MENU

MENU

PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

Lima warga Bangladesh ditahan bantu siasatan kes bunuh rakan senegara kerana lewat bayar gaji

Kesemua suspek telah direman selama tujuh hari bermula hari ini hingga 21 Feb bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

SHAH ALAM — Polis menahan lima warga Bangladesh termasuk dua wanita bagi membantu siasatan berhubung kes tetak dan bunuh rakan senegara mereka di Seksyen 7 semalam 15 February 2025.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata kesemua individu berusia 33 hingga 53 tahun termasuk suspek utama ditahan pada 1.49 tengah hari semalam di hadapan sebuah kedai runcit di kawasan itu.

Beliau berkata penahanan kesemua suspek dilakukan susulan panggilan yang diterima daripada orang awam pada 8.26 pagi hari yang sama, memaklumkan kejadian seorang lelaki ditetak di hadapan sebuah kedai runcit.

“Pihak polis dan ambulans dari Hospital Shah Alam segera dikejarkan ke tempat kejadian. Pemeriksaan pegawai perubatan ke atas seorang lelaki yang terbaring di hadapan kedai itu mendapati mangsa telah meninggal dunia dengan beberapa kesan kecederaan di bahagian kepala, badan serta tangan akibat serangan menggunakan objek tajam.

“Siasatan polis mendapati si mati merupakan seorang lelaki warga Bangladesh berumur 45 tahun dan bekerja sebagai penyelia di kedai runcit tersebut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd Iqbal berkata hasil temu bual awal dengan beberapa saksi awam di tempat kejadian mendapati berlaku pertengkaran mulut antara si mati dan salah seorang pekerjanya di dalam kedai runcit itu, dipercayai berpunca daripada isu kelewatan bayaran gaji.

“Keadaan menjadi tidak terkawal apabila berlaku pergelutan antara mereka. Si mati kemudian diserang menggunakan sebilah pisau pemotong daging dan ditetak berulang kali oleh pekerja tersebut sehingga terbaring di tempat kejadian,” katanya.

Beliau berkata semakan lanjut mendapati kesemua suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau, manakala hasil ujian saringan awal air kencing mendapati mereka negatif dadah.

Menurutnya, kesemua suspek telah direman selama tujuh hari bermula hari ini hingga 21 Feb bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat atau menyaksikan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah ASP Mohd Afandi Ahmad di talian 016-7252948 bagi membantu siasatan.

Berkaitan

Khemah jual mercun terbakar, 1 parah, 3 cedera

JKR Hulu Selangor kesan 3 lokasi tanah runtuh

Kebakaran saluran gas: 25 terima rawatan awal setakat 10.35 pagi

[VIDEO] Saluran utama paip gas Petronas terbakar di Puchong – Bomba

Terkini

Gaji guru agama sekolah Islam di selatan Thailand naik tahun depan

Gas pipeline fire: Ahmad Zahid expresses appreciation to security teams

SARA dikreditkan hari ini, penerima sifatkan rezeki Syawal

Popular

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

布特拉高原煤气管爆炸 火舌窜百公尺高