MENU

MENU

PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

Muhyiddin letak jawatan, kerajaan PN berakhir

Malaysia sekali lagi berdepan situasi ketidaktentuan politik selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama Jemaah Menteri meletak jawatan ketika negara masih bergelut dengan pandemik COVID-19 dan keadaan ekonomi yang tidak menentu.

Desas-desus mengenai peletakan jawatan beliau pada Isnin bertiup kencang sejak beberapa hari lepas berikutan tindakan 15 Ahli Parlimen UMNO menarik sokongan terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) sebelum ini.

Selain itu, cadangan yang dilontarkan Muhyiddin berhubung kerjasama rentas parti untuk bersama-sama kerajaan PN menangani COVID-19 juga tidak disambut oleh parti-parti pembangkang sekali gus memperlihatkan beliau hilang sokongan majoriti Ahli Parlimen.

Spekulasi peletakan jawatan itu dikuatkan lagi dengan kenyataan seorang Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu semalam yang mendedahkan Muhyiddin akan membuat pengumuman khas hari ini sekali gus menarik petugas media ‘berkampung’ seawal 7 pagi di beberapa lokasi strategik termasuk di luar kediaman Ahli Parlimen Pagoh itu, Pejabat Perdana Menteri dan Istana Negara bagi melaporkan perkembangan semasa.

Muhyiddin, yang keluar dari kediamannya pada 7.42 pagi untuk ke bangunan Perdana Putra di Putrajaya bagi mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet terakhir, sempat melambai ke arah petugas media.

Beliau kemudian dilihat meninggalkan kompleks pentadbiran kerajaan itu untuk menuju ke Istana Negara bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Terdahulu, kenderaan yang membawa Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali, Peguam Negara Tan Sri Idrus Harun, Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani dan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Abdul Ghani Salleh turut dilihat memasuki Istana Negara.

Ketika umum masih tertanya-tanya mengenai butiran pertemuan itu, beberapa menteri Kabinet ‘mendahului’ dengan menggunakan media sosial untuk mengucapkan “selamat tinggal,” tidak lama selepas Perdana Menteri kelapan itu menghadap Al-Sultan Abdullah.

Pengumuman rasmi peletakan jawatan sebagai Perdana Menteri dibuat Muhyiddin menerusi perutusan khas yang disiarkan secara langsung pada 3 petang oleh beberapa stesen televisyen tempatan.

Sementara itu, Istana Negara turut mengeluarkan kenyataan memaklumkan Seri Paduka berkenan menerima surat peletakan jawatan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri dan jawatan seluruh Jemaah Menteri berkuat kuasa hari ini.

Al-Sultan Abdullah, yang menzahirkan penghargaan kepada Muhyiddin dan Jemaah Menteri atas khidmat bakti dan urus tadbir negara khususnya dalam memerangi COVID-19, berkenan untuk Muhyiddin menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri sementara atau ‘caretaker’ sehingga pengganti dilantik.

Seri Paduka turut menzahirkan harapan agar kemelut politik dapat diakhiri demi kesejahteraan rakyat dan ekonomi negara yang diancam COVID-19 selain menyeru rakyat untuk bertenang dan bersama dengan baginda mendoakan negara dijauhi sebarang musibah serta wabak COVID-19 dapat dibendung.

Sementara itu, Mohd Zuki dalam satu kenyataan memaklumkan perkhidmatan awam tidak akan terkesan dengan situasi semasa negara dan mereka akan terus menggalas amanah yang dipertanggungjawabkan seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Acryl Sani pula memberi jaminan keselamatan dan ketenteraman awam negara terkawal susulan situasi semasa politik negara.

Bursa Malaysia ditutup rendah hari ini di tengah-tengah perkembangan terkini politik tempatan dengan indeks utama kekal di atas paras 1,500 mata.

Indeks petunjuk pasaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 2.21 mata untuk ditutup pada paras tertinggi hariannya pada 1,502.90 daripada paras penutup 1,505.11 pada Jumaat minggu lepas.

Muhyiddin mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri pada 1 Mac 2020 selepas Tun Dr Mahathir Mohamad meletak jawatan pada 24 Feb tahun sama.

— BERNAMA

Berkaitan

Pelajar asrama putus jari main mercun buatan sendiri

Komander PPM Wilayah Satu, Asisten Komisioner Rusley Chi Ari berkata, bot yang dinaiki suspek turut tenggelam akibat perlanggaran dengan batu.

Buang dadah ke laut sebelum ditahan PPM

Kelulusan RUU Perkhidmatan Parlimen peristiwa penting dalam lipatan sejarah – Azalina

Kes Ismail Sabri: SPRM tahan pengurup wang bantu siasatan

Terkini

EPL: Liverpool perlu siapkan pengganti

Pemeriksaan terperinci dilaksanakan terhadap individu, kereta, dan motosikal yang mencurigakan, terutamanya bagi mengesan bahan letupan, objek mencurigakan

[VIDEO] Tiga agensi perketat kawalan di bandar Yala, cegah keganasan 10 hari terakhir Ramadan

Beijing beri sokongan kepada syarikat permulaan AI Manus, dalam usaha China mencari penerus DeepSeek

Penerima STR Fasa 2 dapat RM650 mulai Isnin 24 Mac

Pembunuh bertopeng tembak mati penternak lembu di Pattani

Berkaitan

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

[Video] Budak sekolah kantoi buat hubungan sulit dalam tandas

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah

# Tag

Berkaitan

Pelajar asrama putus jari main mercun buatan sendiri

Komander PPM Wilayah Satu, Asisten Komisioner Rusley Chi Ari berkata, bot yang dinaiki suspek turut tenggelam akibat perlanggaran dengan batu.

Buang dadah ke laut sebelum ditahan PPM

Kelulusan RUU Perkhidmatan Parlimen peristiwa penting dalam lipatan sejarah – Azalina

Kes Ismail Sabri: SPRM tahan pengurup wang bantu siasatan

Popular

NAJIB RAZAK

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan
EKONOMI

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

EKONOMI

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

DUNIA

Lars Vilks, kartunis Sweden yang pernah menghina Nabi Muhammad maut dilanggar trak

Terkini

EPL: Liverpool perlu siapkan pengganti

Pelajar asrama putus jari main mercun buatan sendiri

Komander PPM Wilayah Satu, Asisten Komisioner Rusley Chi Ari berkata, bot yang dinaiki suspek turut tenggelam akibat perlanggaran dengan batu.

Buang dadah ke laut sebelum ditahan PPM

Pemeriksaan terperinci dilaksanakan terhadap individu, kereta, dan motosikal yang mencurigakan, terutamanya bagi mengesan bahan letupan, objek mencurigakan

[VIDEO] Tiga agensi perketat kawalan di bandar Yala, cegah keganasan 10 hari terakhir Ramadan

Beijing beri sokongan kepada syarikat permulaan AI Manus, dalam usaha China mencari penerus DeepSeek

Penerima STR Fasa 2 dapat RM650 mulai Isnin 24 Mac

Tiga agensi perketat kawalan di bandar Yala, cegah keganasan 10 hari terakhir Ramadan
01:00