MENU

MENU

PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

69 penduduk Pulau Gaya larikan diri elak PKPD diburu – Masidi

KOTA KINABALU  — Seramai 69 penduduk Kampung Pondo, Pulau Gaya, dekat sini, diburu selepas melarikan diri bagi mengelak berada dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun.

Masidi yang juga jurucakap kerajaan Sabah berkaitan COVID-19 berkata usaha mengesan kesemua individu terbabit kini sedang giat dilakukan anggota Balai Polis Pulau Gaya.

“Penduduk terbabit dipercayai melarikan diri ketika pergi ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC).

“Justeru, kerajaan Sabah menggesa kepada penduduk yang melarikan diri dari kawasan PKPD di Kampung Pondo, Pulau Gaya, supaya kembali ke kampung itu dengan segera bagi memastikan tidak berlaku jangkitan kepada komuniti lain,” katanya dalam kenyataan, malam ini.

Beliau berkata kegagalan penduduk terbabit berbuat demikian boleh menyebabkan mereka diambil tindakan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Kawalan Pergerakan) (No.4) (Pindaan) (No.16) 2021.

Masidi berkata orang ramai diminta memaklumkan kepada balai polis terdekat sekiranya mempunyai maklumat mengenai keberadaan penduduk terbabit.

Kampung Pondo, Pulau Gaya, merupakan antara lokaliti di Sabah dikenakan PKPD bermula 30 Jun hingga 13 Julai berikutan penularan kes jangkitan COVID-19 yang dikesan tinggi di kawasan tersebut.

Susulan itu, kerajaan Sabah hari ini bersetuju untuk memperluaskan pelaksanaan PKPD ke seluruh perkampungan di Pulau Gaya berkuat kuasa 8 Julai ini.

Mengulas perkembangan COVID-19 di Sabah, Masidi berkata sebanyak 225 kes baharu direkodkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif 70,945 kes, dengan satu kluster baharu dilaporkan di Kota Kinabalu iaitu Kluster Agora Borneo dan satu kes kematian di Tawau.

Seramai 199 pesakit sembuh dan dibenarkan keluar hospital hari ini menjadikan jumlah kumulatif 68,308 orang pulih, manakala 1,672 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 392 orang di hospital, PKRC Awam 1,158 orang dan 123 orang lagi di Pusat Tahanan Sementara dan penjara, katanya.

— BERNAMA

Berkaitan

Ejen hartanah ditemui maut, beritahu ibu gagal bayar hutang RM500,000

Remaja perempun dijel sebulan sembunyi bayi 3.6kg dalam tandas

雪加埔小飞机坠落原因出炉 复合材料结构空中解体

90% kes rogol di Kelantan libat remaja bawah umur, atas dasar rela

Terkini

Pelancaran Festival Songkran Betong berlansung meriah

亚亦君令补选 | 阿末扎希:国阵希盟团结一致 凝聚成一个团队出击

Aaron-Wooi Yik singkir juara bertahan, hampiri gelaran sulung kejohanan Asia

PRK Ayer Kuning: BN tumpu santuni pengundi, tiada ceramah besar-besaran – Ahmad Zahid

亚亦君令补选三角战 无独立人士插一脚

Popular

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

两次性侵未成年少女 男子坐牢10年鞭2下

Pertandingan tiga penjuru di PRK DUN Ayer Kuning

Gangguan Insulin punca kegemukan, puasa berkala turunkan rintangan, kurangkan berat badan dan gula dalam darah

Adakah terdapat kaedah untuk menyembuhkan gejala refluks asid gastrik (GERD) secara kekal?