[Video] SRC International – Bebaskan Najib tanpa membela diri – Shafee Abdullah - pakdin.my

Terjemahan kenyataan media oleh Tan Sri Shafee Abdullah berkenaan hujah penggulungan kes SRC International pada 23 Oktober 2019

Anda perlu ingat, terdapat beberapa perkara yang pihak pendakwaan telah katakan. Ada 2 yang agak penting.

Yang pertama, mereka telah katakan bahawa DSN telah merancang untuk mengambil RM 42 juta wang SRC itu sejak mula. Bermakna sejak tahun 2011, DSN telah merancang 3 tahun sebelum kejadian untuk menerima RM 42 juta 3 tahun selepasnya. Berapakah peratuskah sebenarnya RM 42 juta ini? (berbanding 4 billion). Ia adalah kurang dari 1%.

Jika anda jual sebuah rumah sekalipun, jual hartanah, jual tanah atau anda menjadi broker sebuah perjanjian komersial, anda akan mengambil pulangan minumum 3-5%.

Jadi mengapa 42 juta? Ia tidak capai pun 1%. Kenapa 42 juta? Kenapa dia kata dia mahu 42 juta? Ini gagal dijawab oleh pihak pendakwaan sungguhpun kita telah bangkitkan.

Dan memikirkan bahawa ia diterima 3 tahun kemudian. Siapa yang terima rasuah, 3 tahun kemudian? Tak ada orang yang akan lakukan perkara ini. Jika saya mahukan rasuah, saya mahukannya SEKARANG. Terutamanya apabila saya adalah pihak yang berkuasa meluluskan, saya mahukan rasuahnya sekarang. Kenapa pula saya mahukan rasuah 3 tahun kemudiannya? Ia tidak masuk akal.

Keduanya, mereka (pendakwaan) telah kata bahawa DSN dimaklumkan oleh Ang Su Lyn dan seorang lagi individu lain, DSN amat terkejut. Beliau jelas kelihatan terkejut dengan ketara apabila diberitahu yang ada daripada wang ini didakwa adalah dari SRC.

Pihak pendakwaan kata, itu adalah drama (lakonan). 🤦🏼‍♂️
Tetapi saksi-saksi tak kata yang ia adalah drama. Ang Soo Lyn (Nabeel tak sure ejaan nama) mengatakan bahawa DSN memang terperanjat betul-betul.

Jadi, dari mana pihak pendakwaan dapat idea yang ia adalah drama? Pihak pendakwaan tiada di sana. Saksi yang berada di sana kata, DSN benar-benar terkejut. Jadi inilah yang ingin saya katakan sebagai pembuka bicara.

Tentang apa yang berlaku sejak 2 hari, kami telah tegaskan bahawa kesalahan predikat (sesuatu klausa/kalimat yang menerangkan kesalahan)….3 di dalam 409 CBT, dan 1 caj lain dalam seksyen 23, gagal dibuktikan pihak pendakwaan.

Kami telah katakan bahawa jika itulah situasinya, anda tidak boleh meminta DSN bela diri untuk kes AMLA! Kerana AMLA hanya akan berlaku sekiranya kesalahan predikat telah berlaku.

Itu adalah sifat AMLA. AMLA adalah penerimaan hasil dari aktiviti haram.
Jika tuduhan aktiviti haram itu telah gugur dalam 4 pertuduhan tadi, pertuduhan AMLA akan gugur dengan sendirinya!

Itu yang pertama. Keduanya, hakim sendiri telah menyedari point pertama tadi. Yang Arif Hakim telah kata, apakah mungkin seksyen 409 dan seksyen 23 tadi boleh berlaku pada masa yang sama dengan kesalahan AMLA?

Hakim telah bangkitkan kerana ia membimbangkan. Kerana hakim ini adalah seorang yang bijak. Beliau baca dan beliau tahu. Dan kes-kes juga telah nyatakan dengan jelas bahawa AMLA adalah kesalahan pasca predikat. Maknanya, setelah berlaku kesalahan predikat, barulah AMLA boleh berlaku.

Jika tidak, bagaimanakah anda boleh definisikan bahawa AMLA adalah penerimaan hasil dari aktiviti haram. Aktiviti haram mesti wujud sebagai kesalahan predikat. Dan dengan melakukan kesalahan predikat itu (aktiviti haram) anda memperolehi hasilnya (wang), maka itulah AMLA.

Sekiranya ia adalah kesalahan sebaris, misalannya saya terima rasuah dari Mr A, ia hanya kesalahan rasuah. Ia mungkin serius tetapi ia hanya rasuah (bukan AMLA). Ia tidak boleh menjadi AMLA pada masa itu.

Sekiranya wang rasuah itu saya terima dan bawa ke penggurup wang untuk ditukar, maka itu mungkin jatuh di bawah AMLA kerana ia telah melibatkan sebuah lagi transaksi. Faham kan?

Satu lagi yang saya ingin tekankan adalah, Harvi (Harvinder) telah menyiapkan sebuah dokumen yang amat terperinci yang telah saya gunakan tadi dan telah serahkan kepada mahkamah.

Terdapat lebih dari 42 keadaan/situasi yang membuktikan bahawa DSN tidak mungkin mempunyai pengetahuan dan tidak mungkin mempunyai pemikiran seorang pesalah, apabila menerima wang secara literal yang beliau fikir adalah merupakan wang derma, sedangkan dia sepatutnya beliau patut tahu ia adalah wang SRC.

Ini adalah apa yang mereka (pendakwaan) tuduh ya. Mereka mendakwa beliau tahu wang berkenaan adalah wang dari SRC.

Walhal bagi DSN, beliau fikir bahawa ia adalah wang derma politik yang tulen.
Dan kami telah berikan banyak bukti bahawa lebih dari 700 juta telah masuk ke dalam akaun DSN sebagai wang derma tulen. Dan kemudian banyak lagi amaun derma yang masuk.

Jadi apabila pihak pendakwaan mengatakan bahawa terdapat satu kelompongan kononnya ketika wang 42 juta itu masuk, akaun DSN adalah kosong adalah TIDAK BENAR. Kami telah tunjukkan ini dan telah buktikan ini.

Dan dalam 42 keadaan yang sebutkan tadi sebagai contoh perbuatan menghantar semula wang kepada pengirim…Siapa yang akan sebat duit dan kemudian pulangkan semula? Ia tidak menggambarkan minda seorang pesalah.

Dan apabila beliau buka keempat-empat akaun tersebut, beliau telah maklumkan kepada Bank Negara Malaysia. Beliau telah maklumkan kepada Gabenor Bank Negara TS Zeti.

Kerana ketua Ambank telah mengaku pergi berjumpa TS Zeti dan memaklumkan bahawa inilah yang hendak dilakukan oleh PM najib. Jadi sekiranya anda mahu melakukan kerja kotor, seperti menerima 42 juta…42 juta tu anda boleh terima dalam bentuk tunai. Jumlahnya tak sebesar mana. Dan sekiranya ia ditukar ke matawang Singapura, anda boleh sumbatkannya dalam sebuah bag besar.

Mengapa anda mahu masukannya ke dalam akaun dan kantoikan diri anda? Jadi ada pelbagai keadaan, lebih 42 keadaan sebenarnya yang menggambarkan DSN tidak bersalah.

Itu adalah apa yang saya mahu anda tahu disamping pertikaian teknikal yang banyak perkara yang pihak pendakwaan sebut adalah hearsay (cakap dengar). Hearsay bermakna ia tidak akan diambil kira oleh mahkamah dan hakim tidak boleh mempertimbangkannya bagi kes pendakwaan.

Ok? Untuk permulaan itulah yang ingin saya katakan. Saya serahkan pula keada Harvi.

Harvinder Singh memulakan ucapan…

Terdapat pelbagai isu dalam kes ini, yang perlu dipertimbangkan oleh mahkamah.
Dan isu-isu ini adalah amat serius!

Antaranya adalah bagaimana minyak telah disimbah ke dalam api. Minyak telah disimbah (disensasikan) apabila semua orang telah diberitahu bahawa ini adalah merupakan kes kleptokrasi pertama seumpamanya, sebuah frasa yang dicipta secara spesifik buat kes ini.

Itu adalah satu isu. Kemudian, satu lagi isu yang mereka perlu hadapi adalah, salah seorang dari saksi yang diharap oleh pihak pendakwaan untuk mencadangkan bahawa wang dari SRC telah dipindahkan dengan satu bentuk campur tangan atau penglibatan DSN, telah mengatakan sebelum beliau dibawa sebagai saksi di mahkamah bahawa sebenarnya saya tidak tahu apa-apa berkenaan transaksi kewangan itu.

Namun demikian, setelah DSN didakwa, sebuah lagi kenyataan telah diambil dari beliau oleh MACC. Kali ini beliau telah kata, “Tidak, tidak. Sebenarnya saya tandatangan kesemua dokumen tersebut. Saya tandatangan semua dokumen tersebut kerana ada sipolan dan sipolan telah memberi tahu saya ini.”

Jadi dia telah menukar statementnya sebanyak 2 kali dan ini adalah merupakan perkara yang sangat serius yang perlu di pertimbangkan oleh hakim.

Sepanjang 60 hari perbicaraan ini, banyak yang telah diperkatakan tentang perilaku DSN.

Tetapi ramai yang lupa faktanya bahawa dalam kes ini pihak pendakwaan tidak mempunyai sebarang keraguan bahawa sememangnya terdapat wang derma Arab. Point mereka adalah kononnya derma Saudi ini telah lama habis dgunakan pda pertengahan tahun 2014 jadi segalanya selepas 2014 boleh diragui.

Ini agak menarik kerana sekiranya anda terima bahawa memang ada derma Arab Saudi, bermakna segala apa yang telah diberitahu kepada anda dahulu adalah benar (pada ketika itu).

Ia hanya mula menjadi ‘tidak benar’ setelah api politik dimainkan. Jadi dimanakah kebenaran sebenar bukan hanya perlu difikirkan oleh hakim tetapi juga oleh anda semua. Dimanakah kebenaran sebenar adalah tidak jelas tidak seperti yang dimomokkan sebelum ini.

TS Shafee: Ada soalan?

#SoalanWartawan1: Soalan kurang jelas (something about Seksyen23 dan immuniti (kekebalan) terhadap Najib.

#JawapanTSShafee1: Itu telah termaktub di dalam seksyen. Seksyen mengatakan bahawa keseluruhan seksyen 23 tidak terpakai kepada seorang penjawat awam yang dalam kapasiti dirinya yang rasmi, dia mewakili sebuah entiti kerajaan yang lain iaitu SRC, kerana SRC adalah mengikut definisi Akta ini merupakan entiti kerajaan lain, iaitu sebuah syarikat milik penuh kerajaan.

Jadi sekiranya beliau (Najib) dalam kapasiti dirinya iaitu Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Penasihat Emeritus, dan atas semua kapasiti ini beliau mewakili SRC, (dengan semua kapasiti yang telah disebutkan tadi)….Seksyen 23(4) mengatakan dalam keadaan seperti di atas, keseluruhan Seksyen 23 adalah tidak terpakai untuknya (kebal).

Ini sangat jelas! Akta tersebut telah mengatakannya dengan jelas! Tidak kira apa yang berlaku dalam senario sebenar, jika kedudukannya adalah dalam kapasiti yang saya sebut tadi, seksyen 23 tidak terpakai.
Baik..ada soalan lain?

Oh ya….Saya ingin katakan juga kepada kamu tentang mengapa DSN tidak membuat laporan polis.

Ini adalah penting kerana anda perlu ingat bahawa DSN mengetahui tentang wang SRC ini lebih kurang sama ketikanya dengan apabila masyarakat awam mengetahui perkara tersebut. Melalui Sarawak Report dan sebagainya.

Pada ketika itu, siasatan pihak berkuasa sudahpun berjalan.
Anda pasti ingat dalam kes ini, pada tahun 2015, serbuan terhadap Ambank telah dijalankan. Jadi DSN tahu bahawa siasatan sedang giat berlangsung. Jadi mengapa pula anda perlu buat laporan? Untuk apa?

Laporan Polis dilakukan dengan tujuan memulakan siasatan, akan tetapi DSN tidak mahu masuk ke dalam perangkap seperti apa yang telah berlaku kepada DS Anwar Ibrahim. DS Anwar telah membuat laporan polis terhadap Ummi Hafilda. Kemudian (setelah laporan dibuat) siasatan dimulakan dan kemudian DS Anwar telah didakwa kerana mengganggu siasatan.

Jadi DS najib telah melakukan perkara yang betul. Tidak buat laporan polis kerana laporan polis sudahpun sedia ada, siasatan sudahpun berjalan, tidak perlu masuk campur. Biar polis siasat.

