MENU

MENU

PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

COVID-19: Kementerian Kesihatan Thailand syor kuat kuasa langkah pencegahan lebih ketat

Kementerian Kesihatan Awam Thailand mengesyorkan langkah pencegahan lebih ketat dikuat kuasa di daerah berisiko tinggi, untuk menghentikan penularan COVID-19 memandangkan kes harian dan jumlah kematian yang terus meningkat.

Sepanjang 24 jam, Thailand mencatat 7,058 kes baharu COVID-19 serta 75 lagi kematian, tertinggi dalam sehari, menjadikan jumlah terkumpul kes jangkitan setakat ini sebanyak 308,230 dan korban seramai 2,462, sejak pandemik dikesan Januari lalu.

Penolong jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) Dr Apisamai Srirangsan berkata Kementerian Kesihatan Awam mencadangkan langkah pencegahan dan keselamatan termasuk mengehadkan pergerakan orang ramai, waktu operasi perniagaan dan pengangkutan awam selain menutup perniagaan tidak penting.

Beliau berkata larangan yang dicadangkan itu akan dilaksanakan di Bangkok, pusat pandemik  terbaru dan wilayah-wilayah berdekatan.

“Esok (Jumaat) Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha akan mempengerusikan mesyuarat CCSA untuk pertimbang sekatan baharu,” katanya pada taklimat harian COVID-19 di sini hari ini.

Ketika ini, Thailand telah menguatkuasakan beberapa sekatan termasuk larangan makan di restoran, pusat beli-belah ditutup awal selain perhimpunan lebih 20 orang di Bangkok dan lima wilayah  – Nonthaburi, Pathum Thani, Samut Prakan, Samut Sakhon dan Nakhon Pathom tidak dibenarkan.

Selain itu, semua tapak pembinaan dan kem pekerja ditutup, pekerja turut diasingkan.

Namun, langkah-langkah itu dilihat gagal memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 apabila kes baharu terus meningkat.

Untuk membendung penularan virus di Bangkok, Dr Apisamai berkata langkah baharu akan dilaksanakan termasuk meningkatkan pengesanan kes aktif, mendirikan pusat ujian COVID-19 secara walk-in dan menubuhkan 20 pusat pengasingan komuniti pesakit yang menunggu untuk dimasukkan ke wad di samping bekerjasama dengan hospital swasta bagi meningkatkan lagi keberkesanan usaha kuarantin di rumah.

“Pihak berkuasa kesihatan akan terus meningkatkan pemberian vaksinasi dalam kalangan mereka yang berisiko tinggi dan pekerja binaan,” katanya.

Mengulas mengenai  kes baharu COVID-19, Dr Apisamai berkata 7,049 kes melibatkan penularan tempatan, merangkumi 1,732 melalui pengesanan kes aktif dan sembilan kes import.

Katanya, terdapat 121 kluster di Bangkok yang melaporkan 2,212 kes baharu dan 33 kematian.

Korban kali ini melibatkan 39 lelaki dan 36 wanita berusia antara 33 dan 94 tahun, termasuk 74 rakyat tempatan dan seorang warga China.

Sementara itu, Ketua Majlis Islam Pattani (Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pattani), Wae Deramae Matmingchik menyeru umat Islam di lima wilayah di selatan Thailand – Pattani, Yala, Narathiwat, Songkhla, dan Satun untuk mengadakan solat hajat di rumah atau masjid selepas Maghrib malam ini.

— BERNAMA

Berkaitan

Myanmar junta declares temporary ceasefire following earthquake

日本宫崎县外海规模6.0地震 幸未发生海啸

Aidilfitri dicemari mikroplastik

Gaji guru agama sekolah Islam di selatan Thailand naik tahun depan

Terkini

Ahmad Zahid rakam penghargaan kepada anggota SMART di Myanmar

Aidilfitri dicemari mikroplastik

Makin ramai kena ‘scam’ catat RM655 juta kerugian

Popular

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Gas pipeline fire: Ahmad Zahid expresses appreciation to security teams

Khemah jual mercun terbakar, 1 parah, 3 cedera