MENU

MENU

PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

Harga rasmi OnePlus Nord CE 5G di Malaysia di luar jangkaan

OnePlus Malaysia hari ini mengumumkan bahawa telefon pintar 5G mampu milik mereka yang baru dilancarkan minggu lepas, akan dijual di Malaysia bulan ini. OnePlus Nord CE 5G (Core Edition) akan menemui peminat di Malaysia mulai 26 Jun 2021.

Terdapat dua varian yang akan dijual di pasaran Malaysia dengan harga seperti berikut:

  • OnePlus Nord CE 5G (8GB + 128GB) – RM 1,399
  • OnePlus Nord CE 5G (12GB + 256GB) – RM 1,799

Walaupun harga ini lebih murah daripada pasaran Eropah, ia nampaknya bukan lebih murah daripada OnePlus Nord N10 ketika dilancarkan di Malaysia. Jadi OnePlus Nord CE tidak boleh dikatakan sebagai telefon pintar 5G OnePlus paling murah dilancar di Malaysia.

Promosi pembeli terawal

OnePlus menyediakan beberapa tawaran menarik untuk pembeli terawal OnePlus Nord CE 5G di Malaysia. Terdapat dua warna OnePlus Nord CE 5G akan dijual di sini iaitu Biru dan Hitam, tiada warna Perak.

Dari kiri: Perak, Biru & Hitam

Untuk tempahan awal, ia akan dibuka dari 21 hingga 25 Jun 2021 secara eksklusif di Stor OnePlus Di Shopee. 100 pembeli terawal varian 128GB akan menerima diskaun RM30 dan topi OnePlus Nord. Manakala varian 256GB, 100 pembeli pertama akan menerima diskaun RM50 dan topi OnePlus Nord, serta diskaun RM200 untuk semua pembeli awal.

Bagi jualan hari pertama pada 26 Jun pula, semua pembeli di Stor OnePlus Di Shopee akan menerima topi OnePlus Nord percuma. Diskaun RM200 turut diberikan untuk varian 256GB, menjadi RM1,599 sahaja.

Untuk jualan di kedai fizikal dan pengedar sah OnePlus yang lain, hanya varian 128GB akan dijual mulai 26 Jun 2021. Pembeli pada hari tersebut akan turut menerima topi OnePlus Nord percuma.

Menangi OnePlus Nord CE dalam peraduan AR

Orang ramai boleh mencuba sendiri telefon pintar ini secara maya di laman web OnePlus Nord CE AR. Ia dibuka dari 10 hingga 30 Jun 2021.

Lebih menarik lagi, peminat di Malaysia berpeluang untuk memenangi hadiah dengan menyertai peraduan peraduan AR “Nord Your Style” di Facebook dan Instagram OnePlus Malaysia. Caranya, tangkap layar mana-mana sudut OnePlus Nord CE 5G di laman web AR, dan buat sedikit ubahsuai menggunakan pelekat atau GIF.

3 pemenang akan dipilih untuk membawa pulang salah satu hadiah iaitu OnePlus Nord CE 5G, baucar tunai Shopee RM300 dan baucar tunai Shopee RM200.

Spesifikasi

Kuasa OnePlus Nord CE 5G digerakkan oleh cip Snapdragon 750G 5G, RAM LPDDR4x dan storan dalaman UFS 2.1. Ia datang bersama skrin AMOLED 6.43-inci 90Hz, bersama pengimbas capjari terbina di dalam.

Lubang kecil di sudut atas skrin memuatkan kamera hadapan 16MP F2.45 di dalamnya. Kamera belakang ada 3 iaitu kamera utama 64MP F1.79, kamera ultra lebar 8MP F2.25 dan kamera monokrom 2MP F2.4.

Bateri berkapasiti 4,500mAh dipasang di dalam. Ia menyokong pengecasan pantas Warp Charge 30T (5V/6A) dan mengekalkan jek audio 3.5mm padanya.

OnePlus menyatakan, OnePlus Nord CE adalah telefon pintar mereka paling nipis sejak OnePlus 6T. Ia memiliki ketebalan 7.9mm sahaja, dengan berat 170 gram. Di samping itu, OnePlus menjamin kemaskini sistem operasi selama 2 tahun dan kemaskini keselamatan selama 3 tahun untuk OnePlus Nord CE.

Berkaitan

Students did not sing National Anthem in Chinese, police report filed for investigation

Lagu kebangsaan dalam bahasa Cina: Ketua Polis Perak siasat Ratu Naga dari sudut 3R

Tengku Maimun bersara Jun ini, Abang Iskandar dijangka jadi Ketua Hakim Negara baharu

Abang belon ada 13 rekod lampau

Terkini

Building a Civilized Cyberspace Together

郭清江.伊党按步迈向布城之路

Arsenal ketinggalan 11 mata di belakang Liverpool selepas seri menentang Everton

Popular

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Pak guard bangunan kedai saksi utama tragedi letupan gas – Polis

Saham AS terus merudum, AS$6 trilion hilang dalam 2 Hari

Tengku Maimun bersara Jun ini, Abang Iskandar dijangka jadi Ketua Hakim Negara baharu

Kejatuhan pasaran saham AS disebabkan DeepSeek, bukan tarif Trump