Penempatan Semula 8 Pengkalan Udara Tentera Oleh 1MDB Menelan Belanja RM2.7 Bilion

Akhirnya, beberapa publisiti mengenai 8 pangkalan udara tentera yang dibina 1MDB

Tiga dari lapan penempatan semula Pengkalan Udara iaitu PU Gong Kedak (Terengganu), PU Butterworth (Penang) dan PU Polis Diraja Malaysia (PDRM) Ipoh, telah siap dibangunkan.

Baki lima yang hampir disiapkan adalah PU Kuantan, PU Subang dan PDRM Subang (Lembah Klang), PU Sendayan (Negeri Sembilan) dan Rejimen Artileri Diraja (31 RAD) Kajang.

Beliau berkata TRX City Sdn Bhd juga telah ditugaskan untuk membina dan menaik taraf beberapa kemudahan Pengkalan Udara di Subang dan Kuantan.

Jadi, ada sesiapa (selain daripada Mahathir yang enggan memahami) masih mengatakan bahawa tanah Sungai Besi telah dijual terlalu murah kepada 1MDB?

******

[Video] PM Najib Razak Lawat Pangkalan Udara Sendayan


https://youtu.be/v-vNmNDCzTI

SEREMBAN: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meninjau kerja-kerja pembinaan Pangkalan Udara Sendayan di sini.

Yang turut hadir Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang juga Menteri dengan Tugas-Tugas Khas di Jabatan Perdana Menteri; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan; Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Pembukaan pangkalan udara itu merupakan antara langkah bagi penempatan semula aset di Pangkalan Udara Kuala Lumpur di Sungai Besi ke lapan lokasi di seluruh negara.

Pangkalan Udara Sendayan bakal menjadi pusat latihan tentera udara terbesar bagi Tentera Udara Diraja Malaysia yang dijangka beroperasi Januari 2018.

*******

Rujukan:

“Relocation of eight air bases to cost RM2.7bil”

http://www.thestar.com.my/business/business-news/2017/04/12/relocation-of-eight-air-bases-to-cost-rm27bil/#GB0bdPdwu4SZOqlx.01

2 Replies to “Penempatan Semula 8 Pengkalan Udara Tentera Oleh 1MDB Menelan Belanja RM2.7 Bilion

Leave a Reply