[VIDEO] Pemilik bengkel maut ditembak dalam trak pikap di Machang - pakdin.my

MACHANG – Seorang pemilik bengkel maut dipercayai terkena beberapa das tembakan yang dilepaskan oleh sekumpulan lelaki yang menaiki dua buah kereta, di depan sebuah premis alat ganti kenderaan di Kampung Hutan Kuin, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang (17 September 2023) itu, mangsa, Mohd. Faiz Zahari, 37, meninggal dunia di tempat duduk pemandu sebuah trak pikap jenis Mitsubishi Triton.

BACA juga: [Video] Lelaki maut dengan 12 das tembakan

Saksi kejadian, Mohd. Zulkarnain Abdullah, 27, berkata, dia menyedari kejadian itu selepas terdengar tiga das tembakan secara berturut-turut.

Menurutnya, ketika itu, dia berada di dalam kedai runcitnya yang terletak beberapa meter dari lokasi kejadian.

“Saya terus bergegas keluar dan mendapati dua buah kereta memecut laju selepas bunyi tembakan itu.

Anggota forensik menjalankan siasatan terhadap trak pikap mangsa di depan sebuah premis alat ganti kenderaan di Kampung Hutan Kuin, Machang, sebentar tadi.
Anggota forensik menjalankan siasatan terhadap trak pikap mangsa di depan sebuah premis alat ganti kenderaan di Kampung Hutan Kuin, Machang, sebentar tadi.

“Saya keluar dari kedai dan menjenguk ke dalam Mitsubishi Triton itu, sebelum mendapati seorang lelaki berlumuran darah dan sudah tidak sedarkan diri,” katanya ketika ditemui Kosmo!, sebentar tadi.

Mohd. Zulkarnain memberitahu, orang awam yang menyedari kejadian itu terus menghubungi pihak polis.

Sementara itu, seorang lelaki berumur 38 tahun dan mengenali mangsa, berkata, dia mengetahui kejadian tersebut selepas dihubungi oleh isteri lelaki terbabit yang memaklumkan Mohd. Faiz meninggal dunia.

Mangsa ditemui maut selepas terkena beberapa das tembakan semasa berada di depan sebuah premis alat ganti kenderaan di Kampung Hutan Kuin, Machang,
Mangsa ditemui maut selepas terkena beberapa das tembakan semasa berada di depan sebuah premis alat ganti kenderaan di Kampung Hutan Kuin, Machang,

“Kali terakhir saya bercakap dengan mangsa kira-kira sebulan lalu ketika berurusan menjual trak pikap Mitsubishi Triton kepadanya.

“Difahamkan, arwah datang ke sebuah premis untuk membeli alat ganti kerana dia memiliki bengkel kereta di Pasir Puteh,” katanya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Kamaluddin Idrus (@kamaluddinidrus)

UTAMABERITA Pemilik bengkel maut ditembak dalam trak pikap di Machang

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium