MENU

MENU

PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

Cawangan KFC, Komala Vilas antara 16 kedai F&B diarah tutup kerana langgar peraturan COVID-19

SINGAPURA: Sebuah cawangan KFC di East Coast Road adalah antara 16 kedai makanan dan minuman F&B yang diarahkan tutup sementara kerana melanggar langkah-langkah pengurusan selamat COVID-19.

13 cawangan F&B dan 14 orang juga didenda kerana melanggar peraturan COVID-19 sepanjang minggu lalu, menurut Kementerian Kemampanan dan Sekitaran (MSE) pada Khamis (1 Jul).

Tempat-tempat yang diarah tutup termasuk Komala Vilas di 76-78 Serangoon Road, Marche di 313@Somerset dan KFC di 901 East Coast Road.

Singapura membenarkan menjamu selera di kedai makan dan minuman F&B sejak 21 Jun lalu dalam kumpulan sehingga dua orang.

Kumpulan pelanggan harus duduk pada jarak 1 meter antara satu sama lain dan muzik tidak dibenarkan.

Pelanggan juga harus memakai pelitup pada setiap masa kecuali semasa makan atau minum.

Menurut MSE, Marche at 313@Somerset membenarkan kumpulan pelanggan lebih dua orang duduk bersama.

Cawangan KFC di East Coast pula membenarkan pelanggan dalam kumpulan berbeza bergaul, bermain muzik serta gagal memastikan pelanggan duduk pada jarak sekurang-kurangnya 1 meter antara satu sama lain, kata MSE.

Setiap F&B itu diarah tutup selama 10 hari.

Berikut senarai 16 tempat yang diarah tutup:

Shu-kuu Sakaba di 8 Stanley Street
Pusat Makanan Don Don Donki di The Central
Komala Vilas di 76-78 Serangoon Road
Beauty Jade Bar di 571 Balestier Road
Web Pub & Karaoke di 156 Joo Chiat Road
155 Music Lounge di 155 Joo Chiat Road
Club Echo di 256 Joo Chiat Road
KFC di 901 East Coast Road
Singapore Straits Wine Company di 930 East Coast Road
Ma Cuisine di 38 Craig Road
Thai-Khun di Block 3D River Valley Road
Vola Kitchen & Bar di 32/34 Pagoda Street
Marche di 313@Somerset
Maddie’s Kitchen di Far East Plaza
Great White di Cuppage Plaza
Ebar di 57 Neil Road
MSE menyatakan 10 cawangan juga masing-masing didenda S$1,000 kerana melanggar langkah-langkah pengurusan selamat termasuk menempatkan kumpulan-kumpulan pelanggan pada jarak kurang 1 meter dan bermain muzik kuat untuk pelanggan.

Tiga lagi cawangan setiap satu didenda S$2,000 kerana kesalahan berulang.

Sebanyak 14 orang juga masing-masing didenda S$300 kerana berhimpun dalam kumpulan lebih dua orang dan gagal memakai pelitup semasa tidak makan atau minum.

KEMAS KINI HOTEL ORCHARD

MSE juga menyatakan Lembaga Pelancongan Singapura (STB) sudah menyelesaikan siasatannya terhadap 11 orang yang berkumpul di sebuah bilik di Hotel Orchard bagi satu sambutan ulang tahun pada Februari.

“11 individu tersebut masing-masing dikenakan denda sebanyak S$300 kerana berkumpul dalam kumpulan yang lebih besar daripada jumlah yang dibenarkan, iaitu lapan ketika kesalahan itu dilakukan,” kata kementerian itu.

MSE menyatakan STB akan terus melakukan pemeriksaan berkala dan mengambil tindakan penguatkuasaan yang tegas terhadap pelanggaran yang dilakukan oleh hotel dan tetamu.

Lebih 1,500 makluman juga dikeluarkan kepada individu di taman dan pantai dari 25 Jun hingga 27 Jun kerana melanggar langkah-langkah pengurusan selamat.

Pelanggaran di tempat yang dikendalikan oleh Lembaga Taman Negara (NParks) itu termasuk tidak memakai pelitup ketika tidak melakukan latihan berat dan berkumpul dalam kumpulan yang lebih besar daripada yang dibenarkan.

“Semua kawasan permainan air, kemudahan riadah, tempat perkhemahan dan kegiatan barbeku di taman yang diuruskan NParks akan terus ditutup sehingga diberitahu kelak,” kata MSE.

Ia menambah NParks akan menutup sementara akses ke beberapa taman, bahagian pantai dan kemudahan – seperti gelanggang, tempat perlindungan dan tempat letak kereta – apabila kawasan tersebut terlalu sesak atau di mana orang ramai tetap tidak mematuhi langkah-langkah pengurusan selamat.

Pesalah kali pertama boleh didenda sehingga S$300 manakala pesalah berulang berdepan denda lebih tinggi atau didakwa di mahkamah bagi kes lebih berat. F&B yang melanggar pengurusan selamat boleh ditutup meskipun jika ia kesalahan pertama mereka.

  • CNA/SU/tq

Berkaitan

Kes penjual belon tanpa lesen, polis buka tiga kertas siasatan

Ahli perniagaan pukul pengawal peribadi kerana berpuasa dipenjara

Ramai balik kampung malam ini

Pengkid didakwa ‘lakukan amang seksual fizikal’ terhadap kekasih 14 tahun

Terkini

Umat Islam Malaysia sambut Aidilfitri Isnin

Orang Islam Yala Thai keluar membeli-belah walau berlaku ancaman dari gerila pemisah

[VIDEO] Gerila pemisah melakukan kekacauan di 2 daerah di Yala

Popular

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Tujuh banduan wanita Malaysia di penjara Narathiwat terlibat kes dadah

Popular

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

Terkini

Kes penjual belon tanpa lesen, polis buka tiga kertas siasatan

Umat Islam Malaysia sambut Aidilfitri Isnin

Orang Islam Yala Thai keluar membeli-belah walau berlaku ancaman dari gerila pemisah

[VIDEO] Gerila pemisah melakukan kekacauan di 2 daerah di Yala

Ahli perniagaan pukul pengawal peribadi kerana berpuasa dipenjara

Bangunan di Bangkok runtuh akibat gempa bumi 7.7 Magnitud melanda Myanmar

[VIDEO] Bangunan di Bangkok runtuh akibat gempa bumi 7.7 Magnitud melanda Myanmar

Ramai balik kampung malam ini

NEXG ambil alih 7.58 peratus kepentingan ekuiti dalam MMAG