Remaja perempuan dipercayai dibunuh

ALOR SETAR: Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun ditemui mati, dipercayai dibunuh dalam kawasan kebun getah, Pokok Pauh Dalam, Pokok Sena, Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir, berkata mayat remaja perempuan itu ditemui selepas pihaknya menerima panggilan pada jam 7.45 malam pada hari kejadian.

Beliau berkata, mayat itu kemudian dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah untuk dibedah siasat.

Beliau berkata, pengecaman mayat mangsa dilakukan oleh ibunya semalam pada jam 11 pagi.

“Pengecaman itu dilakukan berdasarkan bentuk tubuh badan, rupa serta rambut si mati.

“Hasil pengesahan identiti mayat berkenaan disahkan sebagai Ooi Phei Xuan berusia 17 tahun yang menetap di Pekan Air Hitam, Jitra,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Ahmad Shukri berkata, terdapat kesan kecederaan pada mangsa iaitu lubang di bahagian paha hadapan kanan mangsa yang berukuran 1.5 sentimeter.

Beliau berkata, bedah siasat akan dilakukan pagi esok.

“Susulan daripada itu, anggota dan pegawai polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar menahan lapan individu, termasuk remaja yang disyaki terbabit dalam kes itu.

“Tangkapan dilakukan semalam pada jam 5 petang membabitkan lima lelaki dan tiga wanita berusia antara 13 hingga 33 tahun,” katanya.

Ahmad Shukri berkata, hasil soal siasat mendapati, semua suspek mengaku berada bersama si mati dalam parti, pada malam Ahad hingga pagi Isnin.

Beliau berkata, susulan daripada itu, pihaknya menahan soerang lagi lelaki berusia 27 tahun di Taman Derga Jaya, di sini pada jam 11.15 malam untuk membantu siasatan.

“Hasil siasatan juga mendapati, suspek tangkapan kedua juga mengaku terbabit dalam acara yang dihadiri si mati.

“Berikutan itu, Mahkamah Majistret Alor Setar membenarkan mereka ditahan reman selama enam hari sehingga 18 Mei ini untuk membantu siasatan,” katanya.

Ahmad Shukri berkata, hasil ujian saringan awal air kencing terhadap mereka mendapati, hanya seorang daripada sembilan yang ditahan positif dadah jenis ketamin.

“Siasatan masih dijalankan untuk mengetahui punca kejadian itu.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

Advertisement

spot_img

[Video] Serangan di Tak...

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menambah anggota dan aset Pasukan...

[Video] Suspek tembak lelaki...

Polis menahan suspek dipercayai menembak mati seorang lelaki di...

[Video] Bekas Menteri Sabah,...

Bekas menteri pembangunan infrastruktur Sabah Peter Anthony didapati bersalah...

[Video] Lelaki maut ditembak...

SUNGAI PETANI: Seorang lelaki maut ditembak pada jarak dekat...

Kertas siasatan kes Nazlan...

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengemukakan kertas siasatan...

[Video] Kanak-kanak 7 tahun...

Seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun dipercayai disambar buaya ketika...

[Video] Serangan di Tak Bai: PDRM atur aset tingkat kawalan sempadan

Polis Diraja Malaysia (PDRM) menambah anggota dan aset Pasukan Gerakan Udara (PGU) untuk mempertingkat kawalan sempadan susulan kejadian tembakan dan letupan bom berlaku di...

[Video] Suspek tembak lelaki di Sungai Petani ditahan

Polis menahan suspek dipercayai menembak mati seorang lelaki di depan ahli keluarganya di Sungai Petani, Kedah, semalam. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, GS Suresh Kumar,...

[Video] Bekas Menteri Sabah, Peter Anthony kena jel 3 tahun, denda RM50,000

Bekas menteri pembangunan infrastruktur Sabah Peter Anthony didapati bersalah atas pertuduhan memalsukan surat daripada pejabat timbalan naib canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS) berhubung kontrak...

[Video] Lelaki maut ditembak dikehendaki kes dadah, SOSMA

SUNGAI PETANI: Seorang lelaki maut ditembak pada jarak dekat dalam kejadian di persimpangan trafik, Taman Intan, Sungai Petani, Kedah. Kejadian berlaku pada jam 12.30 tengahari...

Kertas siasatan kes Nazlan diserah kepada Jabatan Peguam Negara

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mengemukakan kertas siasatan kes Hakim Mahkamah Rayuan, Mohd Nazlan Mohd Ghazali kepada Jabatan Peguam Negara pada 18 Mei...

[Video] Kanak-kanak 7 tahun hilang disambar ‘sang bedal’

Seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun dipercayai disambar buaya ketika sedang mengambil air di tebing sungai dalam kejadian di Kampung Nyabut, Telaga Air, Kuching, hari...

Suami isteri maut dikelar di Serian

Suami isteri ditemui mati dengan kesan kelar di leher dan tengkuk disyaki dibunuh, dalam kejadian di rumah pekerja, di ladang sawit, di Melikin, Serian,...

[Video] Kerajaan gesa rakyat henti petik pokok mirip alat sulit lelaki tegak

Kerajaan gesa rakyat henti petik pokok mirip alat sulit lelaki. Tumbuhan yang kelihatan seperti phallic berisiko pupus di Kemboja kerana orang ramai terus mencabutnya...

[Video] Suami ditemui lemas, isteri masih hilang mandi laut jam 4 pagi

CHUKAI: Sekumpulan pemancing menemui mayat lelaki, kira-kira 10 jam selepas dia lemas ketika mandi bersama isterinya di Pantai Penunjuk, Kijal di Kemaman, dekat sini,...