MENU

MENU

PERISTIWA SEBAGAI PENGAJARAN

Ahmad Zahid cadangkan pembentukan ‘War Cabinet” dengan tumpuan kepada pemulihan negara

Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mencadangkan penubuhan sebuah kerajaan dengan Kabinet yang efektif mirip “War Cabinet” yang hanya menumpukan proses pemulihan negara dalam mendepani pandemik COVID-19. 

Beliau berkata “War Cabinet” ini perlu dibentuk bagi mewujudkan kerajaan yang stabil untuk satu tempoh yang munasabah bagi menguruskan soal-soal kesejahteraan rakyat yang semakin meruncing  selain memerangi COVID-19.

Menurutnya, setelah negara mencapai imuniti kelompok dan keadaan memungkinkan untuk Pilihan Raya Umum ke-15 diadakan, kerajaan itu harus dibubarkan bagi menyerahkan semula mandat mutlak kepada rakyat.

“Bagi menjamin kestabilan dan kerjasama politik dicapai, tindakan menzalimi parti dan pimpinan lawan hendaklah dihentikan. Menggunakan agensi-agensi kerajaan untuk melemahkan lawan dalam mengekalkan kuasa tidak akan memberi apa-apa faedah kepada rakyat,” katanya dalam satu kenyataan malam ini yang mengutarakan cadangan berkenaan bagi mengelakkan krisis politik yang dihadapi negara berulang.

Ahmad Zahid memaklumkan UMNO turut merakamkan ucapan terima kasih kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin sepanjang perkhidmatan beliau sebelum ini.

Muhyiddin mengumumkan peletakan jawatannya secara rasmi sebagai Perdana Menteri, hari ini.

Beliau berkata apa yang berlaku perlulah dijadikan teladan dan menyeru semua pihak memandang ke hadapan dengan memberi sepenuh tumpuan kepada satu matlamat bagi bersama menjaga kesejahteraan rakyat serta membina semula negara ini.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata beliau tidak dapat menyembunyikan perasaan terhirisnya apabila pelbagai tuduhan dan tohmahan dilemparkan terhadap dirinya sepanjang kemelut politik negara.

“Demi kepentingan rakyat dan negara ketahuilah, saya tidak pernah terlintas untuk menamakan diri saya sebagai calon Perdana Menteri walaupun mengepalai sebuah parti (Melayu) terbesar.

Justeru, UMNO sebagai sebuah parti yang mempunyai pengalaman luas dan panjang dalam mentadbir negara, akan mempertimbangkan beberapa calon. Sehubungan itu, saya mengharapkan kerjasama serta sokongan semua Ahli-Ahli Parlimen,” katanya.

— BERNAMA

Bernama menyediakan sumber terkini maklumat berita sahih dan komprehensif kepada umum dan agensi media. Berita kami dipaparkan di laman web www.bernama.com ; siaran BERNAMA TV: Saluran Astro 502, Saluran unifi TV 631, Saluran MYTV 121 IFLIX; dan siaran Bernama Radio di frekuensi FM93.9 bagi Lembah Klang, Johor (FM107.5), Kota Kinabalu (FM107.9) and Kuching (FM100.9).

Ikuti kami media sosial :

Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio

Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio

Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial

TikTok : @bernamaofficial

# Tag

Berkaitan

Ejen hartanah ditemui maut, beritahu ibu gagal bayar hutang RM500,000

Remaja perempun dijel sebulan sembunyi bayi 3.6kg dalam tandas

雪加埔小飞机坠落原因出炉 复合材料结构空中解体

90% kes rogol di Kelantan libat remaja bawah umur, atas dasar rela

两次性侵未成年少女 男子坐牢10年鞭2下

Popular

?Nukilan Ikhlas Dari Dato Sri Najib Razak

Najib akan saman Muhyiddin dan Wan Saiful kerana menghina mahkamah

Gaji PDRM, ATM ikut perkhidmatan awam

[Video] Shahril Hamdan beri penerangan konsep asas belanjawan negara

6.5 juta permohonan bantuan kredit eMADANI telah diluluskan

Terkini

Adakah terdapat kaedah untuk menyembuhkan gejala refluks asid gastrik (GERD) secara kekal?

BAC 2025: Aaron-Wooi Yik wakil tunggal negara di separuh akhir

亚亦君令补选 | 尤斯里亮相冷水河受瞩目 妻子亲生华裔家人出席支持

64 remaja lelaki dan perempuan berpesta dadah di sebuah resort

Anggota pasukan Sukarelawan Pertahanan mati ditembak di Bannang Sata, Yala

Google Gemini tawarkan promosi istimewa: Percubaan percuma untuk Gemini 2.5 Pro

Ejen hartanah ditemui maut, beritahu ibu gagal bayar hutang RM500,000

Remaja perempun dijel sebulan sembunyi bayi 3.6kg dalam tandas

Tolong lah subscribe - klik butang dibawah