back to top
Peristiwa menjadi pengajaran
More
    📂

    👳‍♀️ Pak Din @ pakdin.my

    Produk rawatan jangkitan COVID-19 bernilai RM2,500 dirampas

    SHAH ALAM  — Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) merampas 101 kotak produk yang didakwa berupaya merawat jangkitan COVID-19 secara kendiri bernilai RM2,500 dalam satu serbuan di sebuah premis di Petaling Jaya, Khamis lepas.

    Pengarah Kesihatan Negeri Selangor, Datuk Dr Sha’ari Ngadiman berkata produk berjenama ‘Lianhua Qingwen Jiaonang’ disyaki tidak bernotifikasi dengan Kementerian Kesihatan (KKM) dan merupakan rampas kali kedua ke atas produk itu selepas Oktober tahun lalu.

    ”Produk yang tidak berdaftar ini telah didakwa berupaya merawat jangkitan COVID-19 secara kendiri dan dikhuatiri akan mendatangkan kesan-kesan sampingan yang buruk terhadap kesihatan sekiranya digunakan berterusan tanpa pemeriksaan rawatan perubatan dari pengamal perubatan berdaftar,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    Dr Sha’ari berkata siasatan lanjut akan dijalankan di bawah Akta Jualan Dadah 1952 dan jika sabit kesalahan, pemilik premis tersebut boleh dikenakan hukuman iaitu denda tidak melebihi RM25,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali.

    Sehubungan itu, JKNS menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berhati-hati sewaktu membeli apa-apa produk kesihatan dan kosmetik yang dijual secara dalam talian serta memastikan produk kesihatan dan kosmetik yang dibeli di pasaran mematuhi keperluan undang-undang yang dikuatkuasakan.

    Orang ramai boleh menyemak kesahihan nombor pendaftaran produk atau notifikasi kosmetik dengan melayari www.npra.moh.gov.my/ atau menghubungi Bahagian Regulatori Farmasi Negara di talian 03-78835400.

    RSS
    Follow by Email
    YouTube
    YouTube
    Instagram
    Copy link
    URL has been copied successfully!

    Get new posts by email:

    ⫻ Berkaitan

    📠 Terkini

    🔥 Popular

    Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

    Enjoy this blog? Please spread the word :)