MENU

MENU

PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

UMNO mesti kembali bersatu hati… Sebuah ketumbukan Melayu

1. Saya mengakui keputusan UMNO menarik sokongan dan keluar dari Perikatan Nasional (PN), bukan sahaja memberi kesan langsung kepada PN sebagai sebuah Kerajaan dan keabsahan Tan Sri Muhyiddin Yasin sebagai Perdana Menteri, tetapi UMNO sendiri berhadapan dengan pelbagai cabaran kesan keputusan ini.

  1. Pastinya keputusan sebesar dan sepenting ini mempunyai risiko dan geloranya. Sudah lumrah politik, pasti ada badai dan gelombangnya. Yang mustahak adalah cara kita berhadapan dengan segala cabaran tersebut.

  2. Namun seperti yang telah saya tegaskan berulang kali, perjuangan, kekuatan dan pendirian parti adalah lebih besar dan lebih utama dari segala kedudukan dan jawatan mana-mana individu dan personaliti.

  3. UMNO mesti hadir dan berdiri sebagai sebuah ketumbukan orang Melayu yang mempunyai kebersamaan tekad dan kebulatan hati. Bukannya berpecah-pecah dan berlainan haluan.

  4. Lebih-lebih lagi dalam keadaan sekarang yang sangat jelas bahawa PM dan PN sudah tidak berupaya untuk mempertahankan kerajaan yang ada.

  5. Maka, UMNO mesti kembali bersatu hati. Kepada semua Ahli Parlimen UMNO di dalam PN, ruang dan tempat kalian dalam parti tidak pernah hilang.

  6. Perjalanan kita semua dalam UMNO telah sama-sama mendewasakan. Persahabatan mesti kekal dan abadi. Kita jangan sampai berkerat rotan berpatah arang. Mereka yang berbeza pandangan dengan kita bukan musuh. Ingat gigi dengan lidah, ada masa tergigit jua.

  7. Yang mesti kita ingat, PN itu tidak lebih dari sekadar ruang untuk UMNO menyumbang kepada bangsa dan negara. Kita menyokongnya apabila wujud kebaikan yang jelas kepada bangsa dan negara. Kita sanggah saat ia gagal dan sudah tidak berada di landasan yang betul.

  8. Namun, UMNO tidak hidup hanya untuk hari ini. UMNO melihat masa depan. Atas dasar itu, insya-Allah UMNO akan segera meninggalkan episod ini untuk membuka lembaran baharu yang lebih penting.

  9. Buat masa sekarang, keutamaan UMNO adalah untuk memberikan sentuhan kepada penyelesaian krisis nasional dan kemenangan UMNO dalam PRU akan datang.

  10. Untuk melakukan perkara ini, UMNO mesti segera bersatu hati dan mengeratkan semula perpaduannya di semua peringkat sama ada ahli, pemimpin apatah lagi Ahli-ahli Parlimen. Kita mesti kembali menjadi parti yang kuat, bersatu dan memfokuskan kepada perkara yang betul.

DATUK SERI MOHAMED KHALED NORDIN
Naib Presiden UMNO

# Tag

Berkaitan

BAC 2025: Aaron-Wooi Yik wakil tunggal negara di separuh akhir

亚亦君令补选 | 尤斯里亮相冷水河受瞩目 妻子亲生华裔家人出席支持

64 remaja lelaki dan perempuan berpesta dadah di sebuah resort

Anggota pasukan Sukarelawan Pertahanan mati ditembak di Bannang Sata, Yala

Google Gemini tawarkan promosi istimewa: Percubaan percuma untuk Gemini 2.5 Pro

Popular

?Nukilan Ikhlas Dari Dato Sri Najib Razak

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

Gaji PDRM, ATM ikut perkhidmatan awam

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

Terkini

Adakah terdapat kaedah untuk menyembuhkan gejala refluks asid gastrik (GERD) secara kekal?

BAC 2025: Aaron-Wooi Yik wakil tunggal negara di separuh akhir

亚亦君令补选 | 尤斯里亮相冷水河受瞩目 妻子亲生华裔家人出席支持

64 remaja lelaki dan perempuan berpesta dadah di sebuah resort

Anggota pasukan Sukarelawan Pertahanan mati ditembak di Bannang Sata, Yala

Google Gemini tawarkan promosi istimewa: Percubaan percuma untuk Gemini 2.5 Pro

Ejen hartanah ditemui maut, beritahu ibu gagal bayar hutang RM500,000

Remaja perempun dijel sebulan sembunyi bayi 3.6kg dalam tandas

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah