JENAMA peranti terkemuka vivo Malaysia sekali lagi memperkenalkan peranti terbaharu siri X60 bulan lalu yang sarat dengan teknologi baharu selain keupayaan kamera yang sangat baik.
Seperti kebiasaan vivo sentiasa memfokuskan fungsi utama kamera serta menitikberatkan kemampuan setiap segmen spesifikasi komponen telefon pintar ditawarkan.
Tidak hanya bergantung kemajuan perkakasan dan perisian dalaman bagi memastikan kelebihan daya saing pada peranti siri X60, vivo memperkenalkan teknologi pengurusan memori yang canggih dikenali sebagai RAM Maya.
Ketua Pegawai Eksekutif vivo Malaysia Mike Xu berkata, walaupun dianggap sebagai teknologi baru dalam bidang telefon pintar, konsep RAM Maya sudah bermula dari komputer peribadi.
“Dibina berdasarkan idea ringkas Memori Akses Rawak (RAM), perisian ini dapat membantu memproses serta meminjam ruang dari storan dalaman peranti kapasiti (HDD atau pemacu kilat) secara sementara apabila RAM yang tersedia mencapai tahap kapasiti maksimum.
Katanya, ini membolehkan peranti untuk menerima rangsangan ketara dalam kuasa memproses serta membolehkan pengguna menggunakan aplikasi lebih banyak dalam satu masa serta dapat mengurangkan beban pemprosesan.
Storan RAM Maya sistematik
Setiap model dalam siri X60 vivo dilengkapi RAM 8GB serta menggunakan ciri baru yang unik.
Menariknya, ciri baru ini membolehkan storan RAM dikembangkan sehingga 3GB lebih dari pemacu kilat storan asal 128GB yang standard serta boleh dikenal pasti lokasi sementara RAM.
Proses ini memberikan pengguna kepuasan apabila prestasi pemprosesan telefon pintar ini setaraf memiliki 11GB RAM tambahan yang berguna.
Bagi pengguna yang gemar bermain permainan video dan menyunting video menggunakan telefon pintar, anda tidak perlu risau kerana ciri RAM Maya pada siri vivo X60 mampu menyimpan cache sehingga 20 aplikasi secara serentak.
Telefon pintar siri vivo X60 turut dilengkapi Universal Flash Storage, UFS 3.1 sejenis storan terpantas digunakan dalam telefon pintar Android.
Namun, storan penyimpanan ini memerlukan masa lebih lama untuk berfungsi dan kadar yang lebih perlahan untuk memuatkan aplikasi ke bahagian RAM Maya.
Untuk mengatasi masalah ini, vivo mengguna pakai algoritma yang kompleks, ia terus menilai dan memindahkan aplikasi tidak aktif ke bahagian RAM Maya.
Pada masa sama ia memindahkan aplikasi aktif ke RAM khusus untuk memastikan masa pemuatan adalah optimum secara konsisten.
Peranti pintar terkemuka
Selain RAM Maya, peranti vivo X60 ini menggunakan cip pemprosesan termaju dalam kelasnya iaitu Qualcomm Snapdragon 870 dengan binaan 7nm bersama padanan memori (RAM) variasi RAM 12GB serta storan dalaman 256GB.
Skrin peranti pintar ini berkeluasan 6.56 inci dengan paparan AMOLED Definisi Penuh Dipertingkatkan (FHD+) serta sokongan skrin kadar segar semula 120Hz.
Untuk kamera pula, siri vivo X60 memiliki tiga kamera belakang dan dipasang dengan kamera utama 48MP bersama OIS, kamera ultra lebar 13MP dan kamera potret 13MP yang turut menawarkan zoom optikal dua kali.
Bateri di vivo X60 berkapasiti 4,300mAh dan X60 Pro berkapasiti 4,200mAh dan menjalankan sistem operasi FunTouch OS 11.1 berasaskan Android 11.
Pelancaran terbaru siri vivo V21 menandakan peranti pertama dalam siri V dengan teknologi RAM 8GB + 3GB boleh dikembangkan juga.
Sebagai mercu tanda yang menakjubkan dan puncak rangkaian telefon pintar vivo, siri X60 jelas ditakrifkan oleh pendekatan inovatif untuk teknologi mudah alih dan komitmen teguh oleh syarikat.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai siri vivo X60 atau siri V21 yang baru, lawati www.vivo.com/my/ atau layari akaun rasmi Facebook dan Instagram vivo Malaysia.