Ro/Rt: Kadar Turun Laju Puji Diri Sendiri, Bila Naik Buat Tak Nampak

Ketua Penerangan PPBM Datuk Wan Saiful Wan Jan laju buat poster propaganda sebelum ini untuk puji kerajaan Perikatan Nasional (PN) berjaya turunkan kadar kebolehjangkitan COVID-19 atau Ro/Rt.

Tetapi setelah kadar ini mengalami trend menaik semula sejak dari lebih dua minggu lepas, Wan Saiful tak kemas kini pula poster propaganda PN, bidas Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Razak.

“Pagi ini, KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) umum kadar kebolehjangkitan COVID-19 atau Ro/Rt naik sekali lagi ke 1.05 walaupun seluruh negara sudah dikenakan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) 3.0 hampir dua bulan dan kononnya sebulan di bawah FULL Lockdown.

“Kadar ke atas paras neutral 1.0 bermakna kes baru dalam trend meningkat dengan pesat.

“Kadar turun, mereka laju puji diri. Tapi apabila kadar ini naik hampir tiap-tiap hari, kerajaan buat-buat tak nampak pula,” kata bekas Perdana Menteri itu dalam hantaran di Facebooknya.

Ini juga katanya mereka merasakan seolah-olah data dan sains serta kelangsungan hidup rakyat tak penting.

“Siapa boleh bantu tanya PPBM bila nak update poster propaganda mereka berhubung ini? Soalnya yang turut melampirkan pautan status Wan Saiful tersebut https://www.facebook.com/wansaifulwanjan/posts/1945072292315896.

Ulas Najib lagi di dalam ruangan komen di status Facebooknya, semasa kadar kebolehjangkitan menurun Wan Saiful menggunakan tanda pagar #MenangBersama.

“Habis itu, sekarang trend naik memanjang nak guna hashtag apa? Sinisnya. – UMNO ONLINE

Facebook Comments

BERKAITAN

Kategori:

TERKINI

Padah benarkan pelajar perempuan ambil gambar tanpa baju

Guru seni wanita, 41, dipecat selepas membiarkan pelajar berusia 15 tahun bergambar TANPA BAJU dan murid lain membuat simulasi melancap dan memegang botol alkohol...

Kesesakan LRT: PH melalak dan merapu sembang fasal dasar pengangkutan awam, rakyat teraniaya

Korang nak tahu tak fasal LRT 3 yang dijangka dirasmikan dan digunapakai tahun 2023 nanti actually tersasar dari jadual asal sepatutnya tahun 2020 dah...

Gol pelik punca Selangor diratah JDT

Ketua jurulatih Selangor FC, Michael Feichtenbeiner menyifatkan dua gol pada awal permainan yang dijaringkan Johor Darul Ta'zim (JDT) mematahkan semangat pemainnya hingga diratah 1-5...

[Video] Jalan sesak akibat Kemalangan 2 lori terbalik di KM 425.7 (arah utara) PLUS Utara di antara Bukit Beruntung & Bukit Tagar.

Kejadian berlaku kira-kira jam 10 pagi di KM425.7 (arah utara) Lebuhraya Plus diantara Bukit Beruntung ke Bukit Tagar. Kesesakan berlaku sejauh 18 kilometer dari Rawang...

Syed Saddiq mempergunakan nama ibu bapa untuk berbohong?

Syed Saddiq didakwa mengeluarkan wang tunai RM1.12 juta secara tidak jujur daripada akaun bank PPBM untuk kegunaan sendiri. Daripada situ, dia menggunakan RM100k untuk membeli...

[Video] Seorang daripada dua remaja hilang akibat arus deras di Penampang ditemukan

Penampang: Seorang daripada mangsa yang dilaporkan hilang selepas dihanyutkan arus deras di Sungai Kampung Pogunon, sejak semalam, ditemukan lemas di Sungai Moyog Kampung Pagansakan...

SPRM akan siasat individu terima dana UKSB termasuk Muhyiddin Yassin

SPRM dalam kenyataan berkata, agensi itu juga mengesahkan sudah menerima beberapa aduan terhadap individu terbabit Siasatan yang akan dijalankan mengikut bidang kuasa yang...

Artis versetile, Adibah Noor meninggal dunia

Ramai peminat masih tidak dapat menerima kenyataan pemergian artis versatile Adibah Nor. Media sosial di penuhi dengan berita pemergian beliau. Berita awal mengenai pemergian Allahyarham...

2 remaja maut motosikal bertembung kereta di Kalumpang

HULU SELANGOR: Dua remaja lelaki maut selepas motosikal dinaiki mereka, bertembung sebuah kereta di Kilometer 75 Jalan Kuala Lumpur-Ipoh dekat Taman Keliang, Kalumpang di...