Lelaki OKU maut motosikal melambung rempuh SUV - pakdin.my

Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditungganginya melambung selepas merempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) di Jalan Lebuh Alor Gajah – Melaka Tengah – Jasin, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.40 petang itu, mangsa, Hisam Md. Sohor, 39, yang juga merupakan orang kelainan upaya (OKU) meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di seluruh anggota badan.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, ketika kejadian mangsa yang menunggang motosikal jenis Beneilli dalam perjalanan dari Alor Gajah ke arah Melaka.

“Ketika melalui kawasan meneruni bukit berselekoh, motosikal mangsa telah hilang kawalan dan melanggar sebuah SUV jenis Mitsubishi Outlander dari arah bertentangan.

“Akibat rempuhan itu, mangsa telah melambung dan terhempas di atas sebuah Proton Saga yang  datang dari arah bertentangan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Ujarnya, akibat rempuhan itu, mangsa yang beralamat di Rumbia dekat sini mengalami kecederaan parah di seluruh anggota badan dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. – K! ONLINE

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214

Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

UTAMABERITALelaki OKU maut motosikal melambung rempuh SUV

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium