Pemerintah Arab Saudi, Raja Abdullah Mangkat (video) - pakdin.my

raja-abdullah-arab-saudi

Televisyen tempatan Arab Saudi Melaporkan, Raja Abdullah bin Abdulaziz, 91 telah kembali Kerahmatullah pada awal pagi Jumaat waktu tempatan.

Tempat Almarhum digantikan oleh Putera Salman bin Abdulaziz,  79.

Raja Abdullah telah dimasukkan ke Hospital Riyadh pada bulan Disember lalu untuk pemeriksaan kesihatan dan disahkan mengidap  pneumonia.

Raja Abdullah memangku sebagai Raja Arab Saudi pada August 2005 kerana Raja Fahd diserang stroke dan menaiki takhta pada tahun 2006, selepas kemangkatan Raja Fahd.

 

Pemerintah Arab Saudi, Raja Abdullah Abdul Aziz Al-Saud mangkat pada usia 90 tahun. Kemangkatan baginda diumumkan pada jam 1 pagi waktu tempatan atau 7 pagi waktu Malaysia. Susulan kemangkatan Raja Abdullah, adik tirinya, Putera Mahkota, Salman Abdul Aziz Al-Saud, 79 tahun, dinamakan sebagai Raja Arab Saudi.

(Terjemahan:
Dengan nama Allah, satu kenyataan daripada Royal Diwan (pejabat) dengan dukacitanya yang Maha Mulia Putera Salman bin Abdul-Aziz Al Saud dan seluruh ahli keluarga Diraja mengumumkan Raja Abdullah bin Abdul-Aziz Al Saud telah mangkat pada jam 1:00 (pukul 7:00 pagi waktu Malaysia) pada Jumaat 3 Rabiulakhir 1436 Hijrah).

UTAMADUNIAPemerintah Arab Saudi, Raja Abdullah Mangkat (video)

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium