MENU

MENU

PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

Ibu maut, anak parah kereta dirempuh Toyota Hilux langgar lampu merah

Seorang wanita maut manakala anaknya parah selepas kenderaan dinaiki mereka dirempuh Toyota Hilux di persimpangan lampu isyarat Jalan Temenggong Ahmad, Muar, Johor, hari ini.

Ketua Polis Daerah Muar Zaharudin Rasip, berkata Toyota Hilux yang dipandu Gui Chui, 69, dari arah Parit Jawa menghala ke pusat bandar Muar tidak berhenti ketika lampu isyarat merah, lalu melanggar kereta Perodua Myvi.

Dalam kejadian 7.46 pagi itu, mangsa Norain Abu Samah, 41, meninggal dunia di tempat kejadian akibat parah pada anggota badan, manakala anaknya, Nur Nabila Alisha Mohd Zalisham, 19, yang berada di tempat duduk penumpang hadapan parah.

“Siasatan awal mendapati Toyota Hilux yang dipandu Chui, dari arah Parit Jawa menghala ke pusat bandar Muar memandu dengan kelajuan yang tinggi.

“Dia juga tidak berhenti ketika lampu isyarat merah sebelum melanggar kereta Perodua Myvi yang baru bergerak selepas lampu hijau,” kata Zaharudin, menurut laporan Harian Metro.

Beliau berkata, akibat kemalangan itu Toyota Hilux berkenaan terbabas dan masuk ke laluan bertentangan serta melanggar empat lagi kenderaan lain.

“Sampel darah dan air kencing pemandu Toyota Hilux berkenaan dihantar ke Jabatan Kimia untuk saringan alkohol dan dadah. Empat belas mangsa lain tidak mengalami kecederaan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Sementara itu, Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor, berkata seramai 13 anggota bomba, satu jentera LFRT, satu jentera EMRS dan dua unit RIM dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Muar ke lokasi kejadian selepas mendapat maklumat.

“Kemalangan membabitkan enam kenderaan iaitu Perodua Myvi, Nissan Grand Lavina, Nissan Urvan, van Ford Spectron dan dua pacuan empat roda Toyota Hilux,” katanya.

Terdahulu, awal pagi tadi tular di media sosial rakaman video berdurasi 23 saat menunjukkan sebuah Perodua Myvi dirempuh Toyota Hilux di persimpangan lampu isyarat di Muar.

Berkaitan

Khemah jual mercun terbakar, 1 parah, 3 cedera

JKR Hulu Selangor kesan 3 lokasi tanah runtuh

Kebakaran saluran gas: 25 terima rawatan awal setakat 10.35 pagi

[VIDEO] Saluran utama paip gas Petronas terbakar di Puchong – Bomba

Terkini

Gaji guru agama sekolah Islam di selatan Thailand naik tahun depan

Gas pipeline fire: Ahmad Zahid expresses appreciation to security teams

SARA dikreditkan hari ini, penerima sifatkan rezeki Syawal

Popular

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

布特拉高原煤气管爆炸 火舌窜百公尺高