BANK NEGARA ZAMAN MAHATHIR RUGI USD10 BILION KERANA SPEKULASI MATA WANG, TIADA SIASATAN DIBUAT - pakdin.my

20170129-murad-abdul-khalid-bnm

Bekas Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Abdul Murad Khalid tampil mendedahkan bank pusat Malaysia pada 1991 sehingga 1993 terlibat didalam perdagangan spekulasi mata wang antarabangsa yang berisiko tinggi sehingga menyebabkan kerugian lebih USD10 bilion (RM44 bilion).

Abdul Murad menerusi temubual bersama Utusan Malaysia dan News Straits Times berkata, BNM pada ketika itu diketuai Tan Sri Jaafar Hussein melaporkan kerugian sebanyak RM9 bilion sementara Perdana Menteri pada waktu itu Tun Dr Mahathir menjelaskan kerugian Bank Negara hanya RM5.7 bilion.

20170129-murad-forex-tiada-siasatan

“Apa yang pelik, tiada siasatan lanjut dijalankan walaupun kerugian mencecah USD10 bilion. Pihak berkuasa mempersoalkan perkara ini namun ia terhenti di situ,” kata Abdul Murad.

Beliau yang meletakkan jawatan di BNM pada Februari 1999 sebelum dilantik sebagai Pengarah Eksekutif RHB Bank menjelaskan, BNM menjalankan spekulasi melibatkan pelbagai mata wang termasuk pound sterling, dolar Amerika Syarikat, mark Jerman dan yen Jepun.

Dagangan berkenaan dilakukan oleh kakitangan BNM berpangkat rendah dan kerugian yang dialami BNM tidak dilaporkan kepada Bahagian Audit BNM.

“Mereka mungkin menyembunyikan maklumat tentang kerugian tersebut dengan memindahkan caj kepada akaun rizab yang lain,” kata Abdul Murad.

Tambahnya, sungguhpun isu ini sudah berlarutan lebih 25 tahun, beliau menggesa agar pihak berkuasa membuka semula siasatan sambil menegaskan kesediaannya untuk bekerjasama dalam usaha menegakkan keadilan.

“Rekod-rekod transaksi kini mungkin sudah berusia 25 tahun dan mungkin dimakan anai-anai. Namun hakikatnya urus niaga dagangan mata wang itu dilakukan bank pusat itu,” katanya lagi.

Sementara itu, wartawan veteran, Datuk Ahiruddin Attan menegaskan bahawa isu spekulasi mata wang oleh BNM disenyapkan sepertimana isu-isu besar yang menjadi liabiliti kepada negara sewaktu era pemerintahan Dr Mahathir.

Ujarnya, isu berkenaan skandal BMF (Bumiputra Finance Berhad Ltd) yang berlaku pada 1983 juga tidak mendapat liputan meluas kerana media pada waktu tersebut dikawal ketat.

“Pada waktu itu tidak ada media sosial. Pengamal media dikawal oleh kerajaan pada waktu itu,” katanya kepada Malaysian Digest.

Mengulas mengenai perdagangan mata wang antarabangsa oleh BNM, Ahiruddin atau lebih dikenali dengan panggilan Rocky Bru menjelaskan, dagangan ini merupakan permaianan Menteri Kewangan dan BNM pada waktu itu.

“Bagi BNM untuk terlibat dalam spekulasi mata wang sangat luar biasa. Perkara ini bukan kerja BNM. Disebabkan oleh hal ini kita kehilangan RM9 bilion sepertimana yang dilaporkan BNM dalam laporan tahunannya pada 1994.

“Tetapi bila siasatan lanjut dijalankan, jumlah itu sebenarnya adalah jauh lebih besar,” jelasnya.

Sependapat dengan Rocky Bru, Pensyarah Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan Universiti Malaysia Sabah, Prof Dr Syed Azizi Wafa Syed Khalid Wafa menegaskan, BNM tidak sepatutnya melakukan perdagangan mata wang.

“Bank Negara ditubuhkan untuk menjaga keutuhan kewangan kita. Sebab nilai mata wang memberi kesan terhadap rakyat. Mereka sepatutnya memantau nilai import dan eskport. Negara memerlukan lebihan import agar akaun ada lebihan (surplus).

“Bila surplus, duit makin kukuh dan kita boleh beli barangan import dengan harga lebih murah. Perkara-perkara ini yang sepatutnya dilakukan oleh Bank Negara, bukannya melakukan spekulasi mata wang,” jelasnya.

Katanya, Bank Negara tidak boleh bertindak seperti penyangak mata wang George Soros dengan melakukan spekulasi ke atas mata wang antarabangsa lain.

“Benar, spekulasi mata wang ini tidak salah disisi undang-undang tetapi ianya berisiko tinggi. Bank Negara tidak sepatutnya menyertai transaksi yang berisiko tinggi ini.

“Boleh bankrap negara jika kita rugi akibat kekurangan nilai rizab kerana spekulasi mata wang ini. Nak buat perniagaan kena pastikan ianya selamat. Kena ada jaminan pulangan atau dividen. Bukan yang boleh hilang terus duit,” tegasnya lagi.

20170129-murad-forex-tiada-siasatan

UTAMAEKONOMIBANK NEGARA ZAMAN MAHATHIR RUGI USD10 BILION KERANA SPEKULASI MATA WANG, TIADA...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium