MAHATHIR TERUS MENYERANG FOREST CITY DI BLOG BELIAU

Mahathir terus menyerang City Forest dalam posting terkini blog chedet.cc di mana beliau berkata beliau telah tersilap dan sebenarnya adalah MCA dan bukan DAP yang meminta jawatan TPM walaupun PakaTun pada mulanya berkata kenyataan beliau telah disalah petik dan diputar belit oleh media.

Beliau juga sekarang berkata bahawa akan ada 1.5 juta Cina dari negara China dan bukannya 700,000.

Pertama sekali, saya tidak pasti mengapa Cina dari China, yang kini menjadi kuasa besar ekonomi, mahu memohon kerakyatan Malaysia atau mahu kekal di sini selama-lamanya.

Mahathir juga pernah berkata mereka adalah orang China yang kaya, sepatutnya mereka dengan mudah boleh pergi ke negara-negara lain seperti Australia atau Amerika Syarikat – atau lebih baik mereka terus tinggal di China tetapi melabur di luar negara.

Laman web Forest City memaparkan hakikat bahawa tanah itu ditebus guna (reclaimed) berada paling dekat ke Singapura dan dirancang untuk mempunyai kastam sendiri untuk memasuki Singapura jelas menunjukkan bahawa pembangunan mereka mensasarkan mereka yang tinggal di Singapura. Mesej pemasaran dan niat yang jelas mensasarkan Singapura.

Dengan menawarkan unit-unit ini pada 1/5 daripada harga dengan kawalan kastam bebas dan pantas bagi mereka yang pernah tinggal di Singapura akan menekan pasaran Singapura. 10% atau 20% pengurangan dalam nilai bermakna bertrilion dolar penyusutan nilai kekayaan rakyat Singapura dan ekonomi mereka.

Pembangunan Forest City disasarkan untuk membuat wang daripada Singapura – bukan dari Malaysia. Dalam mana-mana negeri lain atau lokasi lain di Johor, projek sebesar ini tidak mungkin berlaku. Cuba tawarkan yang sama seperti ini sebagai satu projek di Kedah kepada pelabur China dan lihat.

Jika ia adalah mengenai membuat keuntungan segera, mereka akan menjual tanah sedia ada kepada pemaju Forest City bukannya tanah tebus guna (reclaim) yang akan memerlukan pelaburan yang besar dan mengambil masa bertahun-tahun untuk mendapatkan pulangan bagi pelaburan mereka.

Juga, pembangunan Forest City akan mengambil jangka masa 30 tahun. Pada masa itu, saiz penduduk Malaysia akan berganda – yang bererti bahawa 160,000 rumah baru atau 5,300 unit setahun dalam tempoh 30 tahun tidak lagi menjadi seperti suatu masalah besar atau menakutkan.

Lebih melucukan, Mahathir kini menyamakan pelarian perang Syria dan pendatang tanpa izin dari Mexico sama seperti pelabur FDI dari China yang akan membawa masuk wang dan hubungan perniagaan ke Malaysia. Ini adalah satu jenaka perbandingan.

Mahathir terus bercakap mengenai FDI dalam pembuatan tetapi dia tidak menyebut RM15 bilion kepada RM20 bilion pada gaji dan keuntungan setiap tahun dihantar pulang di luar negara oleh pelabur asing dan pekerja asing.

Mahathir tidak pula mengulangi kenyataan yang menjadi kebanggaan beliau dibuat pada tahun 2013 bahawa beliau bertanggungjawab untuk projek IC di Sabah.

Bagaimanapun apa yang jelas adalah bahawa PakaTun sekarang terpaksa dan terdesak dengan propaganda perkauman untuk mensabotaj ekonomi negara dan rancangan kerajaan untuk beralih dari sektor pembuatan kos rendah kepada ekonomi berasaskan perkhidmatan bernilai tinggi dengan peluang pekerjaan berpendapatan tinggi.

Komen dari post Chedet sendiri. Menunjukkan ramai orang tidak bersetuju dengan Mahathir pada blog beliau sekarang ini.
Komen dari post Chedet sendiri. Menunjukkan ramai orang tidak bersetuju dengan Mahathir pada blog beliau sekarang ini.

————–

http://pakdin.my/tag/forest-city/

http://pakdin.my/tag/forest-city/

Leave a Reply