MENU

MENU

PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

Liga-M: Lima pasukan kembali beraksi di gelanggang asal

Menjelang saingan Liga Super yang kembali bersambung Sabtu ini, tiga pasukan iaitu Selangor FC, Petaling Jaya (PJ) City FC dan UiTM FC masing-masing dibenarkan kembali menggunakan gelanggang tuan rumah dalam menamatkan baki kempen musim ini.

Dalam kenyataan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) hari ini, Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Ab Ghani Hassan mengesahkan Selangor FC dan PJ City FC masing-masing kembali beraksi di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sementara UiTM FC di Stadium UiTM, Shah Alam.

Beliau berkata keputusan itu dibuat setelah kerajaan menamatkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Pada masa sama, Ab Ghani berkata selain tiga pasukan itu, dua pasukan Liga Premier iaitu Negeri Sembilan FC dan Skuad Projek FAM-MSN masing-masing turut dibenarkan kembali beraksi di venue asal di Stadium Tuanku Abdul Rahman di Paroi dan Stadium UiTM.

“Berdasarkan perkembangan terkini diumumkan kerajaan, pasukan yang sebelum ini berada di kawasan PKPD kini dibenarkan menggunakan venue masing-masing selepas PKPD ditamatkan termasuk daerah Seremban petang ini untuk membolehkan Stadium Tuanku Abdul Rahman digunakan pasukan Negeri Sembilan FC,” katanya.

“Ini sudah pasti berita yang menggembirakan buat pasukan terbabit memandangkan sebelum ini mereka tidak dibenarkan beraksi di venue dalam kawasan PKPD dan diminta mencari venue lain,” katanya.

Sementara itu, perkembangan terkini menyaksikan perlawanan di antara UiTM FC melawan Perak FC yang sebelum ini dijadualkan pada 8 Ogos ini di Stadium Majlis Perbandaran Manjung diawalkan sehari di Stadium UiTM.

Selain itu, Ab Ghani berkata MFL telah mengemukakan permohonan bagi mendapatkan kebenaran khas kepada pasukan Liga Malaysia susulan prosedur operasi standard (SOP) Fasa 2 di Sabah yang menyaksikan individu memasuki negeri itu perlu menjalani kuarantin selama 14 hari.

“Kami berharap, permohonan bagi mendapatkan kebenaran khas daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana COVID-19 Negeri Sabah akan diluluskan,” katanya.

Ab Ghani juga berterima kasih kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak yang membenarkan pasukan Sarawak United FC dan Kuching City FC berlatih secara fizikal selain kebenaran beraksi di Stadium Negeri, Kuching buat kali pertama musim ini.

— BERNAMA

Berkaitan

Building a Civilized Cyberspace Together

郭清江.伊党按步迈向布城之路

Arsenal ketinggalan 11 mata di belakang Liverpool selepas seri menentang Everton

Saham AS terus merudum, AS$6 trilion hilang dalam 2 Hari

Terkini

Students did not sing National Anthem in Chinese, police report filed for investigation

Lagu kebangsaan dalam bahasa Cina: Ketua Polis Perak siasat Ratu Naga dari sudut 3R

Popular

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Kejatuhan pasaran saham AS disebabkan DeepSeek, bukan tarif Trump

Tengku Maimun bersara Jun ini, Abang Iskandar dijangka jadi Ketua Hakim Negara baharu