Trump

Terkini

Lagu kebangsaan dalam bahasa Cina: Ketua Polis Perak siasat Ratu Naga dari sudut 3R

Tengku Maimun bersara Jun ini, Abang Iskandar dijangka jadi Ketua Hakim Negara baharu

Popular

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Penyertaan Bowling Jelajah PWBA | Nur Hazirah tunggu keputusan penaja

1 Daripada 6 kanak-kanak alami masalah kesihatan mental: Media sosial jadi faktor utama