[Video] Ramai serbu CAC Stadium Malawati

SHAH ALAM – Peningkatan kes di Selangor menyebabkan Pusat Penilaian Covid-19 di Stadium Malawati terus dikunjungi orang ramai dalam mendapatkan penilaian kesihatan.

CAC Stadium Malawati tersebut mula beroperasi pada 8 Februari lalu bagi menggantikan CAC Dewan Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) di SS15 dengan mampu menampung sehingga 1,500 pesakit.

Berdasarkan tinjauan Kosmo! mendapati orang ramai didapati telah menunggu di bawah khemah ketibaan sejak pukul 6 pagi walaupun CAC itu dibuka pukul 9 pagi.

Hasil tinjauan juga mendapati pelbagai keadaan pesakit tiba di CAC termasuklah bayi, kanak-kanak dan warga emas, pekerja kilang malah ada yang kelihatan uzur ketika sedang beratur menunggu giliran sebelum masuk ke dalam ruang penilaian.

Seorang ‘pengunjung’ CAC mahu dikenali Azman memberitahu, dia hadir ke CAC itu pukul 12.30 tengah hari tadi dalam mengetahui status kesihatannya.

“Ramai suka datang sini sebab CAC besar walaupun terpaksa beratur panjang,” katanya.

Sementara itu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari sebelum ini dipetik berkata, beliau akan berbincang dengan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor, Datuk Dr. Sha’ari Ngadiman dalam menambah baik kemudahan CAC tersebut.

“Kalau CAC, ramai hanya ingat Stadium Malawati walaupun di setiap daerah ada CAC sendiri.

“Prosesnya sama itu memberikan dan memotong gelang (pink) dan penilaian lain termasuk keperluan butiran. Kalau pergi CAC lain silap-silap jangka masanya lebih pendek,” jelasnya. -K! ONLINE.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:

MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

#Tag

Berkaitan

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

Popular

NAJIB RAZAK

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

EKONOMI
6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

AM

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

Terkini

PELANCONGAN/KULINARI

[TONTON] Tom Yum Kung terima pengiktirafan antarabangsa UNESCO

NAHAS & BENCANA

Dua penuntut universiti maut kereta terbabas rempuh penghadang jalan

EKONOMI

Jumlah dagangan ternakan di Malaysia meningkat RM254.7 juta kepada RM1.4 bilion pada 2023

JENAYAH / MAHKAMAH

Penghantar barang, juruanalisis didakwa jadi ‘keldai Akaun’ dengan serah kad ATM