1MDB: Pembelian aset tenaga beri manfaat kepada negara - pakdin.my

1mdb-power-plant

1Malaysia Development Bhd (1MDB) hari ini menegaskan bahawa pembelian aset tenaga mempunyai nilai jangka panjang yang menarik dan memberi manfaat kepada negara.

“Kami percaya dengan nilai yang dibayar — yang mungkin melibatkan premium dalam keadaan tertentu, seperti biasa apabila membeli perniagaan lain — adalah setara dengan potensi masa depannya,” menurut 1MDB dalam kenyataan di sini.

Sebagai respons kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mengulangi dakwaannya bahawa 1MDB membayar lebih untuk pengeluar tenaga bebasnya (IPP), syarikat itu berkata, nilai yang dibayar untuk membeli aset itu adalah berdasarkan pandangan bebas daripada penasihat kewangan, undang-undang, perakaunan, cukai dan teknikal.

Ia turut mengambil pandangan jangka panjang dan mempertimbangkan kesan dari segi sosial dan ekonomi kepada negara dalam membuat penilaian terakhir.

Menurut kenyataan itu, 1MDB membeli stesen janakuasa daripada pemilik sektor swasta asal iaitu pelabur pengeluar tenaga bebas generasi pertama, yang telah diberikan kontrak yang menguntungkan, jangka panjang dan harga tetap semasa Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri.

Mengenai ‘pinjaman AS$1.9 bilion’ yang disebut Dr Mahathir, 1MDB berkata, maklumat itu boleh didapati di dalam nota kepada penyata kewangan 1MDB.

UTAMAEDITORIAL1MDB1MDB: Pembelian aset tenaga beri manfaat kepada negara

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium