ANAK MAHATHIR KE 9 TERKAYA DI MALAYSIA, ANAK NABI TIDAK BERGELAR JUTAWAN PUN

Dalam keadaan bertambah tertekan, Tun Mahathir kian bertambah kalut.

Ketika pemimpin UMNO bergegas ke tempat perhimpunan umat Islam dalam bersolidariti bersama masyarakat Rohingya , Mahathir pula bersekongkol dengan DAP dalam perhimpunan tahunan DAP.

Bukan sahaja bersekongkol dengan musuh umat Melayu, Mahathir sempat mencuci segala najis dan muntahnya kepada DAP selama berpuluh tahun dengan kenyataan berlawanan dengan apa yang Tun Mahathir sendiri pernah ucapkan sebelum ini.

Kemudian dalam satu temuramah bersama pemberita , Tun Mahathir sempat membuat kenyataan bahawa Nabi tiada wang 2.6 billion dalam akaunnya.

Seolah olah seperti tiada contoh lain , Mahathir persenda Nabi untuk mengenakan Dato Seri Najib.

Kerana jaki dan dengki ahli UMNO melafazkan kesetiaan kepada Uli Amri mereka dengan sikap Wala’, maka Tun Mahathir yang gagal menipu ahli UMNO kali kedua seperti mana dia menipu mereka ketika menjatuhkan Abdullah Badawi hatta kata kata persenda dikeluarkan.

Satu ketika dahulu , Mahathir pernah menyatakan bahawa Nabi Muhamad berjanggut dan tidak bercukur kerana dizamannya tiada pisau “gillete”.

Akibat dari kata kata itu, ahli UMNO jenuh bertepis bersilat untuk mempertahankannya.

Kini Tun Mahathir mengulangi lagi kenyataan bodoh serta berbaur penghinaan, sekali lagi hanya sebab mahu rakyat membenci Najib.

Tapi diharapkan dengan kenyataan bodoh ini biarlah ahli bunga dan ahli parti Pribumi pula bersilat dan bertepis untuk selamatkannya pula.

Kenyataan Tun Mahathir bahawa Nabi tiada miliki sejumlah 2.6 billion dalam akaun, itu membawa erti Nabi tidak sekaya Najib, mungkin itulah yang cuba di gambarkan oleh Tun Mahathir .

Tapi Tun Mahathir sebagai seorang nyanyok bersiri, terlupa Nabi juga bukan terkaya di negaranya di waktu itu , tidak seperti anak Tun Mahathir yang kaya raya melebihi Dato Seri Najib.

Anak Tun Mahathir seperti Mokhzani pernah menduduki tangga kesembilan dalam senarai individu terkaya di Malaysia.

Bahkan anaknya yang lain seperti Mirzan dan Mukhriz bukan juga orang miskin. Dua orang ini pun berstatus jutawan.

Mereka miliki harta mencecah billion, tentu tidak sama dengan Nabi. Ini kerana nabi tidak sekaya ini.

Kita harus faham perut busuk Tun Mahathir, dia amat marah apabila tidak dapat memulas tangan Najib, kerana Najib tidak datang merangkak kepadanya untuk meminta dana bagi pilihanraya.

Pada lazimnya , dana pilihanraya dipegang oleh Tun Mahathir , dan usahlah tanya dari mana datangnya dana itu.

Tentu sekali datang dari mereka mereka yang Tun Mahathir pelihara sebagai kroninya.

Dan jika Najib datang meminta dana pilihanraya , maka Tun Mahathir akan kepilkan syarat dan kehendak kehendak peribadinya untuk dilayan.

Maka atas sebab DS Najib tidak datang meminta kepadanya, maka itulah sebab datang sifat dengki dan dendamnya kerana tidak berpeluang meletakkan syarat dan mengikat Presiden UMNO.

Amat jijik tingkah laku Tun Mahathir sejak kebelakangan ini. Akibat tekanan waktu dan misi peribadi yang belum berjaya , maka beliau akan buat apa sahaja untuk mencapainya.

Dosa yang akan dibuat oleh Tun Mahathir dibantu oleh mereka yang begitu taksub dan kurang agamanya untuk menasihati.

Tun Mahathir sudah cuba segalanya dari memfitnah, sabotaj ekonomi di luar negara, mengupah media asing dan agensi asing serta mengugut kepala agensi dalam negara untuk akur kepada kehendaknya namun dengan halangan Allah masih belum berjaya.

Apa lagi yang tinggal kepada Tun Mahathir kini hanyalah sisa sisa umur yang tidak lagi di manfaatkannya untuk jalan kebaikan , melainkan masih sibuk dengan urusan dunia dan politik melampaui batas.

Terlalu jelas dengan tindak tanduk Tun Mahathir sangat menunjukkan bukanlah kerana isu 1MDB yang menjadi sebab dia mahu jatuhkan DS Najib, semakin hari semakin jelas ada perkara lain yang menyebabkan ini semua.

Selagi Tun Mahathir tidak mengaku dan bersikap jujur atas sebab dia mahu jatuhkan DS Najib dan UMNO , Insyallah dia tidak akan berjaya.

Mokhzani Antara Punca Tun M Dikejarkan Ke IJN

Apa yang sebenarnya Mahathir mahu?

148 Replies to “ANAK MAHATHIR KE 9 TERKAYA DI MALAYSIA, ANAK NABI TIDAK BERGELAR JUTAWAN PUN

  1. “Wahai orang orang yang beriman! Janganlah suatu kaum (lelaki) mencemuh kaum lelaki yang lain, (kerana) boleh jadi mereka (yang dicemuh) lebih baik dari mereka (yang mencemuh) dan jangan pula perempuan perempuan (mencemuh) perempuan lain, (kerana) boleh jadi perempuan (yang dicemuh) lebih baik dari perempuan (yang mencemuh). Janganlah kamu saling mencela antara satu sama lain dan janganlah saling memanggil dengan gelaran gelaran yang buruk. Seburuk buruk panggilan adalah (panggilan) yang buruk (fasik) setelah beriman. Dan barang siapa tidak bertaubat, maka mereka itulah orang orang yang zalim”.

    Al Hujurat ( Ayat 11 )

    1. Bior org lain jd pendekar kalau betul najib tu salah……Allah melarang kita buka aib org, takut aib kita yg dibukakan nanti….jd, pendapat saya….biarlah TM duk diam2….takut makin byok perkara buruk terjadi padanya….biar pendekar lain lah bersilat bagai…..siang tgk org tua2 …duk dipersendakan nanti ………kita jgn mendorong org lain membuat sesuatu perkara yg agama kita pun tak suka…….ke guaner????…itu je …….i ? TM sebagai tokoh yg disegani…

    1. En Hisyamudin Bin Amat. Sy sbnr tak suka kita sesama melayu brgaduh. Cina tepuk tangan amai-amai dah. Saya faham perasaan akak ni sb dia support tun m. Saya pun support tun m. Malah sy membaca dan membeli buku2 penulisan Tun m, terutama Dr In The House. Dh hadam dan siap dpt tandatangan tun lg. Tp apa yg sy kesalkan sikap tun m yg bersekongkol dgn DAP skrg. 22 thn saya diajar bencikan DAP dan yes, saya membenci mereka. Dan sy mntk pada akak di atas, sila lah baca buku Dr In The House lepas ni ye. Saya tau anak tun m, mukhriz rindu utk brsma teman2 dlm umno tetapi menderhakai bapanya sama sekali tidak. So,sy berdoa smoga tun m diberikan hidayah sblm berakhir hayat. In shaa allah. Kami anak wawasan 2020 xpnh membenci tun m, kami kenang jasa 22 thn tun m. Tetapi kami terkilan sgt disebabkan dlu tun m ‘ajar’ kami lain, ttp skrg lain yg dia buat. He should stand alone! Tak payahlah nk bersekongkol dgn DAP tu kalau benci sgt kat pm najib pun.
      #bencibenarakudenganDAPni
      #sayataksukategukcinatepuktangansebabmelayubergaduh

Leave a Reply