Keduanya, saya ingin beritahu anda juga…
Anda ingat bukan, mereka perkatakan mengapa DSN tidak membenarkan Menteri Kewangan ke 2 (Husni) pergi ke Switzerland?

DSN tak pernah kata kamu jangan pergi. Beliau tak pernah katakan demikian.
Beliau katakan tidak perlu kerana sudah ada satu pasukan yang telah ke Switzerland.
TS Ismee telah katakan bahawa beliau telah bawa beberapa ahli lembaga syarikat ke Switzerland dan mereka telah sahkan bahawa wang tersebut ada di sana.

Dan kini anda perlu tanya soalan pula, KERAjaan PH sudah memerintah lebih dari setahun, mengapa mereka tak bawa pulang wang tersebut? Nilai tukaran asing amat bagus sekarang. Jika anda bawa pulang wang tersebut sekarang, anda sebenarnya telah menyelesaikan masalah ini.

Bawalah pulang. Sekarang nilai tukaranya adalah 1 kepada 4. Dulu ketika zaman Najib nilai tukaran USD adalah 1 kepada 3. Jadi anda akan dapat 25% pulangan lebih banyak dari nilai asal wang anda jika anda bawanya pulang sekarang!

Kerajaan sehingga hari ini langsung tidak membawanya pulang. Apakah mereka juga mempunyai agenda tetentu?

#SoalanWartawan2: (Audio kurang jelas) Berkenaan 4 surat yang mengesahkan derma Saudi, apakah surat itu telah diserahkan sebagai bukti dalam perbicaraan SRC?

#JawapanHarvinder: Ya. Saya bukan hanya telah serahkan malah pegawai penyiasat (IO) MACC yang telah memberi kenyataan (saya ingin tegaskan) bahawa beliau telah menjalankan penyiasatan TANPA SEBARANG GANGGUAN sejak tahun 2015.

Tolong tuliskan benda ini di dalam laporan anda. TANPA SEBARANG GANGGUAN (UNINTERRUPTED)….kerana fakta ini tidak ditonjolkan di dalam media-media sebelum ini.

Beliau (IO MACC) telah katakan, kesemua surat-surat ini telah diberikan kepada beliau, telah dilaporkan ke Bank Negara, malah beliau telah sahkan bahawa Gabenor Bank Negara pada ketika itu (Zeti) juga tahu tentangnya.

Dan surat-surat ini mengandungi indikasi tentang jumlah derma yang agak besar. Surat-surat ini bukanlah muncul secara tiba-tiba apabila kes ini meletup pada 2015. Bank pusat telah mengetahuinya sejak dari mula. Dan kesemua orang di dalam bank berkenaan mengetahuinya.

#SoalanWartawan3: Tetapi ia (surat-surat) tidak dikatakan oleh pendakwaraya sebagai palsu?

#JawapanTSShafee2: Tidak. Dalam kes ini tidak. Mereka tak mengatakannya. Malah IO MACC telah menyatakan, saya telah siasat, saya telah melihat dokumen-dokumen ini dan saya sahkan dokumen-dokumen ini benar.

#HarvinderMenambah: Sah disini bermaksud, surat-surat berkenaan benar-benar wujud. Dan IO kata beliau telah menyiasat sama ada dokumen-dokumen ini benar-benar dari Arab Saudi. Namun siasatannya tidak konklusif. Bermakna, tiada sesiapa menafikannya. Jadi anda fikirkan.

Seperkara lagi yang anda perlu pertimbangkan, kerana ada beberapa wartawan yang telah berjumpa dengan saya dan memberitahu bahawa sepanjang 60 hari perbicaraan ini, mereka tidak dapt melaporkan dengan sebenar apa yang berlaku di mahkamah kerana editor mereka melarang pelaporan pihak pembelaan dari diterbitkan dan perkara ini membuatkan saya terkejut kerana kesemua media sepatutnya bebas dan adil seperti yang dijanjikan akan berlaku sebelum PRU ke 14 tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.

Point yang saya ingin tekankan adalah, tanya diri anda soalan ini…penjelasan mudah (bagi menyimpulkan penjelasan rumitnya).

Siapakah sebenarnya yang control kesemua ini? Kerana sekiranya anda menganggap ini adalah rompakan, orang yang mengawal kesemua transaksi ini adalah orang yang telah melarikan diri (Jho Lo dan Nik Faisal). Itu jawapan mudahnya.

Ada soalan lain?

#SoalanWartawan4: Bagaimana pula tentang point yang telah dibangkitkan ketika penggulungan bahawa kononnya DSN telah mengaku menerima 42 juta di dalam kes saman sivil lain.

#TSShafee: Ya. Orang terbaik jelaskan ini adalah Harvi dan kemudian saya akan tambah sedikit.

#Harvinder: Terima kasih bertanya soalan ini. Mari kita fahami dokumen ini. Pada tahun 2015 setelah Sarawak Report menerbitkan artikel mengatakan 42 juta dari SRC telah berada di dalam akaun milik DSN…dan mereka terbitkan ini sebelum semua orang lain tahu mengenainya.

Dari mana mereka dapat info ini kita tidak tahu, malah saksi-saksi dari Bank Negara mengatakan terdapat kebocoran informasi dari Bank. Ini adalah maklumat sulit Bank.

Maksud saya, sungguhpun ia berbunyi seperti skandal, faktanya adalah terdapat seseorang di dalam Bank Negara yang telah membocorkan maklumat sulit kepada orang lain. Ini berlaku ketika Julai 2015.

Beberapa ketika kemudian, Tun Ling Liong Sik telah mengeluarkan kenyataan di dalam sebuah majlis dengan memberi gambaran, “Dia angkat orang punya duit… (lebih kurang).”

Jadi DSN yang menyedari bahawa kenyataan tersebut mempunyai unsur fitnah, telah mengemukakan saman fitnah terhadap Tun Ling LS. Beliau katakan bahawa apa yang kamu sebut ini menuduh saya telah menyalahgunakan dana awam.
Penjelasan pendeknya adalah ini…

Pada tahun 2015, terdapat affidavit-affidavit yang telah difilekan oleh kedua-dua belah pihak yang mana Tun Ling telah mengatakan bahawa, info yang saya berikan adalah berasal dari Sarawak Report.

Dan DSN telah katakan bahawa saya tidak menafikan transaksi kewangan ini dan mandapati ianya benar tetapi saya tidak mengetahuinya.

Mungkin ayat saya ini kurang tepat kerana anda pun tahu Bahasa Inggeris ini adalah merupakan bahasa yang pelik. Namun affidavit itu tidak menerangkan secara menyeluruh tentang pendirian DSN.

Dan pendirian beliau pada ketika itu sebenarnya adalah;
Saya (Najib) enggan membuat kenyataan umum tentang perkara ini kerana saya tidak mahu mengganggu siasatan yang sedang berjalan.

Kita tidak memperkatakan tentang siasatan yang kecil. Ini adalah siasatan melibatkan MACC, Pejabat Peguam Negara, Bank Negara Malaysia dan PDRM. Ini adalah kesemua pihak berwajib yang sedang menyiasat akaun-akaun ini!

Dan di dalam affidavit ini, DSN telah katakan bahawa beliau tidak memberi kenyataan/penjelasan kepada media kerana beliau tidak mahu mengganggu siasatan yang sedang berlaku.

Saya (Harvinder) pun mengikuti kes ini pada ketika itu dan saya sendiri tertanya-tanya mengapa PM enggan mengeluarkan kenyataan kerana saya pun tidak tahu. Kita semua fikir, sikapnya yang berdiam diri itu sebenarnya mahu menyembunyikan sesuatu, namun kini kita sedar bukan itu sebabnya.

Dan ia masuk akal kini kerana sekiranya DSN membuat laporan polis, sudah pasti mereka akan katakan PM Najib mengenakan tekanan kepada Polis.

#SoalanWartawan5: Jadi adakah jangkaan anda bahawa pada 11 November nanti, DSN akan dibebaskan?

#TanSriShafee: Ya. Dibebaskan terus tanpa perlu membela diri. 💪🏼

Diterjemahkan oleh:
Nabeel Naqie

Berita sebelum:
[Video] Najib tidak ada kuasa mutlak dalam SRC International – Shafee
https://pakdin.my/najib-tidak-ada-kuasa-mutlak-dalam-src-international-shafee/

UTAMANAJIB RAZAK SRC International - Bebaskan Najib tanpa membela diri - Shafee Abdullah

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium