MENU

MENU

PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

Sukan : Azizulhasni terima suntikan kedua vaksin COVID-19 pada 19 Jun

Jaguh berbasikal trek negara Mohd Azizulhasni Awang, dijangka melengkapkan suntikan kedua vaksin COVID-19 pada 19 Jun ini.

Azizulhasni, yang berpangkalan di Melbourne, Australia, sebelum ini telah menerima suntikan dos pertama di sana, pada 26 Mei lepas.

Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia Datuk Abu Samah Abd Wahab berkata, selain Azizulhasni, seorang lagi pelumba kebangsaan Muhammad Shah Firdaus Sahrom juga akan menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19 pada tarikh sama.

Beliau berkata, mereka yang baharu sahaja tiba di Malaysia dari Melbourne, Australia Ahad lepas, ketika ini sedang menjalani kuarantin di Pusat  Kecemerlangan Sukan Paralimpik Malaysia di Kampung Pandan, di sini sehingga 19 Jun depan.

“(Mereka) bertolak ke Nilai pada hari sama (19 Jun) untuk menjalani persiapan akhir di Velodrom Nasional Malaysia menjelang Sukan Olimpik Tokyo, Jepun. Mereka berdua dijadual berlepas ke Tokyo, Jepun pada 25 Julai ini,” katanya ketika dihubungi Bernama baru-baru ini.

Sementara itu, Azizulhasni dalam satu hantaran di laman Instagram hari ini, berasa amat teruja untuk menjalani sesi latihan di tanah air, selepas selesai menjalani tempoh kuarantin.

Beliau pada masa sama turut berterima kasih kepada Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, di atas kesudian melawatnya di pusat berkenaan Isnin lepas.

“Terima kasih kepada menteri serta pasukan Kementerian Belia dan Sukan dan tidak lupa juga pihak Majlis Sukan Negara, Institut Sukan Negara serta semua yang terlibat, di dalam memastikan keselamatan dan kesihatan kami terjaga dengan rapi,” katanya.

Azizulhasni yang diberi jolokan ‘The Pocket Rocketman’, dijadual turun beraksi dalam acara kegemarannya keirin dan pecut individu, manakala Muhammad Shah Firdaus bagi acara pecut di Tokyo nanti.

Sukan Olimpik Tokyo akan berlangsung dari 23 Julai hingga 8 Ogos depan.

— BERNAMA

Berkaitan

What kind of religious leaders would benefit Malaysia?

怎么样的宗教领袖对马来西亚有益?

Building a Civilized Cyberspace Together

郭清江.伊党按步迈向布城之路

Terkini

Students did not sing National Anthem in Chinese, police report filed for investigation

Lagu kebangsaan dalam bahasa Cina: Ketua Polis Perak siasat Ratu Naga dari sudut 3R

Popular

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Arsenal ketinggalan 11 mata di belakang Liverpool selepas seri menentang Everton

Saham AS terus merudum, AS$6 trilion hilang dalam 2 Hari