MENU

MENU

PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

Tok Abah Kau perlu menghadap Agong semula, berterus terang berkenaan sebab sebenar dia mahu darurat

Jika tidak ia akan terus dilihat bahawa Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin telah menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan politik dirinya sendiri.

Saya menjunjung titah Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong berkenaan pengisytiharan darurat semalam.

Pengisytiharan darurat ini diminta oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin atas alasan untuk mengekang penularan COVID-19 yang semakin meningkat.

Namun ramai rakyat dan juga pemerhati antarabangsa tidak percaya akan motif sebenar Muhyiddin mengisytiharkan darurat ini, terutama apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dikenakan semula untuk menangani COVID-19.
Semalam pasaran saham dan matawang Malaysia jatuh teruk dan berpuluh juta aliran modal telah keluar dengan penjualan besar-besaran.

Akhbar-akhbar bebas luar negeri seperti CNN, Bloomberg, ABC, dan lain-lain menyatakan yang Muhyiddin mengisytiharkan darurat di kala kedudukan politiknya getir (untuk menyelamatkan dirinya).

Saya dimaklumkan bahawa tidak ada seorang pun pakar penyakit berjangkit yang kredibel yang telah mencadangkan darurat; rata-rata pakar-pakar menyatakan yang PKP adalah memadai.

Yang menyatakan darurat ini sahih adalah seorang peguam bernama Gopal Sri Ram yang rapat dengan Tun Mahathir dan kerajaan PN Muhyiddin.

Muhyiddin menyatakan darurat ini diperlukan untuk mengelakkan pilihanraya semasa COVID-19.

Namun untuk mengelak pilihanraya, sebenarnya tidak perlu isytihar darurat di seluruh negara.

Ada pilihan-pilihan lain yang lebih berasas dan bermoral iaitu Perdana Menteri Muhyiddin meletakkan jawatan kerana telah hilang majoriti, dan beliau perlu menyerahkan kepada budibicara Yang Dipertuan Agong untuk melantik Perdana Menteri yang baru.

Dan jika untuk menamatkan kemelut ahli politik yang dikatakan “gila kuasa” (termasuk oleh PPBM dan Muhyiddin sendiri yang ingin bergantung kepada kuasa walaupun tiada
sokongan), dia (Muhyiddin) boleh memohon untuk membubarkan Parlimen dan menangguhkan pilihanraya selama 60 hari sehingga keadaan COVID-19 reda dan mempercepatkan penyampaian vaksin kepada rakyat dalam tempoh tersebut.

Jika wabak COVID-19 masih tidak reda menjelang 60 hari, barulah wajar mengisytiharkan darurat mengikut Perlembagaan.

Sebab itu ramai orang tidak percaya kepada langkah dan alasan Muhyiddin ini namun ramai tidak mahu menyuarakannya dan hanya membukukan di hati kerana tidak mahu menyinggung titah YDP Agong.

Yang Dipertuan Agong tidak boleh sesekali dipersalahkan kerana Baginda membuat keputusan dan bertitah berdasarkan maklumat dan kenyataan yang dipersembahkan oleh Perdana Menteri.

Jika Perdana Menteri tidak jujur dan tidak ikhlas dalam mempersembahkan maklumat kepada Baginda, maka ia akan memberi kesan kepada keputusan Baginda.

Hakikatnya, Muhyiddin mengisytiharkan darurat oleh sebab politik untuk menyelamatkan dirinya daripada ditolak sebagai Perdana Menteri, seperti mana Donald Trump yang mengisytiharkan darurat apabila dia ditolak sebagai Presiden Amerika Syarikat.

Untuk mencapai matlamat pengekalan kuasa tanpa majoriti ini, Muhyiddin telah menggantung Parlimen dan menggantung demokrasi serta menolak semak imbang.

Jika Tan Sri Muhyiddin seorang yang amanah dan bertanggungjawab, beliau perlu menghadap SPB YDP Agong semula dan berterus terang akan hal ini.

Berkaitan

马华资深领袖许振南逝世 魏家祥:非常有原则的律师

郭清江.伊党按步迈向布城之路

Dakwaan 14 Ahli Parlimen UMNO tarik balik sokongan tak benar

Pemilihan CEC DAP 2025: Teresa Kok, Sivakumar tidak terpilih

Terkini

BAC 2025: Aaron-Wooi Yik wakil tunggal negara di separuh akhir

亚亦君令补选 | 尤斯里亮相冷水河受瞩目 妻子亲生华裔家人出席支持

64 remaja lelaki dan perempuan berpesta dadah di sebuah resort

Anggota pasukan Sukarelawan Pertahanan mati ditembak di Bannang Sata, Yala

Google Gemini tawarkan promosi istimewa: Percubaan percuma untuk Gemini 2.5 Pro

Popular

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Pemilihan CEC DAP 2025: Anthoony Loke kekal Setiausaha Agung, Gobind dipilih Pengerusi

Popular

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

Terkini

BAC 2025: Aaron-Wooi Yik wakil tunggal negara di separuh akhir

亚亦君令补选 | 尤斯里亮相冷水河受瞩目 妻子亲生华裔家人出席支持

64 remaja lelaki dan perempuan berpesta dadah di sebuah resort

Anggota pasukan Sukarelawan Pertahanan mati ditembak di Bannang Sata, Yala

Google Gemini tawarkan promosi istimewa: Percubaan percuma untuk Gemini 2.5 Pro

Ejen hartanah ditemui maut, beritahu ibu gagal bayar hutang RM500,000

Remaja perempun dijel sebulan sembunyi bayi 3.6kg dalam tandas

‘Realiti jijik sumbang mahram, masih nak simpan bawah karpet’